10 Jenama Baju Melayu yang Jadi Pilihan Jejaka Tampan 2023
Nak cari jenama baju melayu yang terkini? Di pagi raya, tak sempurna la kalau takda Baju Raya kan. Kalau si lelaki bergaya dengan Baju Melayu dan kaum wanita dengan Baju Kurung dan sebagainya.
Untuk tahun 2023 ini agaknya jenama baju raya apa yang menarik perhatian korang? korang mungkin sudah mula untuk mencari sepasang baju raya untuk masa lebaran akan datang kan?
Tak lama lagi, nak raya dah kan. Dah cari baju raya ke? Kalau belum jum kita tengok jenama baju raya apa yang popular dan trending untuk tahun 2023 ini.
Jenama Baju Melayu Trending Tahun 2023
1. Elrah Exclusive

Jenama ini rasanya sudah tidak asing lagi. Lebih mengfokuskan kepada pakaian lelaki. Elrah Exclusive tahun ini masih mengekalkan pengeluaran bagi pakai Baju Melayu dan Kurta untuk tampil lebih tampan di pagi raya.
Terdapat pelbagai jenis kurta yang dijual seperti Kurta Habib, Kurta Mat Salleh, Amir Khan, Mat Kilau, Khabib dan banyak lagi. Tawaran warna juga tidak kurangnya, ada biru, brown, hitam, ungu dan banyak lagi.
2. Jenama Baju Melayu #PrimaValet
Hey korang, dah tahu tentang koleksi baju Raya terkini dari PrimaValet? Baju Melayu Prestige yang dilancarkan pada tahun 2022 ni mempunyai rekaan yang sangat menarik dengan potongan yang slim-fit yang sesuai untuk lelaki masa kini. Baju Melayu ni direka dengan teliti untuk memberikan corak yang kemas dan tersusun pada setiap pemakainya.
Bahan baju ni sangat berkualiti dan mempunyai tekstur yang sangat lembut dan selesa untuk dipakai. Korang akan rasa selesa dan segar sepanjang hari. Korang pun boleh memilih dari 40 warna yang ada seperti night blue, bronze, bleach white, dan burgundy untuk disesuaikan dengan citarasa korang.
Baju ni ada saiz yang pelbagai seperti XS, S, M, L, XL, 2XL, 3XL, dan 4XL, jadi tak perlu risau kalau korang punya saiz tak standard. Rekaan kolar baju ni pun mempunyai kolar berbentuk yang sangat elegan. Korang akan kelihatan berbeza dari biasa-biasa kalau pakai baju ni. Baju ni dijual dalam set 2 pieces dan jangan lupa ya, sampin dan songkok tak termasuk dalam pembelian baju ni.
Jadi tunggu apa lagi, kalau nak nampak bergaya, korang boleh cuba baju Melayu Prestige ni. Dah cuba, confirm korang takkan puas dengan satu sahaja, pasti korang akan order lagi!
3. Jenama Baju Melayu #Bulan Bintang

Seiring dengan permintaan pengguna, Bulan Bintang yang terkenal dengan tagline baju melayu “tak ketat, tak sendat, baju melayu tanpa logo” juga tidak ketinggalan untuk memenuhi kehendak pasaran.
Orang ramai berpendapat bahawa baju Melayu akan tampak lebih eksklusif tanpa sebarang logo mahupun design. Ini bagi mengekalkan ciri-ciri asal baju Melayu dari zaman ia diperkenalkan.
Baju ni mempunyai potongan tailored fit cutting dan pesak yang memang sesuai untuk yang suka gaya yang lebih santai dan selesa.
Lagi satu, ia sesuai untuk solat sebab terdapat hidden side zip dan arm zips yang memudahkan korang untuk mengambil wudhu. Bawah baju pula ada elasticated waistband yang dilengkapi dengan zip dan hook fastening yang memang memudahkan untuk pakai.
Baju Melayu Tailored Fit ni ada 40 lebih pilihan warna untuk korang pilih. Tak perlu risau pasal kualiti fabric pun, sebab baju ni dibuat menggunakan Italian Avanti Fabric yang memang berkualiti tinggi.
4. Baju Melayu Mekar by Omar Ali
Baju melayu dari Omar Ali merupakan pilihan terbaik untuk korang, yang ingin tampil menawan dengan busana yang elegan pada Hari Raya Aidilfitri.
Ia mempunyai pelbagai pilihan warna, gaya kolar, dan saiz yang sesuai dengan citarasa korang. Terdapat 18 warna pilihan menawan yang ditawarkan. Antaranya adalah denim blue, apple green, pearl white, jet black, dan banyak lagi.
Selain itu, gaya kolar Baju Melayu Mekar ini juga boleh didapati dalam bentuk Cekak Musang dan Teluk Belanga Johor. Korang boleh memilih gaya kolar yang sesuai dengan keperibadian. Mempunyai saiz baju melayu ini juga disesuaikan dengan pelbagai saiz dan bentuk badan.
Menawarkan saiz yang sesuai dengan tubuh korang seperti S, M, L, XL, atau XXL.
Dengan Baju Melayu Mekar, korang akan tampil lebih yakin dan menawan pada Hari Raya Aidilfitri.
5. Auramen Luxe n Co.

Biasa korang dengar jenama Auramen ni lebih kepada skincare kan. Kali ini mereka mengeluarkan pakaian raya mereka sendiri iaitu Baju Melayu Anti Kedut melalui Auramen Luxe n co.
Selain itu, ianya menggunakan kualiti kain premium, slimfit, kain sejuk, mesra wuduk dan setiap pembelian akan dapat sampin secara percuma. Antara pilihan warna yang disediakan seperti mustard, dark blue, maroon, silver, sky blue, emerald green dan banyak lagi.
6. Jenama Baju Melayu #Kurta House
Walaupun menggunakan jenama Kurta House tetapi mereka ada juga koleksi Baju Melayu bersama-sama Kurta. Antara ciri-ciri menarik pada pakaian mereka adalah:
- 20 Pilihan Warna
- Kids : Saiz 2 tahun – 12 tahun
- Dewasa : Saiz S – 3XL
- Cutting Perfect
- Material Kain Tak Panas
- Tak Mudah Renyuk
- Sesuai Di Pakai Untuk Semua Majlis.
- korang boleh beli terus kepada reseller atau menerusi seller yang ada di Shopee.
7. Moff Collections

Meriah nampaknya daripada koleksi jenama Moff ini. Mereka ada menjual pakaian baju raya seperti baju melayu, baju kurung, jubah, abaya, dress, tudung dan kurta. Set lengkap satu family pun ada.
Jika baju melayu, boleh dapatkan Baju Melayu Bang Jago. Kalau baju kurung, ada baju kurung Qairina, Oxalis, Queen, Seri, Alsa dan banyak lagi. Jika berminat, boleh terus ke laman web mereka www.moffcollection.com.my atau di Shopee Moff2u.
8. Adnna Collection
Sempena hari raya, jika korang mencari sepasang baju melayu, anda boleh dapatkan di Adnna Collection. Mereka ada menyediakan lebih 30 warna pilihan untuk korang dengan harga kurang RM200. Antara ciri yang disediakan
- Kain jenis Duchess Matte
- Antikedut, antigelebeh
- Zip di lengan (wuduk friendly)
- Zip disisi, cutting slimfit
- Seluar getah pada bahagian pinggan
- 1 poket dibahagian baju (hidden)
- 2 poket dibahagian seluar
- 3 butang
Jika berminat boleh terus dapatkan di www.adnaa.com.my atau melalui seller Shopee di adnaakualalumpur
9. Jenama Baju Melayu #Rijal & Co

RJ lebih fokus kepada lelaki sebab mereka hanya mempunyai koleksi baju melayu dan sampin. Antara sebab kenapa korang perlu dapatkan koleksi daripada mereka ialah:
- Harga Promo siap Sampin & Butang.
- Bonus Khas untuk 100 Pembeli Terpantas.
- Design Sampin Eksklusif pilihan anda.
- Mudah Digosok & Anti- Kedut.
- Material Satin sejuk walaupun dua lapis.
- Cutting Slim Fit (Zip di tepi badan).
- Wudhuk Friendly (Zip di tangan).
- Seluar Adjustable.
10. Baju melayu Jebat by Hasnuri
Baju Melayu Jebat merupakan Koleksi Hasnuri direka khas buat penggemar baju melayu moden dengan gaya moden minimal agar tampil segak dan tampan kemana sahaja
- Material: High Quality Heavy Como Crepe
- ( Tak jarang + Tak mudah berkedut + Memeri + Lembut + Mudah digosok )
- Saiz : SS – XXL
- Kategori warna: Sweet, pastel and bold
- Design Baju: Rekaan terkini baju melayu moden regular fit yang menampakkan ilusi tinggi
- Design Seluar : Rekaan seluar potongan lurus, pinggang half getah berzip yang menampakkan ilusi tinggi
Istimewa:
- Rekaan baju melayu moden regular fit yang menampakkan ilusi kurus
- Rekaan leher potongan cekak musang dan 4 butang mudah dibuka
- Rekaan satu welt pocket yang kemas dengan tagging jenama HASNURI
- Belahan pendek pada kedua sisi baju untuk memudahkan pergerakan si pemakai
- Ada poket dikiri dan kanan seluar
- Si pemakai akan kelihatan lebih segak, tampan dan bergaya
- Sesuai dijadikan pakaian harian dan boleh digayakan ke semua majlis.