Take a fresh look at your lifestyle.

Betul Ke Influenza Boleh Sebabkan Serangan Jantung ?

0 24

Apakah betul jika individu yang menghidap influenza boleh mengakibatkan serangan jantung atau strok?Ramai antara kita yang mengaitkan influenza dengan komplikasi pernafasan, misalnya pneumonia.

Kajian yang dijalankan baru-baru ini memberikan amaran bahawa, influenza meningkatkan risiko berlakunya serangan jantung sebanyak lebih daripada 10 kali ganda dalam masa 7 hari pertama.

Lebih-lebih lagi jika individu itu telah berusia 65 tahun ke atas. Tanpa mengira sama ada mempunyai sejarah penyakit jantung atau menghidap penyakit kronik. Seperti penyakit jantung, diabetes (kencing manis), penyakit paru-paru dan penyakit buah pinggang. Oleh itu, kita perlu berfikir perihal influenza ini semula.

Apakah ia boleh membawa parah, maut ?

Dan kebanyakan orang yang mendapat flu pulih dalam beberapa hari hingga kurang daripada dua minggu, individu berisiko tinggi mungkin mengalami komplikasi yang boleh mengancam nyawa.

Kumpulan berisiko tinggi terdiri daripada kanak-kanak, wanita hamil dan sehingga dua minggu selepas bersalin, warga emas, mereka yang mempunyai penyakit perubatan kronik seperti diabetis, penyakit jantung serta sejarah strok.

Selain itu, pesakit buah pinggang kronik, penyakit pernafasan kronik seperti asma dan penyakit pulmonari obstruktif kronik. Dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah akibat penyakit lain seperti penghidap HIV, AIDS atau kanser berisiko dijangkiti flu.

Salah satu komplikasi serius flu yang memerlukan rawatan di hospital ialah radang paru-paru yang berpunca daripada jangkitan bersama virus dan bakteria.

Flu juga boleh membawa kepada sepsis yang mempunyai tindak balas mengancam nyawa. Dan jangkitan yang boleh merebak pantas seterusnya menyebabkan kegagalan organ dan kematian.

Selain itu, kerosakan pada sel dalam paru-paru yang disebabkan oleh virus influenza dan kekurangan pernafasan mengakibatkan sindrom gangguan pernafasan akut (ARDS). ARDS memerlukan pengudaraan invasif (sokongan pernafasan) yang dengan sendirinya membawa risiko kepada peningkatan kematian.

Influenza boleh membahayakan penghidap diabetes

sumber: harianmetro

Jika individu tersebut menghidap diabetes (jenis 1, jenis 2, atau kehamilan), flu boleh menjadi lebih daripada sekadar demam dan gejala pernafasan.Flu boleh menyukarkan anda untuk mengawal paras gula dalam darah.

Malah, kajian menunjukkan bahawa pesakit kencing manis adalah enam kali lebih berkemungkinan dimasukkan ke hospital dengan komplikasi flu.

Suntikan vaksin influenza dapat kurangkan risiko serangan jantung sebanyak 22%, strok sebanyak 30%, serangan jantung sebanyak 19% dan radang paru-paru sebanyak 15% pada pesakit kencing manis.

Kaitan antara influenza dan serangan jantung

Menurut kajian yang diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine, seseorang yang menderita flu lebih mudah terkena serangan jantung. Penelitian ini melibatkan 20.000 orang di Kanada yang didiagnosis mengalami flu antara tahun 2009 dan 2014.

Para pengkaji menemukan 323 pesakit yang dirawat di hospital didiagnosis menderita flu sebelum dan setelah serangan jantung.

“Kami temukan seseorang, lebih enam kali terkena serangan jantung seminggu setelah didiagnosis menderita influenza,” kata Dr. Jeff Kwong, Institute for Clinical Evaluative Sciences (ICES).

Dr. Jeff menjelaskan, saat terkena flu, tubuh mengalami peradangan yang pada akhirnya membuat banyak tekanan fizikal. Peradangan yang diakibatkan tindakbalas kekebalan tubuh terhadap virus dapat membuat plak di pembuluh darah tidak stabil.

Hal ini dapat menyebabkan penyumbatan arteri. Jika terkena flu, jantung mungkin perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah melalui paru-paru, yang meningkatkan kadar tekanan pada jantung.

Kajian ini menunjukkan bahawa risiko serangan jantung 6,3 kali lebih besar pada tiga hari pertama setelah didiagnosis flu. 5,8 kali lebih tinggi empat hari setelahnya.

Baca juga cara hilangkan kahak di paru-paru dan kerongkong di sini

Kesimpulan

Meski begitu, pada dasarnya semua orang berpotensi untuk mengalami serangan jantung saat terkena flu. “Orang yang berisiko terkena penyakit jantung harus berhati-hati untuk mencegah infeksi saluran pernapasan. Terutama influenza—melalui vaksinasi dan cuci tangan,” kata Dr, Jeff.

Meski risikonya tidak spesifik pada penderita flu, tapi ada satu kes yang menunjukkan bahawa virus juga boleh memengaruhi sistem pernafasan.

Cara terbaik untuk melindungi diri daripada jangkitan influenza yang teruk adalah dengan suntikan influenza tahunan. Namun sesetengah orang akan tetap terkena jangkitan influenza walaupun telah menerima vaksin.

Walauapapun beberapa kajian telah menunjukkan bahawa vaksinasi influenza mampu mengurangkan risiko penyakit ini.

Selain vaksinasi, penyebaran influenza dapat dibendung dengan amalan membasuh tangan dengan betul, tidak mendekati orang yang kurang sihat, menutup mulut apabila batuk dan bersin. Serta membasmi kuman pada permukaan yang tercemar.

Leave A Reply

Your email address will not be published.