Take a fresh look at your lifestyle.

3 Jenis Ubat Untuk Migrain Yang Berlarutan

0 25

Kenali 3 jenis ubat migrain yang korang boleh ambil jika sakit kepala kerap kali berlaku. Migrain merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang.

Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja.

Umumnya migrain menjadi kurang kerap selepas umur 45-50 tahun, walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup mereka. Punca sebenar migrain masih tidak diketahui.

Namun begitu, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain. Migrain secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama :

  • Migrain tanpa aura: pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura (tanda amaran). Ini adalah 5 kali lebih kerap daripada migrain dengan aura.
  • Migrain dengan aura: sakit kepala didahului dengan aura.

Migrain antara penyebab kepada sakit kepala yang berulang. Kadangkala ia boleh dielakkan dan ada ketika perlu melalui ‘teknik’ tertentu untuk mengelakkannya.

Apakah faktor yang menyebabkan migrain?

Pun begitu, migrain barangkali boleh berlaku lebih kerap jika adanya faktor pencetus:

  • 1. Makanan: Alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya)
  • 2. Persekitaran: Merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari televisyen, bunyi bising dan bau yang kuat contohnya minyak wangi.
  • 3. Psikologi: Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagainya. Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan, tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks, sepertimana yang dipanggil ‘migrain hujung minggu’ (weekend migraine).
  • 4. Ubat-ubatan: Rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga.
  • 5. Lain-lain: Haid, pertukaran masa tidur, putus haid

Namun begitu kesan daripada faktor-faktor di atas mungkin tidak sama bagi semua pesakit, contohnya untuk sesetengah pesakit serangan migrain tidak menjadi lebih kerap walaupun mereka mengambil keju dan coklat.

Sapukan ini ke dahi dan tepi kening supaya migrain cepat berkurang dan reda.

Macam mana migrain ini boleh berlaku?

Ia berlaku apabila saraf otak menghasilkan cetusan maklumat yang tidak terkawal sehingga mana ia menggangu pembesaran dan pengecutan saluran darah.

Ia bermula dengan salur darah otak yang mengecil menyebabkan kawasan tersebut kekurangan oksigen. Kemudian ia menyebabkan saluran darah tersebut mengembang semula dengan lebih besar.

Perkara ini akan mengaktifkan reseptor sakit di bahagian tersebut sebab kurangnya darah pergi ke bahagian tersebut. Inilah yang menyebabkan sakit kepala.

Kenal pasti kategori serangan

Pakar Neurologi Pusat Perubatan Sri Kota, Dr Hasnur Zaman Khan, berkata terdapat dua jenis sakit kepala iaitu primer dan sekunder.

Tidak dinafikan ada sakit kepala tidak membahayakan tetapi sesetengahnya boleh menyebabkan bahaya atau sesuatu yang lebih teruk sehingga menjejaskan rutin harian sekiranya tidak ditangani.

Apa yang penting adalah mengenal pasti apakah jenis sakit kepala yang menyerang sama ada ia boleh membahayakan kesihatan atau sebaliknya.

1. ubat migrain #Sakit kepala Primer

Sakit kepala jenis primer kata beliau, ada masanya menyebabkan kehidupan harian terjejas tetapi tidak akan menyebabkan kemerosotan dari segi kesihatan atau tidak bahaya dalam tempoh jangka panjang.

2 Sakit kepala sekunder

sumber: remaja

Dr Hasnur berkata, sakit kepala sekunder pula hendaklah dikenal pasti kerana ia akan menyebabkan bahaya dan boleh menyebabkan maut sekiranya tidak dirawat. Migrain yang lazim dialami oleh kebanyakan orang adalah jenis sakit kepala jenis tekanan dan kluster.

“Sakit kepala jenis tekanan adalah paling kerap menyerang sesiapa saja,” katanya. Beliau menjelaskan, kebanyakan orang keliru antara migrain dan sakit kepala jenis tekanan yang lazimnya tidak begitu teruk, berbanding sakit kepala akibat migrain yang boleh menjadi teruk sehingga muntah.

“Sakit kepala jenis sekunder boleh berlaku secara tiba-tiba.” Bagi penghidap tekanan darah tinggi serta tidak pernah mengalami sakit kepala yang teruk, mereka perlu segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Ini kerana sakit kepala berkenaan berkemungkinan berpunca dari salur darah yang bergumpal di dalam otak yang boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan,” katanya.

Apakah jenis ubat yang boleh diambil semasa migrain?

Nah, untuk korang yang kerap mengalami migrain yang berlarutan sehingga mengakibatkan aktiviti terganggu, ini jawapannya. Berikut 3 jenis ubat untuk mengurangkan serangan migrain adalah seperti:

  • Anti-epileptics: Ubat ini selalunya digunakan untuk merawat orang yang sawan.
  • Anti-depressant: Ubat ini selalunya digunakan untuk merawat orang yang mempunyai tekanan perasaan.
  • Anti-hypertensive: Ubat yang selalu digunakan untuk merawat orang yang mempunyai tekanan darah tinggi.

Leave A Reply

Your email address will not be published.