Take a fresh look at your lifestyle.

Punca Demam Kuning Yang Ramai Orang Tak Tahu

0 14

Demam kuning ataupun jaundis merupakan satu perkara yang kerap da biasa di alami oleh bayi yang baru lahir. Punca kuning bayi yang baru lahir adalah disebabkan terkumpulnya bilirubin (unconjugated) di kulit bayi.

Majoriti bayi yang kekuningan tidak mempunyai apa-apa masalah dan ia merupakan tindak balas normal bayi yang baru dilahirkan.

Tetapi dalam beberapa keadaan di mana tahap kekuningan itu sangat tinggi, kompaun bilirubin tersebut boleh masuk ke dalam otak dan menyebabkan perkembangan mental jadi terencat.

Bagaimana masalah demam kuning bayi berlaku?

Bilirubin adalah kompaun yang terhasil daripada penguraian sel darah merah yang telah mati. Hemoglobin di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen tersebut akan diuraikan menjadi kompaun bernama ‘heme.’

Heme pula akan diuraikan hingga menjadi bilirubin dan kompaun inilah yang menyebabkan bayi yang kuningKetika di dalam kandungan, bayi tidak boleh bernafas. Oleh itu, bayi akan mendapatkan bekalan oksigen daripada pertukaran gas yang berlaku di plasenta(Uri).

Bukan itu sahaja, bahan kumuh bayi seperti bilirubin yang menyebabkan masalah kuning pun akan disingkirkan daripada placenta kepada ibu.Disebabkan keadaan bayi yang kekurangan oksigen, bayi akan menghasilkan sel darah merah yang lebih banyak berbanding ibu.

Ia bertujuan untuk menarik gas oksigen dengan lebih efektif supaya kandungan oksigen dalam badan bayi adalah normal. Sebab itu bayi yang baru lahir mempunyai bacaan bilangan sel darah merah dan bacaan hemoglobin yang tinggi.

Tetapi apabila bayi telah lahir, bayi mampu bernafas sendiri dan keadaan hemoglobin yang tinggi tidak lagi diperlukan. Sel darah merah ini akan dihapuskan di dalam hati dan limpa(spleen).

Disebabkan bilirubin yang bersifat hydrophobic iaitu takut kepada air tetapi ia senang larut dalam lemak, ia menyebabkan kompaun ini mudah untuk merentasi dinding sel yang juga terdiri daripada lemak dan berkumpul dibawah kulit. Perkara inilah yang menyebabkan kulit berubah kepada warna kuning.

Jika keadaan terdesak dan ward penuh, boleh guna Lampu Phototherapy untuk bayi kuning ini di rumah. Sila dapatkan nasihat doktor dulu ye.

Punca Bayi Kuning (Jaundis)

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah kuning bayi berlaku. Punca yang selalu berlaku pada bayi adalah;-

  • Jaundis fisiologi: Kebanyakan bayi mengalami jaundis jenis ini. Ia disebabkan hati bayi belum lagi matang untung menguraikan kompaun bilirubin. Selalunya ia berlaku pada hari ke 2 hingga hari ke 4
  • Penyusuan: Penyusuan boleh menyebabkan bayi kekuningan teruramnya ketika bayi tidak mendapat susu yang secukupnya. Bayi kuning jenis ini selalunya akan hilang apabila susu tersebut mencukupi
  • Susu ibu: Ada beberapa kompaun di dalam susu yang menyebabkan seseorang bayi lebih mudah mengalami kekuningan. Tetapi kekuningan jenis ini selalunya tidak terlampau tinggi dan akan baik dengan sendirinya.

Terdapat beberapa punca kekuningan yang memerlukan rawatan dan berlaku dengan lebih awal. Punca tersebut adalah:

  • Ketidaksesuaian jenis darah ibu dan anak(Blood incompatibility jaundice): Ia disebabkan darah ibu jenis O dan darah anak pula jenis selain daripada O.
  • Kekuningan disebabkan bayi pramatang: Bayi pramatang akan lebih mudah mengalami kekuningan disebabkan organ hati yang tidak matang
  • Jangkitan: Sesetengah jangkitan bakterai boleh menyebabkan bayi menjadi kuning.
  • Pendarahan: Pendarahan bahagian dalam badan boleh menyebabkan kekuningan. Pendarahan yang selalu berlaku ketika melahirkan bayi adalah pendarahan pada bahagian kepala terutamanya bayi yang dilahirkan dengan menggunakan vakum ataupun forsep.

Orang kampung dulu-dulu ada petua mandian untuk mandikan baby yang kena demam kuning

Faktor Risiko Demam kuning

Terdapat juga beberapa faktor yang meningkatkan risiko bayi mengalami jaundis. Ia adalah:

  • Ibu yang mempunyai darah jenis O
  • Ibu yang mempunyai kumpulan darah rhesus negatif
  • Anak yang mempunyai kekurangan G6PD
  • Anak yang mempunyai masalah thyroid
  • Bayi lahir kurang bulan
  • dan beberapa faktor risiko yang lain

Baca juga cara hilangkan selsema bayi tanpa ke klinik di sini

Simptom bahaya jaundice

Walaupun penyakit jaundice merupakan satu masalah biasa yang sering dialami oleh kebanyakan bayi, tetapi ia bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh. Selain mengetahui punca baby kuning, ibu juga perlu mengenal pasti simptom jaundis seperti:

  • Kulit bayi kelihatan kuning terutama di kawasan paha atau kaki.
  • Bayi tidak aktif, kurang menyusu atau kurang kencing (kurang enam kali sehari)
  • Bayi asyik merengek, menangis dengan suara nyaring
  • Najis bayi kelihatan kelabu pucat (najis bayi biasanya berwarna kuning)

Bayi yang mendapat jaundis berterusan melebihi dua minggu perlu mendapat pemeriksaan segera kerana bayi mungkin mempunyai masalah berkaitan hati, kekurangan hormon tiroid (boleh menyebabkan kecacatan otak jika lewat dirawat) atau jangkitan kuman.

Jaundis mudah dirawat, tetapi jika tahap jaundis tinggi boleh membawa komplikasi buruk seperti gangguan otak, masalah pembelajaran dan membahayakan nyawa bayi itu sendiri.

Ibu yang mempunyai masalah penyusuan boleh mendapat bantuan nasihat doktor dan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Segera dapatkan rawatan jika keadaan jaundis bayi berlarutan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.