Ibu Hamil Perlu Elak Dari Makan 6 Jenis Ikan Ini
Gaya pemakanan ibu hamil amat perlu dititik beratkan kerana sepanjang tempoh hamil banyak komplikasi yang mungkin boleh terjadi sekiranya korang salah makan.
Hal mengenai pemakanan ketika hamil bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh, malah ia perlu diambil serius kerana kesannya mungkin boleh mendatangkan mudarat kepada korang dan bayi dalam kandugan.
Justeru, ibu hamil mestilah ambil tahu apa yang mereka boleh makan dan tidak boleh makan sepajang kehamilan berlangsung. Juga disarankan korang banyak membaca dan ambil tahu apa yang boleh dan tidak boleh di makan ketika hamil.
Elakkan 6 Jenis Ikan Ini Semasa Hamil
Sebagai ibu hamil, semua perkara terutama makanan perlu diambil berat kerana ia adalah sangat penting bagi menjaga keselamatan ibu dan bayi.
Korang kena tahu ada beberapa jenis ikan yang ibu hamil tidak boleh makan. Jadi take note ya ibu-ibu hamil. Makanan laut tinggi merkuri bahaya untuk ibu hamil. Makanan laut memang kaya dengan sumber protein, zat besi dan zink. Serta nutrien yang terkandung di dalamnya penting untuk perkembangan bayi.
Asid Omega-3, termasuk asid dokosaheksaenoik (DHA) boleh didapati dalam banyak jenis ikan dan ia membantu pembentukkan dan perkembangan otak si kecil jadi sudah pastilah baik untuk dimasukkan ke dalam diet korang. Namun terdapat beberapa jenis ikan pemangsa yang besar harus dielakkan kerana mengandungi kadar merkuri yang tinggi.
Walaupun makanan laut yang mengandungi merkuri tidak merisaukan orang dewasa namun berhati-hatilah jika korang merancang untuk hamil atau sedang hamil. Pemakanan wanita hamil tidak seharunya mempunyai kadar merkuri yang tinggi kerana ia boleh membantutkan perkembangan bayi!
Ikan yang tidak digalakkan dimakan oleh ibu hamil selalunya ikan daripada kalangan pemangsa kerana ikan pemangsa biasanya mempunyai kadar merkuri yang tinggi.Ikan itu termasuklah:
- Ikan Marlin
- Ikan Todak
- Ikan King Mackerel
- Ikan Yu
- Ikan Orange Roughy
- Ikan tilefish
Pemakanan yang sihat semasa hamil amatlah disarankan bagi memastikan kelancaran proses kehamilan kerana ibu hamil yang mengalami alahan gara-gara tersalah makan adalah situasi yang sebolehnya mahu dielak.
Cara kempiskan perut dengan cepat selepas bersalin caesarean boleh tengok kat sini
Meskipun begitu, ibu hamil masih boleh menikmati juadah berasaskan ikan dan makanan laut yang lain bahkan ia juga penting untuk kesihatan ibu dan bayi. Ikan yang digalakkan untuk diambil ibu hamil adalah ikan yang mempunyai tahap merkuri rendah tetapi kaya dengan omega-3. Ia termasuklah:
- Ikan salmon
- Ikan bilis
- Hering
- Sardin
- Trout air tawar
- Tenggiri
Makan laut lain yang boleh dimakan ibu hamil;
- Udang/udang galah
- Ketam
- Sotong
- Tiram
- Ikan keli
- Tilapia
- Tuna dalam tin
- Siakap hitam
Ibu berpantang boleh guna gel ini masa berpantang untuk cepat kempiskan perut
Bahaya Ikan Yang Tinggi Merkuri
Oleh sebab itu, ibu hamil juga tidak boleh mengambil mudah tentang pemilihan ikan atau makanan laut dalam pemakanan sepanjang hamil tanpa mengambil kira bahaya yang mungkin wujud di dalamnya.
Walaupun merkuri mungkin tidak begitu membahayakan individu dewasa yakni si ibu, namun korang perlu lebih risau tentang bayi dalam kandungan kerana merkuri ada kesan buruk buat mereka:
- Masalah sistem saraf bayi terjejas.
- Isu pada otak bayi.
- Isu pada jantung bayi.
Dalam kes lebih teruk, ia akan merencatkan tumbesaran bayi di dalam kandungan dan boleh memberi kesan apabila lahir kelak. Jadi, berhati-hati dengan ikan yang tinggi merkuri !
Langkah yang perlu diberi perhatian jika ingin makan makanan laut
1. Ibu Hamil #Elakkan makanan laut mentah
Untuk mengelakkan diri daripada mendapat jangkitan kuman atau virus yang berbahaya, janganlah mengambil makanan laut yang mentah seperti sushi, sashimi dan tiram. Makanan laut yang disalai juga sebaiknya dielakkan.
2. Ibu Hamil #Masak makanan laut sepenuhnya
Kebanyakan makanan laut sepatutnya dimasak dengan suhu melebihi 63°C. Ikan masak sepenuhnya apabila isi nampak seperti serpihan dan kelihatan gelap. Udang dan udang galah akan menjadi kemerahan dan isinya tampak berkilau dan gelap.
Kerang dan tiram seharusnya dimasak sehingga terbuka kerangnya. Jika ada yang tidak dibuka, buangkan kerang atau tiram tersebut. Makanan laut baik untuk diet semasa hamil jika korang peka dengan jenis ikan yang diambil.
Kesimpulannya, berhati-hatilah dengan pemilihan ikan saat korang lagi hamil kerana ia boleh memberi komplikasi pada bayi dalam kandungan. Sekirannya korang masih ragu untuk membuat pilihan, jangan segan untuk bertanyakan pada doktor.
Makanan laut baik untuk kandungan cuma jangan makan ikan yang tersenarai di atas kerana ia akan memberi komplikasi kepada bayi dan ikuti nasihat daripada pakar perubatan untuk mengetahui makanan yang boleh dan tidak boleh makan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat pada semua!