5 Cara Duduk Yang Betul Untuk Elak Sakit Belakang Semasa Menghadap Laptop
Duduk terlalu lama di depan komputer dapat mengakibatkan masalah sakit belakang, bahkan beri impak pada seluruh postur tubuh badan.
Menurut kajian, postur duduk yang salah juga dapat menyebabkan peredaran darah tubuh menurun, memperlambat metabolisme, ketidakseimbangan gula darah dan berpengaruh dalam keseimbangan postur otot.
Posture di depan komputer ketika mengguna komputer haruslah di titikberatkan oleh setiap pengguna komputer.
Ini kerana posture yang salah ketika menggunakan komputer dapat memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan, tidak kiralah dalam jangka masa pendek atau panjang.
Tidak kiralah korang duduk diatas kerusi yang paling selesa di dunia pun, jika posture korang salah, tetap tidak baik untuk kesihatan.
Korang disarankan tidak terlalu bongkok , terlalu dekat dengan skrin dan keyboard dan sebagainya .
Berikut adalah posisi dan posture yang betul ketika menggunakan laptop :
1. Sakit belakang #Posisi laptop dan kepala
Adalah amat penting untuk memiliki laptop stand. Hal ini supaya pandangan mata dengan screen dapat diselarikan. Jadi, apa yang akan berlaku sekiranya tidak menggunakannya?
Ini akan menyebabkan kita terpaksa tunduk untuk dalam jangka masa yang lama. Secara tidak langsung, tabiat seperti itu akan menyebabkan tengkuk kita lenguh dan sakit.
Malah, jika korang tahu purata berat kepala kita adalah 5 kg/11 lbs.
Ditambah lagi apabila kita menggoyangkan kepala, beratnya akan menghampiri 22 kg.
Jadi, bayangkan tengkuk korang akan menampung ‘beban’ 22 kg selama sejam, apa akan terjadi? Bagaimana pula, kalau berlarutan selama tujuh ke sembilan jam?
2. Papan kekunci dan tetikus digunakan asing
Hal ini kerana jika korang menggunakan laptop stand, keupayaan untuk menaip dan menggunakan cursor agak sukar. Oleh itu, adalah digalakkan untuk menggunakan papan kekunci dan tetikus asing semasa membuat kerja.
Perkara ini akan menjamin posisi badan dan jarak skrin laptop dengan mata sekiranya menggunakan kaedah ini. Dapat dilihat mata tidak akan berasa pedih kerana jarak mata dengan skrin berada pada tahap yang sesuai.
Sementara kalau menggunakan tetikus, korang hanya gunakan satu jari sahaja untuk scroll sebaliknya jika laptop, korang akan menggunakan dua jari. Tidak dinafikan badan akan cepat penat walaupun hanya melibatkan anggota badan yang kecil.
3. Sakit Belakang #Kerusi
Manakala untuk posisi badan pula, korang perlu menggunakan kerusi yang bersesuaian dan selesa. Paling mudah gunakan kusyen kecil di belakan.
Untuk kerusi, tidak kisahlah jenis atau jenama apa sekalipun, asalkan ada tiga ciri berikut.
Ciri tersebut iaitu kerusi yang ada tempat letak kepala yang selesa, tempat letak tangan yang boleh dilaraskan mengikut kesesuaian dan bantal lumbar untuk menyokong tulang belakang.
Memang kebanyakan orang akan menyarankan menggunakan kerusi gaming, tetapi ada sesetengah orang tidak selesa. Jadi, perkara itu bergantung kepada kesesuaian masing-masing.
Bagi golongan yang menginginkan kerusi gaming, disarankan adalah kerusi jenama Anda Seat. Bagaimanapun, saya mencadangkan untuk menggunakan kerusi pejabat yang tinggi pada bahagian belakang supaya memudahkan untuk merehatkan kepala.
Tambahan pula, dinasihatkan untuk mengelakkan pembelian secara atas talian kerana korang tidak boleh untuk mencubanya terlebih dahulu sebelum menggunakannya secara mutlak.
Untuk wanita pula, boleh guna ini untuk keselamatan tulang belakang dan dalam masa sama dapat bentuk badan yang cantik
4. Sakit belakang #Kusyen alas kaki
Bagi kusyen alas kaki ini tidak semestinya menggunakan bantal. Boleh sahaja gunakan barang lain yang sesuai untuk dijadikan alas kaki. Asalkan posisi kaki dan paha betul semasa membuat kerja, jadi jika ingin gunakan barang lembut atau keras tidak kisah, terpulang kepada korang.
5. Posisi tangan dengan papan kekunci
Bagi memastikan keselamatan tangan, tidak digalakkan untuk meletakkan pergelangan tangan di hujung meja seperti dalam gambar di bawah. Hal ini akan menyebabkan pergelangan tangan akan berasa sakit.
6. Penjagaan mata
Jarak yang disarankan antara skrin dengan mata adalah sejauh 50-60 cm. Jadi, korang boleh letakkan papan kekunci dan laptop pada jarak sedemikian.
Hal ini kerana jarak tersebut memang sesuai untuk mengelakkan ketegangan mata selain cahaya skrin laptop juga perlu diselaraskan dengan betul. Malah, korang juga tidak digalakkan untuk meletakkan laptop pada tempat yang ada pantulan cahaya.
Pernahkan korang terfikir bahawa korang tidak perlu untuk mendekatkan diri dengan peranti tersebut sekiranya jarak terlalu jauh? Tetapi korang boleh besarkan skrin atau zoom sahaja, masalah korang akan dapat diselesaikan.