10 Tanda Anxiety – Jangan Ambil Mudah!
Tidak dinafikan, tanda anxiety boleh disebabkan oleh beberapa simptom fizikal. Malah, ia disebabkan penghasilan hormon stres yang lebih tinggi daripada biasa, hampir semua sistem badan akan merasai impak negatifnya.
Cuba bayangkan, apa yang korang akan lakukan jika dikejar anjing? Pasti korang akan lari menyelamatkan diri bukan? Begitu jugalah dengan mereka yang menghidap anxiety.
Apa Tanda Seseorang Itu Menghidap Anxiety?
Apabila seseorang mula rasa gelisah, tindak balas lawan atau lari mereka akan diaktifkan. Ini merupakan satu respons badan yang akan berlaku secara automatik tatkala kita berada dalam bahaya. Antara tanda fizikal anxiety ialah:
1. Sering sesak nafas tanda penyakit anxiety
Penghidap anxiety akan mengalami hiperventilasi kesan daripada degupan jantung yang terlalu pantas. Hiperventilasi akan menyebabkan pernafasan menjadi laju dan mungkin akan membuatkan pesakit sesak nafas.
Apabila kita bernafas, kita akan menyedut oksigen dan menghembus karbon dioksida. Namun, jika kita bernafas terlalu laju, tahap karbon dioksida dalam darah akan berkurang untuk memastikan badan mendapat lebih banyak oksigen.
Sebab itulah, pesakit anxiety akan nampak ‘kepenatan’ umpama baru selesai berlari!
Latihan pernafasan amat penting untuk mereka yang menghidap masalah anxiety.
Dengan pernafasan yang betul, pesakit boleh bernafas dengan perlahan dan menggunakan diafragma untuk lebih relaks dan bertenang.
Bantu pernafasan dengan sedut dan rasai kesegaran dari aromaterapi inhaler ni. Sangat berkesan untuk bantu stabilkan kembali emosi.
2. Rasa Penat Sepanjang Masa
Penat yang berpanjangan juga boleh manjadi petanda mengalami serangan anxiety. Rasa bimbang dan gelisah sepanjang masa boleh menyebaban badan kita sentiasa berada dalam keadaan “berjaga-jaga”.
Kebimbangan yang dialami ini juga boleh mengakibatkan pesakit sukar untuk tidur dan menyebabkan keletihan yang berlaku bertambah menjadi serius.
3. Otot rasa kejang dan sakit disebabkan penyakit anxiety
Otot manusia akan mengeras dan menjadi kejang sebagai respons semula jadi terhadap stres. Malah, mereka yang sering tertekan juga cenderung ‘mengeraskan’ otot mereka tanpa sedar dalam satu tempoh masa yang panjang.
Oleh sebab itu, penghidap anxiety selalunya akan mengalami rasa sakit dikawasan bahagian bahu, belakang badan, dan juga leher.
Sapu gel sejuk berangin ni untuk kurangkan rasa tak selesa pada bahu dan belakang.
Malah, ada juga yang akan mengetap gigi tanpa sedar dan menyebabkan kesakitan di sekitar rahang. Lama-kelamaan, pesakit boleh menghidap migrain atau sakit kepala disebabkan terlampau stres.
4. Tanda Anxiety #Tidak selesa pada perut
Pesakit akan mengalami ketidakselesaan pada perut seperti perut kembung, cirit-birit dan kerap sendawa juga merupakan tanda anxiety. Walaupun nampak biasa, semua simptom ini boleh mengganggu kehidupan pesakit jika ia tidak dirawat secepat mungkin.
5. Tanda Anxiety #Rasa loya
Tidak dinafikan, masalah kegelisahan boleh memberikan kesan buruk pada sistem penghadaman seseorang.
Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam jurnal General Hospital Psychiatry, individu yang mengalami anxiety mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk muntah atau rasa loya selepas makan.
6. Tidak berhenti berpeluh
Disebabkan rasa gemuruh dan gelisah yang berpanjangan, pesakit akan mengalami kerap berpeluh terutama dibahagian kawasan tapak tangan atau ketiak.
Simptom ini juga akan membuatkan penghidap anxiety rasa runsing dan rendah keyakinan diri. Makin memburukkan keadaan, pesakit juga mungkin akan alami masalah bau badan yang teruk.
7. Tanda anxiety #Sukar tidur malam
Jika korang mengalami kesukaran untuk tidur malam atau sering terjaga tengah malam dan tidak boleh tidur semula, ini mungkin berlaku disebabkan penyakit anxiety.
Tahap hormon stres dalam badan yang terlalu tinggi membuatkan pesakit sukar untuk relaks dan tidur lena.
Masalah ini akan menjadi semakin teruk jika pesakit mengambil kafein pada keesokan harinya untuk kekal berjaga. Malah, simptom anxiety juga akan menjadi lebih teruk jika korang mengambil kopi.
8. Jantung selalu berdebar
Menurut National Institute of Mental Health (NIMH), degupan jantung lebih laju daripada biasa merupakan salah satu tanda kebimbangan.
Kajian menunjukkan, individu yang sedang mengalami tekanan perasaan akan menghasilkan hormon adrenalin. Hormon ini akan menyebabkan jantung mengepam dengan lebih pantas.
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, tindak balas lawan atau lari pesakit akan diaktifkan ketika mereka rasa gelisah atau bimbang. Akibatnya, jantung pesakit akan berdegup dengan laju tanpa sebab.
9. Terlebih makan atau kurang selera makan
Masalah kebimbangan juga boleh membuatkan anda terlebih makan atau kurang selera makan. Ada orang yang tidak lalu makan disebabkan rasa stres yang berpanjangan. Namun, ada juga yang akan ‘craving’ makanan yang manis dan berlemak disebabkan stres yang dialami!
10. Menggigil tanpa sebab
Ini merupakan antara tanda-tanda penyakit anxiety disorder. Kadangkala, tangan atau jari akan mula menggigil tanpa sebab. Menurut NIMH, ini merupakan salah satu kesan sampingan peningkatan hormon stres dalam badan.
Situasi ini juga boleh mendatangkan bahaya, lebih-lebih lagi jika ia berlaku ketika sedang memandu. Sekiranya korang mempunyai anxiety, ada baiknya cepat-cepatlah berjumpa doktor untuk rawatan susulan. Dengan bantuan pakar, korang dapat belajar cara yang terbaik untuk mengatasi masalah kebimbangan.