Take a fresh look at your lifestyle.

9 Fakta Pelik Tapi Benar Tentang Sarang Burung Walet

0 79

Sarang burung walet adalah sejenis sarang burung yang boleh dimakan, atau lebih dikenali sebagai edible bird’s nest (EBN) dalam bahasa Inggeris.

Ia merupakan makanan eksotik dan popular sejak dahulu lagi, khususnya dalam kalangan masyarakat cina kaum Tionghua di Malaysia. Di Malaysia, EBN daripada burung walit ini sudah mula dituai sejak tahun 1878 di Gua Niah, Sarawak.

EBN diperolehi daripada pelbagai spesis burung walit dan dihasilkan melalui air liur burung-burung ini yang telah mengeras. Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai khasiat sarang burung walit untuk kesihatan kita.

Nutrisi Sarang Burung Walet

sumber: facebook

Dalam setiap 100 gram sarang burung walit, terdapat 281 Cal kalori, 37.5g protein, 0.3g lemak, 32.1g karbohidrat, 485g kalsium, 18mg fosforus, 3mg besi dan 24.5g air. Jadual 1 menunjukkan perbandingan sarang burung walit dengan makanan seperti susu, daging lembu, daging ayam dan telur ayam.

Kaya Dengan Sumber Protein

Analisis keputusan kajian menunjukkan walaupun terdapat perbezaan cara sarang dituai (rumah toko dan juga gua semula jadi) .

kesemua EBN yang dikaji mempunyai kandungan protein yang tinggi sekitar 59.8% sehinggalah 65.4% daripada keseluruhan sarang tersebut.

Protein adalah salah satu makronutrien yang penting dalam tubuh badan manusia selain lemak dan karbohidrat.

Kandungan lemak yang rendah

Berdasarkan kajian yang sama, hidangan sarang burung walit juga mempunyai kandungan lemak yang sangat rendah iaitu serendah 0.01% dan setinggi 0.07% sahaja daripada keseluruhan kandungan EBN.

Berikut Fakta Unik Sarang Burung Walet

1. Sarang Burung Walet Terbuat dari Air Liur

Sarang burung walet terbuat hanya dari air liur (Saliva) tanpa bahan campuran lain dari luar tubuhnya. Hal ini karena tenggorokan walet yang bernama glandula ini memproduksi air liur menjelang masa bertelur.

2. Hanya Ditemui di Asia Tenggara

Burung ini tak dapat hidup di semua negara. Ia hanya tinggal di beberapa negara Asia Tenggara. Misalnya Indonesia, Thailand, Malaysia, Timor Leste, Laos, Brunei Darussalam, Vietnam, Filipina, dan Kamboja.

Hal ini disebabkan karena negara tersebut merupakan kawasan beriklim tropis dengan curah hujan yang tinggi. Pasalnya, semakin lembab maka pengembangan populasinya akan sangat bagus.

3. Harga Sarang Burung Walet Mahal

EBN ini merupakan antara hidangan produk binatang yang termahal di dunia, selain sup sirip ikan yu.

Bergantung kepada gred sarang burung tersebut, harga untuk sarang burung timbang boleh mencecah sekitar RM3,500 hingga RM4,500 untuk setiap kilogram.

Gred sarang burung walit ini bergantung kepada beberapa kriteria seperti bentuk dan warnanya iaitu putih dan merah.

Yang mana ada masalah jeragat, boleh gunakan essense sarang burung walit ni. Boleh bantu pudar dan hilangkan jeragat dan parut lain juga.

4. Dijadikan Suplement untuk Pertumbuhan Anak

Air liur walet yang menjadi sarang memiliki kandungan yang baik untuk perkembangan anak, mulai protein, asam amino, serta mineral.

Apabila diamalkan dengan teratur, ia boleh mencegah penyakit batuk dan selsema. Manfaat lainnya yakni boleh meningkatkan fungsi paru-paru dan ginjal, dan meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

5. Mempercepat Proses Pemulihan Penyakit

Korang akan merasa lebih segar setelah mengambil sarang burung walet dalam jumlah sedang. Sebab protein dan nutrisi yang terkandung dapat membantu proses pemulihan penyakit berbahaya dan kronik, seperti asma dan batuk kronik.

6. Baik Diambil Semasa Perut Kosong

Diklasifikasikan sebagai tonik, sarang burung walet sangat baik bahkan dianjurkan untuk diambil pada pagi hari ketika perut masih kosong. Hal ini supaya tubuh lebih mudah menyerap kandungan nutrisi dari sarang tersebut.

7. Burung Walet Dapat Mati Jika Dikurung

sumber: dianwalet

Burung walet tidak dapat bertahan dalam keadaan dikurung, ia boleh mati jika dikurung dalam tempoh 5 hingga 6 hari.

Hal ini disebabkan sifat dan habitat burung walet memang berada di ruang terbuka dan terbiasa terbang tinggi. Apabila burung dikurung, maka akan sulit mendapat dan memilih serangga favoritnya untuk dimakan.

8. Baik Untuk kesihatan warga emas

Sarang burung juga digunakan secara tradisional untuk mengurangkan kahak, mengurangkan batuk kering kronik dan menghilangkan keletihan.

Sarang burung juga boleh digunakan untuk merangsang selera makan, meningkatkan penghadaman dan merangsang pergerakan usus untuk menjadikannya lebih baik.

9. Mengurangkan kesan nikotin

Sarang burung walet ialah ia membantu mengurangkan kesan nikotin. Jika korang seorang perokok aktif atau pasif, meminum minuman sarang burung diketahui dapat membantu mengurangkan tahap nikotin yang memasuki tubuh.

Bahan-bahan dalam sarang burung banyak mengurangkan kesan negatif nikotin yang berpotensi merosakkan kesihatan badan.

Wah, ternyata sarang burung walet memang unik, menarik, dan banyak memiliki manfaat ya! Jadi, amalkan pengambilan sarang burung walet yang punya segudang nutrisi!

Leave A Reply

Your email address will not be published.