Take a fresh look at your lifestyle.

9 Jenama Baju Raya 2023 Yang Paling Popular

0 2,005

Terdapat beberapa jenama baju raya yang menjadi pilihan menjelang syawal, kita akan melihat ramai orang muslim berpakaian cantik dan menarik bagi menyambut hari perayaan tersebut. Ada kalanya, mereka sekeluarga berpakaian sedondon bagi meraikan kemuliaan Hari Raya dan menceriakan hari tersebut.

Sepertimana yang kita ketahui, pemilihan baju raya amat penting bagi meningkatkan mood perayaan selain melancarkan program Hari Raya yang sudah diatur lengkap. Oleh sebab itu, terdapat banyak butik baru yang menawarkan pelbagai pilihan fesyen baju kurung untuk memenuhi kehendak para pelanggan.

Berikut Adalah 9 Jenama Baju Raya Menjadi Pilihan;

1. Ariani RTW

Dengan hampir 30 kedai di seluruh negara, jenama Ariani semestinya bukan jenama yang asing lagi di Malaysia. Jenama tempatan yang terkenal ini mula menapak di industri dengan barisan awning tudung ikonik yang telah menjadi antara pilihan utama buat para wanita bertudung.

Kini, Ariani telah mengembangkan sayapnya untuk menawarkan koleksi Ariani Ready To Wear (RTW) atau pakaian sedia dipakai.

Koleksi ini membuka ruang buat wanita bertudung menggayakan pelbagai pakaian mesra bajet yang cantik serta menutup aurat tanpa stress. Tersedia dalam saiz XS sehingga XL, korang boleh lihat design moden kontemporari yang ada di laman web rasmi Ariani dan lakukan pembelian dalam talian. Mudah kan?

2. Jenama baju Raya #MCC Lifestyle

MCC Lifestyle mengutamakan gaya hidup muslimah anggun dengan menawarkan seleksi pakaian yang labuh dan longgar tanpa kompromi terhadap kualiti, kecantikan, dan keselesaan.

Butik ini menawarkan pelbagai koleksi ready to wear mengikut kategori seperti Ready to Raya, Ready to Solat, Ready to Sweat, Ready to Nikah, Ready to Work, dan Ready to Relax. Dan tidak lupa juga, MCC Lifestyle percaya bahawa fesyen sewajarnya bersifat inklusif dan harus boleh diakses oleh semua orang.

Oleh itu, butik ini menyediakan perkhidmatan dari saiz XXS hingga 5XL, supaya anda boleh tampil bergaya sambil menutup aurat tanpa mengira saiz! Seterusnya, MCC Lifestyle menawarkan jaminan kepuasan 100% untuk semua pelanggan, jadi anda bolehlah membeli-belah tanpa ragu.

3. SofeaRose Boutique

Dengan pelbagai koleksi tudung, baju, serta aksesori yang diilhamkan oleh gabungan seni dan fesyen, SofeaRose telah berjaya menarik perhatian dan kesetiaan para pelanggan mereka. Sejak tahun 2010, SofeaRose telah memberi perkhidmatan yang berkualiti dengan dedikasi yang tinggi dan cinta yang mendalam terhadap fesyen.

Amat mementingkan keselesaan pelanggan, SofeaRose menggunakan teknologi keselesaan yang terkini supaya kekal selesa sepanjang hari ketika mengenakan hijab atau seleksi ready to wear mereka. Seterusnya, semua produk di sini dijual dengan harga yang berpatutan setanding dengan kualiti premium yang ditawarkan.

4. Jenama Baju Raya #Deenara

Terletak di Bangi Gateway Shopping Mall, butik Deenara menawarkan pelbagai fesyen wanita yang mengikuti trend semasa Malaysia serta menyediakan seleksi sedia dipakai bagi yang mementingkan kesederhanaan dalam gaya hidup.

Ditubuhkan pada tahun 2017, jenama Deenara mula diusahakan oleh usahawan adik-beradik muda menerusi platform media sosial. Terdapat pelbagai style dan design di sini, tetapi jangan risau kerana semua produk menggunakan fabrik yang memuaskan hati dan menekankan trend kontemporari.

Ini membuatkan sipemakai lebih yakin dan selesa serta bergaya. Antara produk yang korang boleh dapatkan di sini ialah kaftan kurung, kurung moden, jubah, abaya, tudung (shawl), baju kasual seperti blouse, dan banyak lagi.

5. Jubahsouq

sumber: TWITTER

Dengan motto ‘Where Modesty Meets Beauty’, JubahSouq menampilkan koleksi pakaian yang cantik dan bersederhana buat kaum lelaki, wanita, dan kanak-kanak. Terdapat pelbagai jenis busana seperti kaftan, kurung, kebaya, kasual, kurta, baju melayu, dress, dan tudung seperti bawal dan shawl.

Staf yang ramah dan mesra pelanggan juga pasti menyenangkan proses pembelian di butik serta menghasilkan pengalaman membeli-belah yang tidak boleh dilupakan. Tambahan pula, butik di Bangi ini mementingkan kepuasan pelanggan dan sentiasa memastikan rekaan dan cutting baju sesuai dengan si pemakai.

6. IMAAN Boutique

Terletak di Bandar Baru Bangi, IMAAN Boutique adalah antara butik-butik eksklusif di Bangi yang menawarkan pelbagai rekaan yang sedia dipakai dengan harga yang berpatutan. Sebut sahaja nama IMAAN Boutique, pasti sudah terbayang-bayang rekaan yang versatil dan berwarna-warni.

Terdapat bermacam-macam jenis pakaian, style, stok, dan corak trendy yang pasti akan menepati cita rasa unik koang!

Butik in juga menawarkan pilihan ironless atau fabrik yang tidak perlu diseterika seperti koleksi Yoori Kaftan yang menjadikan busana tersebut lebih praktikal, travel-friendly, dan mudah untuk digayakan.

7. Jenama Baju Raya #Primavalet

Sebuah lagi pilihan jenama baju raya yang menjual pelbagai koleksi untuk pakaian lelaki dan wanita. Mereka ada baju melayu, baju kurung, kurta, tudung dan sebagainya.

Kalau baju melayu, ada Baju Melayu Majesty, Zidane, Emir dan banyak lagi. Untuk baju kurung moden seperti Kurung Helen, Fareena, Aqeela, Monalisa dan macam-macam lagi.

8. J.Labella Atelier

Sempena Raya, mereka ada keluarkan koleksi baru untuk tahun 2022. Baju Kurung untuk wanita dan J.Armani Baju Melayu untuk lelaki.

Terdapat lebih 10 jenis koleksi kurung antaranya ialah Valencia Kurung, Ellyna & Emelina Kurung, Estinaa Kurung, Reiyana Kurung, Estila Kurung dan banyak lagi. Warna yang disediakan pun cantik-cantik.

9. Bella Ammara

Butik Bella Ammara mempunyai reka bentuk ringkas namun bergaya pada pakaian keluaran mereka. Jika korang mencari pakaian yang mempunyai corak moden dan ringkas, butik ini boleh membantu korang.

Selain itu, laman web butik ini menawarkan pelbagai gaya baju kurung seperti Baju Kurung Mahsuri, Baju Kurung Dang Anum, Baju Kurung Tun Fatimah dan banyak lagi. Butik ini juga banyak menggunakan warna Dusty dan pastel dalam rekaan pakaian mereka.

Secara kesimpulannya, terdapat banyak jenama baju raya terutamanya butik di Bandar Baru Bangi. Dimana ia yang menyediakan pelbagai koleksi busana menarik buat semua lapisan masyarakat. Saya pasti, korang akan rambang mata dengan pilihan yang ditawarkan.

Jadi, apa tunggu lagi? Lekaslah kunjungi butik di Bangi untuk dapatkan pakaian, tudung, serta aksesori dengan harga yang berpatutan! Nak mudah lagi, beli online dengan klik button biru kat atas tu.

Leave A Reply

Your email address will not be published.