Take a fresh look at your lifestyle.

Betul Ke Makan Telur Punca Kolestrol Tinggi?

0 46

Selama ini dok sangka makan telur boleh sebabkan kolesterol jadi tinggi… betul ke macam ni?

Sebelum ini kita digembar-gemburkan dengan mempercayai bahawa terdapat kolesterol yang tinggi di dalam telur dan ini seolah-olah menjadi penyumbang utama kenaikan kolesterol dalam badan.

Malahan pengambilan telur ayam yang banyak dalam hidangan seharian sering dikaitkan dengan punca kepada masalah kesihatan.

Dan ada juga yang menyatakan ia meningkatkan tahap kolestrol dalam badan, namun adakah segala dakwaan yang tular ini tepat?

Selain merupakan sumber protein dalam makanan, bahan mentah yang mudah diperoleh ini juga mengandungi pelbagai zat dan gizi lain yang diperlukan badan. Untuk perkongsian kali ini saya cuba merungkai kepada persoalan tersebut.

Telur punca kolesterol tinggi?

sumber: merdeka

Pengambilan telur sebanyak 4 biji seminggu membuktikan tidak mengakibatkan apa-apa risiko berkaitan dengan masalah jantung sama ada bagi pesakit diabetes mahupun orang biasa.

Satu kajian meta-analisis telah menunjukkan bahawa pengambilan telur 1 biji setiap hari mungkin dikaitkan dengan penurunan risiko strok. Secara keseluruhan kajian tidak menunjukkan kaitan secara jelas antara pengambilan telur dengan risiko masalah jantung.

Telur adalah makanan yang padat dengan nutrisi, selain dari protein, ia mengandungi asid lemak penting, antioksida, choline, vitamin dan mineral yang mungkin bertindak mempertahankan kenaikan kolesterol dalam darah.

Dalam kajian lain, kebanyakan peserta yang terlibat telah merekodkan pengambilan telur secara purata, satu biji sehari (anggaran telur 55g sebiji). Hasil kajian menunjukkan telur tidak meningkatkan risiko dislipidemia (penyakit yang meningkatkan risiko pelbagai masalah sakit jantung).

Malah, kajian juga menyarankan supaya telur diambil bersama dengan makanan yang tinggi serat dan kurang lemak tepu tanpa lebihan kalori. Hal ini bercanggah dengan kebanyakan kajian sebelum ini yang mengatakan kolesterol adalah punca utama masalah jantung!

Dalam penemuan lain, kolesterol dalam telur mungkin tidak diserap dengan baik dan tidak mempengaruhi kepekatan jumlah kolesterol dalam darah.

Di dalam kuning telur terdapat dua jenis phospholipidsphosphatidylcholine dan sphingomyelin, yang bertindak dalam mengurangkan penyerapan kolesterol dalam usus. Hal ini mungkin memberi jawapan kenapa tindak balas kolesterol dalam telur tidak meningkatkan kadar kolesterol dalam darah manusia.

Sekarang korang sudah faham dan jelas kan tentang kekeliruan tentang telur jadi punca kolesterol tinggi tu.

Pemilihan telur juga penting. Ramai yang sudah beralih ke telur special ini kerana ia lebih sihat dan fresh

Apakah punca kenaikan kolesterol dalam darah?

Makanan yang tinggi dengan lemak tepu dan juga lemak trans masih lagi dalam kajian. Di mana ia adalah punca utama masalah kenaikan kolesterol dalam darah dan mengakibatkan masalah jantung.

Menggantikan pengambilan lemak tepu dengan lemak tidak tepu adalah sangat digalakkan terutamanya bagi mereka yang dalam proses penurunan berat badan.

Meninggalkan makanan yang tinggi dengan lemak tepu dan lemak trans adalah sangat penting. Terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah jantung dan juga risiko komplikasi.

Selain itu, AHA dan ACC menekankan kepentingan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, susu rendah lemak, protein tanpa lemak, kekacang, dan minyak sayuran.

Dapatkan nasihat dari pakar pemakanan mengenai had pengambilan lemak tepu, lemak trans dan cara mengamalkan pemakanan sihat.

Cara pelik turunkan berat badan tetapi berkesan. Tengok kat sini

Bolehkah saya masih makan telur?

sumber: kompas.com

Menurut perkongsian Dr. Mazliana Mazlan, ramai yang salah faham tentang telur. Masih ramai yang takut makan telur dek kerana ia jadi punca kolesterol tinggi.

Beliau mengambil contoh dua pesakit yang ditemui, beliau menyatakan bahawa hidangan berasaskan telur bukanlah punca kepada tahap kolesterol yang tinggi.

“Dua pesakit yang saya jumpa minggu ini membuatkan saya terpaksa kongsikan dengan orang ramai bahawa telur teramatlah bagus untuk semua.

“Mereka sudah buktikan, yang telur langsung tak bersalah tinggikan bacaan kolesterol. Korang semua boleh tengok dalam gambar bacaan kolesterol… perfect!

“Sedangkan dua pesakit ini makan telur setiap hari dan paling kurang empat kali seminggu,” ujarnya.

Mengakui turut terkejut dengan maklumat yang diberikan itu, Dr Mazliana berkata, ia adalah hasil tabiat pemakanan pesakitnya.

Malah jelas beliau, sudah lebih tiga tahun pesakitnya mengamalkan hidangan berasaskan tiga atau empat biji telur setiap pagi.

Melihatkan kebaikan dan manfaat yang ada itu, beliau menyeru supaya orang ramai mula mengamalkan pengambilan telur.

Beliau turut menjelaskan 5 sebab kenapa kena ajar anak dari baby untuk makan telur;

  • 1. Makanan tinggi nutrisi yang sangat mudah nak buat
  • 2. Betain dalam telur bagus untuk kesihatan jantung
  • 3. Choline dalam telur bagus untuk otak dan bayi dalam kandungan.
  • 4. Lutein dan zeaxanthin bagus untuk kesihatan mata
  • 5. Telur tinggi protein dan bantu untuk dapatkan berat badan yang ideal

Secara kesimpulannya telur tinggi kolesterol pemakanan. Walau bagaimanapun, mereka juga penuh dengan protein dan nutrien penting lain, dan kolesterol yang terkandung di dalamnya nampaknya tidak meningkatkan tahap kolesterol darah sebanyak yang diharapkan.

Kajian sama ada telur mempunyai kesan negatif tertentu terhadap tahap kolesterol perlu mengambil kira cara orang biasanya memasak dan makan telur – di samping banyak makanan goreng dan berlemak. 

Telur sudah pasti boleh dimasukkan dalam menu diet korang, plan betul-betul supaya ia menjadi plan diet yang seimbang dan sihat ye.

Leave A Reply

Your email address will not be published.