Punca Migrain Yang Semua Orang Kena Tahu
Ramai yang masih tak tahu apa punca migrain? Apakah itu Migrain? Migrain adalah sakit kepala yang teruk dan berlaku berulang-ulang kali. Ia juga selalunya boleh mengganggu deria seseorang itu terlebih dahulu sebelum migrain tersebut datang.
Gangguan pada deria ini dipanggil sebagai ‘aura’. Aura ini juga selalunya berlaku sebelum seseorang itu mengalami sawan.
Dimana pesakit akan rasa pelik pada lidahnya, matanya nampak sesuatu yang lain daripada yang lain dan apa-apa ganggguan yang berlaku pada deria. Selepas daripada itu, barulah migrain ataupun sawan tersebut datang. Kesakitan tersebut boleh berlaku dalam beberapa jam hingga beberapa hari.
Bagaimana Migrain ini Berlaku?

Sebelum ini, sakit kepala dipercayai disebabkan oleh masalah pembuluh darah di otak. Ia bermula dengan salur darah yang mengecil terdahulu. Kemudian diikuti dengan saluran darah yang tiba-tiba membesar pula.
Ketika ia membesar, tekanan darah di kawasan tersebut menjadi berkurangan dan darah kurang pergi ke bahagian tersebut. Inilah yang menyebabkan sakit kepala.
Tetapi kajian terbaru menyatakan punca masalah migrain adalah lebih tepat bersandarkan teori neurovascular iaitu berlaku kecelaruan pengaliran maklumat di bahagian otak dahulu dan diikuti dengan gangguan pada pembesaran dan pengecutan saluran darah.
Ia dikaitkan seolah-olah seperti gangguan saraf otak yang berlaku sama seperti ketika sawan. Sebab itu, salah satu ubat untuk mengelakkan daripada terkena serangan migrain adalah sama seperti ubat sawan sebagai contoh Valproic acid. Beberapa teori yang dikatakan punca kepada migrain:
wanita yang ada migrain, kena pakai anak tudung khas ini, inner anti migrain untuk elakkan pening dan tak selesa.
1. Punca migrain #Teori Vaskular(Pembuluh darah)
Teori ini sangat terkenal sebelum ini. Ia dikatakan bermula dengan salur darah otak yang mengecil menyebabkan kawasan tersebut kekurangan oksigen. Kemudian ia menyebabkan saluran darah tersebut mengembang semula dengan lebih besar.
Perkara ini akan mengaktifkan reseptor sakit di bahagian tersebut sebab kurangnya darah pergi ke bahagian tersebut.Teori ini adalah berdasarkan 3 pemerhatian iaitu:
- Saluran darah mengembang apabila migrain menyerang. Kesakitan itu juga digambarkan sebagai kesakitan yang berdenyut iaitu menunjukkan ia ada kaitan dengan saluran darah yang mengembang
- Stimulasi saluran darah di otak akan menyebabkan seseorang pesakit migrain terkena serangan sakit kepala
- Ubat yang mengecilkan saluran darah akan mengurangkan sakit kepala. Manakala ubat yang mengembangkan saluran darah akan menyebabkan serangan sakit kepala
Tetapi dalam teori ini ia tidak dinyatakan bagaimana Aura itu berlaku. Lagipun dengan menggunakan teknologi yang terbaru seperti MRI kita dapat lihat bahawa pengaliran darah ke otak tidak konsisten dengan apa yang dinyatakan oleh teori vaskular. Oleh itu, Teori ini diubah menjadi teori neurovaskular;
2. Punca migrain #Teori Neurovasckular(yang melibatkan saraf dan pembuluh darah)
Dalam teori ini, migrain dikatakan bermula daripada saraf otak itu sendiri. Ia bermula apabila saraf otak menghasilkan cetusan maklumat yang tidak terkawal sehingga mana ia mengganggu saiz pembuluh darah.
Perkara ini telah dibuktikan apabila kajian menggunakan MRI dijalankan pada orang yang sedang migrain.Ada beberapa lagi teori yang lebih kompleks telah dikaji. Tetapi untuk masyarakat, cukuplah dahulu untuk mengetahui 2 teori bagaimana migrain ini berlaku.
Bila berlaku serangan migrain, boleh sapu aromaterapi ni. Boleh kurangkan sakit dan kembalikan rasa selesa.
Punca Migrain
Migrain mempunyai pengaruh genetik yang kuat. Hampir 70% pesakit migrain mempunyai saudara yang mengalami masalah yang sama.
Jika seseorang itu mempunyai migrain berserta aura, saudaranya yang lain mempunyai 4 kali risiko untuk mendapat masalah migrain juga.Ia masih tidak diketahui bagaimana genetik memainkan peranan penting dalam masalah migraine.Beberapa perkara yang menyebabkan serangan migraine:
- Perubahan hormon(sebagai contoh ketika datang haid)
- Tekanan
- Kekurangan tidur
- Merokok
- Bau yang kuat(Pewangi, bau busuk)
- Mabuk laut
- Makan tidak ikut masa
Beberapa jenis makanan yang dikatakan menyebabkan serangan migraine;
- Caffeine
- Monosodium Glutamate(MSG)
- Pemanis tiruan(Aspartame)
- Makanan yang mempunyai tyramine(contoh keju yang lama)
- Buah-buahan jenis citrus
Tetapi kajian dengan menggunakan sampel yang ramai menunjukkan tiada kaitan migrain dengan makanan-makanan tersebut.
Dinasihatkan jika mengalami sakit tersebut lepas mengambil apa-apa jenis makanan, dinasihati untuk mengelakkan makanan tersebut.
Tetapi jika makanan tersebut tidak mendatangkan apa-apa kesan, korang boleh ambil seperti biasa.
Baca juga cara buang angin dalam badan di sini
Gejala dan simptom

Bahagian kepala yang berdenyut-denyut. Ia menjadi lebih teruk apabila seseorang itu melakukan sebarang aktiviti lainIa melibatkan sebelah bahagian kepala sahaja, sama kiri ataupun kanan.
Ia berlaku dibahagian dahi berdekatan dengan kawasan mata. Tetapi ia juga boleh melibatkan kawasan kepala yang lainSakit tersebut mungkin boleh berlaku sehingga 3 hari;
- Mempunyai simptom rasa loya dan muntah-muntah
- Pesakit akan sensitif terhadap cahaya dan bunyi yang kuat
- Sesetengah pesakit yang mempunyai kelumpuhan tangan atau/dan kaki ketika mana migrain berlaku
- Pesakit juga akan mempunyai beberapa tanda ketika diperiksa oleh doktor
- Mata menjadi merah
- Jantung berdegup laju ataupun terlampau perlahan
- Tekanan darah tinggi ataupun terlampau rendah
- Sakit dibahagian tengkuk.