Take a fresh look at your lifestyle.

5 Sebab Kenapa Pil Perancang Tak Berkesan

0 38

Ketahui lima punca kenapa pil perancang kehamilan yang diambil boleh jadi tak berkesan.

Anak adalah rezeki yang terbesar dan tidak terhingga yang dikurniakan oleh Maha Pencipta kepada setiap pasangan yang berkahwin.

Tidak dapat digambarkan perasaan bahagia kedua-dua mereka apabila mendapat tahu bahawa ada satu nyawa baharu yang dikandung dalam perut si isteri.

Bagaimanapun, pada masa kini dapat dilihat lebih ramai pasangan yang merancang kehamilan atas tujuan-tujuan tertentu, sama ada daripada jumlah bilangan anak yang ingin dimiliki atau jarak umur masing-masing.

Namun begitu tidak dinafikan, perancangan penting dalam membina sebuah keluarga yang teratur. Tetapi pernahkah korang dengar bahawa ada pasangan yang telah merancang kehamilan, namun akhirnya ‘termengandung’ jua benih baharu dalam perutnya.

Tidak dinafikan, perkara ini memang sering berlaku dalam segelintir pasangan jika mereka tidak mengambil langkah-langkah perancangan kehamilan yang betul. Oleh itu ikuti perkongsian daripada laman portal Hello Doktor.

Apakah punca pil perancang tak berkesan?

sumber: ubatjeragat

Jika ditanyakan pada pasangan suami isteri, pasti semua mahu anak, kan? Pun begitu, tidak semua bersedia untuk memiliki anak, justeru menggunakan pelbagai kaedah kontrasepsi ketika beraksi di kamar tidur.

Tapi, korang tahu tak cara makan pil perancang? Antara kaedah merancang keluarga yang paling biasa dipraktikkan oleh pasangan suami isteri adalah penggunaan kondom dan pengambilan pil perancang.

Menurut ramai pakar perancang keluarga, pil ini mempunyai tahap keberkesanan yang sangat tinggi iaitu sehingga 99%. Pun begitu, angka ini boleh turun kepada 91% atau kurang lagi bergantung kepada cara makan pil perancang yang korang amalkan. Ini adalah beberapa faktornya termasuklah:

1. Terlepas atau terlambat makan pil perancang

Menurut Profesor Obstetrik dan Ginekologi Fahimeh Sasan di Icahn School of Medicine, punca utama pil ini kurang berkesan adalah kerana tidak diambil setiap hari.

Adakah terlepas 1 biji pil bermaksud isteri pasti akan hamil?

Tidak, namun ia akan meningkatkan risiko terutamanya jika pil yang terlepas itu adalah yang pertama.

Ini bermaksud wanita tidak seharusnya terlepas dari ambil pil pada minggu pertama kerana ketika inilah telur akan mula dihasilkan untuk proses persenyawaan. Selain itu, terlambat mengambil pil ini juga boleh menurunkan tahap keberkesanannya. Oleh itu, jangan sesekali terlepas atau terlambat mengambilnya okay!

Ibu hamil kena elak guna guna kosmetik yang ada 4 bahan ini

2. Mengambil ubatan lain bersama pil perancang

sumber: hellodokter

Cara makan pil perancang supaya berkesan adalah mengambilnya tanpa ubatan lain. Berikut merupakan senarai beberapa ubatan yang boleh mengganggu tahap keberkesanannya:

  • Antibiotik untuk tuberkulosis atau meningitis
  • Anticonvulsants atau penstabil mood
  • Antifungal
  • Antidepresan
  • Ubatan HIV
  • Ubatan diabetes
  • Ubatan hipertensi arteri pulmonari
  • Ubatan untuk merawat keloyaan
  • Ubatan untuk merawat kegelisahan

Jadi sila berjumpa doktor jika kalian terpaksa mengambil ubatan-ubatan ini serentak dengan pil perancang kehamilan.

3. Mengambil suplemen lain bersama pil perancang

Sama seperti ubatan, beberapa suplemen juga boleh menurunkan tahap keberkesanan pil ini seperti:

  • Vitamin AVitamin C
  • Potassium
  • St. Jonh’s Wort
  • Soy Isoflavones

Mungkin tidak salah untuk mengambil suplemen cuma pastikan korang telah berbincang dengan doktor terlebih dahulu ya?

4. BMI yang tidak stabil

Ha, yang ini ramai mengalami bukan? Indeks jisim badan (BMI) yang terlebih akan mengakibatkan metabolisme tubuh badan terjejas lantas menyerap sebarang ubatan dengan lebih cepat. Kesannya, ia mungkin terbuang dengan lebih cepat dari tubuh badan melalui sistem perkumuhan yang seterusnya menurunkan tahap keberkesanannya.

Disebabkan itu, pil tersebut mungkin kurang sesuai buat individu dengan BMI melebihi 27. Sila berjumpa doktor untuk berbincang alternatif kontraseptif yang terbaik.

5. Menghidapi penyakit tertentu

Penyakit tertentu seperti penyakit Crohn dan penyakit radang usus (IBD) boleh mengganggu penyerapan sebarang ubatan yang diambil secara oral.

Menurut Profesor Obstetrik dan Ginekologi di The University of Tennessee Nikki B. Zite, segala yang mengganggu kebolehan tubuh badan menyerap hormon akan mempengaruhi tahap keberkesanan pil tersebut.

Mayo Clinic turut menyatakan bahawa cirit-birit atau muntah-muntah yang serius juga akan memberi kesan yang lebih kurang sama.

Konklusinya, sila amalkan cara makan pil perancang kehamilan dengan betul dan elakkan perkara di atas supaya ia berkesan dengan lebih baik!

Leave A Reply

Your email address will not be published.