Bahaya Makanan Diproses Yang Ramai Tak Tahu
Sekarang ni semuanya mudah, termasuklah bab makanan ni. Makanan proses dah jadi satu keutamaan bagi ibu-ibu moden sekarang terutama yang bekerja seharian dan yang sentiasa sibuk.
Walau menyedari dan tentang bahaya makanan proses tu, tapi ia seakan dipandang ringan kerana kesan sampingan tu tak berlaku lagi.
Sebagian besar makanan yang dijual di supermarket atau restoran mengalami proses pengolahan tertentu sebelum dijual atau disajikan kepada pengguna.
Contoh makanan yang diproses antara lain makanan yang diawet, makanan segera, dan makanan olahan seperti sosej, keju, roti, dan pasta.
Namun, tidak semua makanan yang diproses buruk untuk kesihatan.
Beberapa makanan yang diproses masih dapat menjadi bahagian dari diet yang sihat jika dipilih dengan hati-hati.
Misalnya, buah dan sayuran yang telah dikupas dan dipotong, ikan beku yang belum dimasak, atau kacang-kacangan kering yang telah diolah dapat menjadi pilihan makanan yang sehat.
sangat penting untuk memilih makanan yang diproses dengan bijak dan perhati label nutrisi untuk memastikan kita mengambil makanan yang sihat dan seimbang.
Apakah makanan yang di proses?
Makanan yang diproses ialah makanan yang telah di bungkus menggunakan pembungkusan seperti tin, plastik, kaca dan sebagainya dan mempunyai bahan-bahan tertentu untuk menjadikannya tahan lebih lama tersimpan selagi belum tarikh luput dan dibuka.
Kaedah yang digunakan seperti menyejuk beku, dehidrasi dan proses aseptik. Makanan yang diproses diubah daripada bentuk semula jadi untuk tujuaan keselamatan dan penggunaan yang mudah.
Perbanyakkn bagi anak-anak dan seisi keluarga makan makanan fresh seperti ini
Mengandungi banyak bahan yang tidak baik untuk kesihatan
Pada masa kini terlalu banyak makanan yang telah diproses ada di pasaran.
Motif utamanya adalah untuk memudahkan pengguna dalam menyediakan makanan harian. Tanpa sedar, ianya boleh menjadi pembunuh senyap.
Jadi, tak hairanlah kenapa terlalu banyak makanan yang telah di proses semakin banyak di pasaran. Mungkin juga selaras dengan gaya hidup zaman sekarang yang masing-masing terlampau sibuk dengan kerja.
Akan tetapi sesuatu yang mudah bukanlah sesuatu yang terbaik untuk kita di masa akan datang. Terdapat banyak bahan-bahan yang tidak bagus dalam makanan yang diproses, antaranya:
- Pewarna
- Penstabil
- Peluntur Pengemulsi Melembutkan Pengawet
- Pemanis
- Perisa
Setiap satu bahan mempunyai fungsi masing-masing dalam membuatkan makanan tersebut lebih sedap, lebih sihat dan lebih tahan lama untuk disimpan.
Tapi percayalah, makanan tersebut bukan menu sihat seperti yang kita fahami. Barang-barang dapur di rumah kita yang sedia ada pun kebanyakkannya mempunyai makanan yang diproses. Contohnya seperti sardin, mee maggi, sosej dan sebagainya.
Mengapa makanan yang diproses berbahaya?
Tidak seperti makanan segar, makanan yang diproses mengalami perubahan yang meningkatkan rasa dan jangka hayatnya. Untuk ini, garam, gula, lemak dan bahan tiruan digunakan yang menonjolkan namanya yang sukar disebut.
Kerana itu, beberapa makanan yang diproses boleh menggandakan jumlah natrium, gula, atau lemak harian yang disyorkan. Sebaliknya, mereka sering kekurangan zat penting, seperti serat.
Memandangkan bahawa, selain berbahaya, mereka tidak terlalu berkhasiat atau langsung “kosong” kalori, tidak menghairankan bahawa pakar kesihatan menasihatkan untuk mengelakkan pengambilannya, atau sekurang-kurangnya membatasinya sebanyak mungkin. Antara lain, makanan yang diproses dikreditkan dengan peningkatan obesiti.
Semakin cepat dan mudah untuk menyiapkannya, makanan yang dirawat lebih cenderung dan, akibatnya, semakin berbahaya penggunaannya untuk kesihatan.
Inilah yang dikenali sebagai makanan yang terlalu diproses, makanan yang menggoda dengan rasa yang tidak dapat ditahankan dan, lebih-lebih lagi, kerana ia siap dimakan dengan serta-merta atau hanya perlu memanaskannya di dalam ketuhar gelombang mikro.
Pembuka selera, daging yang diproses dan pastri industri tergolong dalam kumpulan ini. Mengenal pasti makanan yang diproses adalah mudah (biasanya mereka dibungkus), tetapi menghapuskannya dari diet tidak begitu mudah lagi.
Strategi yang baik adalah cari label untuk jumlah lemak, garam, atau gula terkecil agar dapat memilih pilihan “paling sihat”. Dalam banyak kes, mengejutkan berapa banyak perbezaan antara dua produk serupa.
Boleh mula ajar anak-anak makan buah-buah segar seperti ini sebagai ganti kepada snek dan makanan segera.
Bagaimana Makanan yang diproses menyebabkan kanser
Sesetengah bahan kimia sintetik yang di gunakan bersifat karsinogen. Individu yang kerap makan daging yang diproses seperti sosej akan berisiko diserang kanser pankreas sehingga 67 peratus.
Selain itu, makanan seperti ini mengandungi tinggi gula, lemak dan garam, serta kurang nutrien dan serat punca peningkatan masalah obesiti dan juga penyakit kronik di seluruh dunia.
Kebanyakan makanan tersebut mengandungi asid lemak trans (TFA), salah satu bentuk lemak paling bahaya yang boleh menyebabkan penyakit jantung. Ini kerana ia meningkatkan paras LDL (lemak buruk) dan menyingkirkan HDL (lemak baik) daripada tubuh.
Bukan itu saja, kajian terbaru yang diterbitkan dalam jurnal Persatuan Perubatan Amerika Syarikat mendapati gula yang terkandung dalam makanan dan minuman yang diproses turut meninggikan risiko penyakit jantung. wallahu’alam
Mulai sekarang, kurang-kurangkan lah makan makanan yang di proses. Sebaiknya pilih makanan yang sihat untuk menu setiap hari. Kata orang lebih baik ,mencegah daripada mengubati!