Take a fresh look at your lifestyle.

Beza Telur Ayam Kampung Dengan Telur Biasa

0 435

Ramai yang masih tertanya-tanya macam mana nak beza telur ayam? yang dihasilkan daripada ayam kampung dengan yang biasa?

Semua sedia maklum, telur ayam adalah makanan yang mempunyai pelbagai khasiat dan baik untuk kesihatan. Telur merupakan makanan paling mudah didapati sebagai sumber protein yang tinggi untuk mengekalkan nutrisi dalam tubuh badan manusia.

Jadi tidak menghairankan ia menjadi pilihan utama para pelajar asrama dan universiti termasuk mereka yang tengah kekurangan wang. Juga sumber utama bagi mendapatkan makanan berzat tinggi sambil boleh berjimat.

sumber: PPID Lampung

Maka itu juga menjadi sebabnya ramai orang mudah naik angin apabila telur tak ada atau kurang di pasaran.

Seperti yang kita lihat sekarang terdapat pelbagai jenis telur di pasaran untuk dipilih oleh pengguna. Seperti telur omega, telur organik, telur ayam kampung dan lain-lain.

Jenis telur ini juga mengandungi khasiat yang berbeza, dan untuk pengetahuan korang terdapat perbezaan khasiat antara kampung dengan yang biasa.

Khasiat Telur Ayam Yang Ramai Tidak Tahu

Telur yang lebih baik jika telur itu berasal dari haiwan yang pemakanannya adalah semulajadi agar kandungan ‘omega 3’ nya lebih tinggi dari haiwan yang dipelihara dan diberi pemakanan dedak yang tidak berkhasiat. Contoh telur yang baik adalah dari telur ayam kampung, itik , ikan laut dan sebagainya.

Jika korang mahu tingkatkan tahap protein dalam badan, telur adalah pilihan terbaik. Bukan sahaja ia sangat mudah untuk disediakan, tapi juga sangat murah berbanding sumber protein yang lain.

Sebiji telur rebus mengandungi 85 kalori dan 7 gram protein. Telur bukan sahaja mempunyai kandungan protein yang tinggi, malah segala jenis vitamin yang penting untuk badan kita seperti kalsium, folat (vitamin B9), Vitamin A, D, E, B1, B3, B6, B9, B12 dan banyak lagi.

Antara khasiat yang boleh kita dapat dari telur adalah ia menjadikan sistem imun yang lebih baik. Jika korang tidak mengamalkan makan telur dalam diet, korang perlu mulakan sekarang, kerana dengan pengambilan telur dapat memastikan badan tidak dijangkiti bakteria dan virus secara semulajadi.

Makan telur yang bersaiz besar (saiz AA) kerana ia mengandungi hampir satu perempat kandungan selenium yang badan kita perlukan. Selenium adalah nutrien yang badan kita perlukan untuk memperbaiki daya tahan badan dan juga mengawal hormon tiroid.

Khas untuk surirumah, ada cara untuk simpan makanan supaya tahan lama. Tengok kat sini ye

Nak tau cara simpan telur supaya tak cepat pecah boleh tengok sini

Berikut adalah perbezaan telur ayam kampung dan biasa

Menerusi perkongsian posting di Facebook Dr Suhazeli Abdullah, dia memberitahu bahawa khasiat pertama telur ayam kampung ialah boleh menguatkan tenaga batin.

Tak habis lagi dengan isu tu telur ni. Ada lagi duk tanya beza telur ayam kampung dengan telur biasa yang dia beli kat kedai. Terpaksalah saya cari bahan saintifik sikit sebanyak untuk membantu kefahaman tuan puan sekalian.

Sudagha, telur ayam kampung banyak khasiat rupanya. Sebab tu orang tua-tua suka pelihara ayam kampung. Kita aje malas, nak senang kononnya.

Khasiat pertama ialah telur ayam kampung menguatkan tenaga batin itu benar sebenarnya. Pengkaji dari Norway pada tahun 1997 telah membuat kajian memakan telur yang telah disenyawakan (fertilized egg) boleh meningkatkan tenaga batin lelaki. Kajian ini ambil ayam kampung di Norway lah bukan Malaysia dan kajian ini ada sedikit bias serta jumlah sampel kajian sedikit sahaja.

Sekali lagi telur yang digunakan adalah telur yang dikategorikan sebagai original yang jika sekiranya ia di ram dan ditetaskan boleh hasilkan anak ayam. Oleh kerana telur biasa yang terdapat dalam pasaran kita ada terhasil daripada ayam penelor. Ayam penelor tidak bersetubuh dengan ayam jantan sebelum ia bertelur. Menyebabkan telur yang dikeluarkan itu kebanyakannya adalah yang tidak fertile (tidak tersenyawa).

Cara melihat telur fertile adalah dengan melihat tompok putih (blastoderm) di kuning telur serta terdapatnya lendir semacam tali (chalazae). Telur tersenyawa inilah mengandungi kekuatan tenaga batin jika dimakan. Menurut kajian tersebut sebaiknya telur itu di makan dalam tempoh inkubasi samada inkubasi secara buatan ataupun semasa diram oleh si ibu ayam. By right, tiga hari pertama dalam tempoh yang terbaik. Kerana selepas daripada itu tompok putih itu akan bertukar kepada setompok darah dan akhirnya janin ayam terbentuk. Itu pasal orang zaman dulu sanggup berkelahi dengan ibu ayam untuk curi telur di atas sakok ayam.

Khasiat kedua; Ayam kampung mempunyai kelebihan zat vitamin A, E, Omega-3 dan beta karotin. Kolesterol dan lemak tepu juga jauh berkurang berbanding telur biasa.

sumber: muraimy

Sekian untuk pengetahuan korang, semoga perkongsian ini dapat membantu korang!

Leave A Reply

Your email address will not be published.