Punca Mata Naik Ketumbit
Siapa yang pernah alami mata naik ketumbit? Pasti segan bila orang tegur.
Ketumbit merupakan ketumbuhan pada kelopak mata sama ada melibatkan satu mata sahaja atau kedua-dua belah mata.
Terdapat juga mitos yang sering mengaitkannya dengan tabiat mengintai dan pastinya, ia tidak ada kena mengena sama sekali kerana ketumbit berlaku dek jangkitan bakteria Staphylococcus aureus.
Pasti ramai antara kita yang pernah mengalami situasi ketumbit tumbuh di bawah mata atau atas mata. Selalunya ia terjadi di kawasan kelopak.
Ramai yang berpendapat bahawa ketumbit yang tumbuh itu sangat membahayakan dan mempunyai komplikasi yang berbeza. Tapi ada yang berpendapat bahawa ketumbit tidak membahayakan.
Persoalannya, ketumbit yang mana satu lebih bahaya? Di atas mata atau di bawah mata yang lebih bahaya atau kedua-duanya bahaya.
Terdapat 2 jenis ketumbit
Kelopak mata mempunyai kelenjar-kelenjar yang menghasilkan minyak yang membantu melembapkan permukaan hadapan bola mata dan bulu mata yang berfungsi memerangkap habuk daripada memasuki mata.
Ketumbit (hordeolum luaran) adalah bisul kecil hasil dari jangkitan kuman staphylococcus ke atas akar (folikal) bulumata.Sebaliknya, penakungan minyak akibat saluran kelenjar tersumbat mengakibatkan chalazion (hordeolum dalaman).
Ketumbit di mata atau stye merupakan sejenis keadaan di mana muncul benjolan atau ketulan di kawasan kelopak mata. Ianya sering dikaitkan juga dengan kepercayaan yang mengarut di mana sebab melihat orang mandi.
Ketumbit ini membuatkan korang merasakan tidak selesa. Selalunya ketumbit boleh berlaku di beberapa tempat seperti kawasan kelopak mata tidak kira luar, dalam, atas atau bawah. Ketumbit juga mempunyai 2 jenis ketumbit iaitu;
- Chalazion : terjadi apabila kelenjar minyak di kelopak mata tersumbat dan mempunyai jangkitan kuman. Ia akan mendorong kepada radang pada kelopak mata. Ia berbeza daripada satu lagi jenis di mana ia akan mendatangkan sakit, pedih dan gatal yang perlu rawatan lain.
- Hordeolum : Jangkitan kuman pada 3 kawasan kelopak mata. iaitu Zeis, Moll dan Meibom. Zeis dan Moll merupakan kondisi di mana akan mengakibatkan ketumbit pada luar kawasan kelopak mata. Manakala, jangkitan Meibom akan mengakibatkan ketumbit dalam kawasan mata. Sekirnaya dijangkiti kuman pada kelopak mata, ia akan menyebabkan rasa sakit, pedih dan gatal selain itu dipenuhi nanah.
Yang naik ketumbit boleh try sapu ni.
Apakah punca mata naik ketumbit?
Chalazion berlaku apabila terdapat sumbatan pada kalenjar di bahagian mata. Ianya boleh dikaitkan dengan:
- Kurang menjaga kebersihan bulu mata atau kelopak mata(sebagai contoh tidak membersihkan bulu mata setelah penggunaan kosmetik)
- Penyakit seborrheic dermatitis
- Blepharitis yang kronikTrauma kepada kelopak mata
- Kerap mrenyentuh mata tanpa membersihkan tangan terlebih dahulu
- Mempunyai masalah kesihatan (seperti kencing manis)
Perlu diketahui bahawa kedua-dua jenis ketumbit ini boleh berubah kepada satu sama lain. Chalazion boleh berubah menjadi hordeola ketika mana dijangkiti kuman.
Manakala, hordeolum pula boleh menjadi chalazia apabila nanah yang ada di dalam kalenjar tidak dibawa keluar hingga menyebabkan ia tersumbat dan menjadi chalazion pula.
Cara merawat ketumbit
Rawatan diantara kedua-dua jenis ketumbit ini adalah lebih kurang sama. Korang boleh ikuti cara ini, caranya adalah seperti berikut;
- Pertamanya bulu mata perlulah dibersihkan dengan sabun pencuci yang tidak memedihkan mata. Ia berfungsi untuk menghilangkan sumbatan pada kalenjar tersebut.
- Kemudian guna tuala yang dibasahkan dengan air suam. Pastikan air tersebut tidak terlalu panas hingga menyebabkan melecur.
- Oleh itu, kena rasa guna tangan terlebih dahulu. Kemudian tekan tuala tersebut dibahagian ketumbit untuk mengeluarkan nanah ataupun bahan di dalam kalenjar tersebut.
- Pesakit juga boleh menggunakan sudu untuk diletakkan pada bahagian mata. Tetapi ia perlu direndamkan di dalam air suam terlebih dahulu.
- Kemudian gunakan antibiotik dalam bentuk titisan.
Disebabkan antibiotik ini hanya boleh diberikan oleh doktor. Oleh itu, jika korang menghadapi masalah ini, korang perlu berjumpa dengan doktor atau perawat kesihatan terlebih dahulu.
Jika masalah tersebut masih ada, pesakit perlulah jumpa doktor semula untuk rawatan selanjutnya. Sedikit belahan pada kelopak mata mungkin dilakukan untuk mengeluarkan bahan yang terdapat dalam kalenjar mata.
Walaupun ketumbit ini tidak berbahaya, namun korang harus tetap berwaspada dengannya, ya!