Take a fresh look at your lifestyle.

Khasiat Tongkat Ali Untuk Cepat hamil

0 284

Tongkat ali seringkali dikaitkan dengan kaum lelaki, namun terdapat mitos yang mengatakan bahawa ia banyak manfaat untuk wanita? Dan apakah itu sekadar mitos ataupun fakta?

Ya, mungkin penyataan ini agak aneh dan mengejutkan kerana tumbuhan ini biasanya diekstrak dan diambil dikalangan lelaki untuk kesihatan batin mereka.

Namun, masih wujud tanda tanya sama ada khasiat tongkat ali adalah sama berkesan terhadap golongan wanita sama seperti lelaki. Jadi, jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut!

Apa itu Tongkat Ali?

sumber: vitdaily

Tongkat Ali atau turut dikenali dengan nama saintifiknya, Eurycoma Longifolia adalah sangat sinonim dan popular dikalangan rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan korang, tumbuhan ini merupakan sejenis pokok renek malar hijau tinggi yang biasa dijumpai di Asia Tenggara.

Ia juga merupakan salah satu daripada ubat herba yang sangat terkenal di benua dan negara kita selama berabad lamanya. Apakah yang tersembunyi di sebalik rahsia khasiat Tongkat Ali? Tepat sekali, ia dikatakan mampu meningkatkan prestasi seksual kaum lelaki!

Disebabkan itu, ia selalu dijadikan sebagai ‘tonik’ untuk kaum lelaki setiap kali sebelum beraksi di ranjang dengan pasangan. Tambahan lagi, tumbuhan ajaib ini juga mungkin mempunyai lebih banyak manfaat lain yang belum kita ketahui.

Apa khasiat Tongkat Ali?

Sudah terdapat beberapa kajian yang mungkin telah berjaya membuktikan bahawa khasiat tumbuhan ajaib ini bermanfaat terhadap tubuh manusia, termasuklah

1. Tongkat Ali #Meningkatkan tahap hormon testosteron

Menurut kajian selama 1bulan yang melibatkan 76 orang lelaki. Didapati bahawa pengambilan ekstrak Tongkat Ali sebanyak 200mg setiap hari mampu meningkatkan tahap hormon testosteron.

Ia sekali gus mungkin mampu merawat masalah sperma, libido rendah, ereksi tidak kuat, ejakulasi pramatang dan dalam sesetengah kes, ketidaksuburan.

2. Mengurangkan stres pada mental

Sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 1999 terhadap subjek makmal, didapati bahawa ia mampu mengurangkan gejala stres, kegelisahan serta keresahan pada mental.

Disebabkan itu, ada kemungkinan yang besar bahawa ekstrak tumbuhan ini mampu mengawal masalah pada mental jika diambil pada jumlah dan cara yang betul.

3. Memulihkan komposisi tubuh badan

Menurut kajian, didapati bahawa khasiat Tongkat Ali ini datangnya daripada sebatian di dalamnya yang mengandungi quassinoids, eurycomaoside, eurycolactone dan eurycomanone.

Kesemua sebatian ini dipercayai mampu bertindak sebagai bantuan ergogenik sekali gus memulihkan komposisi tubuh badan lantas membuat kita lebih cergas.

Tongkat Ali yang original dan dah di racik kecil-kecil boleh didapati kat sini

Tongkat Ali untuk wanita, boleh tingkatkan peluang hamil?

sumber: akarali

Mungkin korang akan agak runsing di sini kerana tumbuhan ini dikatakan berisiko diambil oleh wanita. Tetapi dipercayai mampu tingkatkan peluang untuk hamil.

Sebenarnya, penyataan ini adalah khas ditujukan buat kaum lelaki kerana pengambilannya mungkin mampu meningkatkan hormon testosteron dalam tubuh badan. Kesannya, ia mungkin akan mampu menyelesaikan banyak masalah berkaitan hal seksual lelaki seperti yang telahpun nyatakan di atas tadi.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine, mendapati bahawa ekstrak tumbuhan ini mungkin mampu menyelesaikan masalah ereksi tidak kuat, ejakulasi pramatang serta rendah libido.

Menurut kajian Asian Journal of Andrology yang diterbitkan pada tahun 2010 pula mengatakan bahawa ekstrak tongkat ali mungkin mampu menyelesaikan masalah-masalah pada sperma lelaki termasuklah kuantiti, kualiti, mobiliti serta morfologi.

Berdasarkan kajian-kajian ini, mungkin benar bahawa tumbuhan ini mampu membantu pasangan bermasalah kesuburan untuk mendapatkan zuriat.

Kesimpulannya, ekstrak tumbuhan yang sangat terkenal di negara dan benua kita ini mungkin benar adalah antara ubat herba tradisional yang bagus.

Terutamanya buat lelaki, korang mungkin boleh mengambilnya bagi tujuan memperbaiki masalah seksual ataupun segala kondisi fizikal dan mental.

Pun begitu, kajian masih perlu dijalankan bagi menempatkan tongkat ali sebagai salah satu daripada ubat alternatif yang efektif. Jadi kini, semoga semua persoalan korang mengenai ekstrak tumbuhan ini untuk wanita sudah terjawab.

Cuma saya menyarankan sebelum korang membuat keputusan untuk mengambil walau dalam apa jenis bentuk sekalipun, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu ya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.