Take a fresh look at your lifestyle.

9 Perkara Kena Buat Bila Anak Kena Sawan

0 30

Siapa yang tidak panik bila anak kena sawan. Lagi-lagi kalau ia pengalaman pertama. Ibubapa selalu dinasihatkan supaya memantau suhu badan anak terutama bayi ketika demam.

Ini kerana bimbang bayi atau kanak-kanak kecil mudah terkena sawan apabila mereka demam terutama bila suhu badan terlalu tinggi. Siapa tak risau kalau anak demam apatah lagi memikirkan berisiko kena sawan.

Ibubapa sanggup buat apa sahaja bagi memastikan si kecil cepat sembuh tapi kadangkala sawan berlaku juga pada sesetengah anak.

ANAK KENA SAWAN – APA IBU BAPA PERLU LAKUKAN? IKUTI 9 LANGKAH MESTI INI.

Anak sering mengalami serangan sawan atau ‘tarik’ di rumah? Tiba-tiba sahaja diam, hilang kesedaran, kaki tangan kejang, keras dan tersentak-sentak?

Perkongsian daripada Dr. Ezairy M.Sallih ini sedikit sebanyak memberi tunjuk ajar dan ilmu pengetahuan kepada ibubapa sekiranya anak mereka terkena sawan secara mengejut. Apa perlu ibubapa lakukan adalah seperti berikut;

1. Bertenang dan jangan panik.

Ini paling penting. Ramai orang takut apabila mereka melihat seseorang mengalami kekejangan atau serangan sawan.

Ibubapa perlu membantu anak untuk bertenang. Tenangkan anak dan pesan orang lain di sekeliling bahawa segala-galanya adalah terkawal.

2. anak kena sawan#Mencegah kecederaan.

Jauhkan anak dari sumber bahaya. Jika dia berhampiran tangga, dapur panas, jalan yang sibuk, atau bahaya lain, lindungi dia seboleh yang mungkin.

Jauhkan objek berdekatan yang tajam atau keras. Cuba letakkan sesuatu yang lembut seperti baju atau selimut yang dilipat di bawah kepalanya.

Semasa serangan sawan itu berlaku, apabila tubuhnya kaku, dia mungkin berhenti bernafas dan menjadi biru. Ini kerana darah lebih banyak dihantar untuk melindungi organ-organ pentingnya, seperti apa yang berlaku ketika anak melompat ke dalam air sejuk.

Tempoh ini biasanya ringkas dan selalunya tidak memerlukan CPR. Dia akan mula bernafas sebaik sahaja ototnya berehat. Jangan menahannya atau cuba menghentikan gerakannya.

3. Perhatikan tempoh masa serangan sawan atau kekejangan berlaku.

sumber: mamz

Seboleh-bolehnya, perhatikan masa mula serangan sawan itu berlaku, dan berapa lama ia berlaku. Sekiranya ia berlangsung lebih daripada lima minit, hubungi ambulans atau mana-mana bantuan kecemasan. Perhatikan sifat, kriteria dan panjang serangan sawan supaya ibubapa dapat memberikan laporan yang tepat.

4. anak kena sawan#Pastikan anak dalam keadaan selesa.

Tanggalkan cermin mata supaya ia tidak pecah. Jika anak mempunyai makanan di dalam mulutnya, jangan cuba mengambil makanan itu, kerana ini sebenarnya boleh menyebabkannya tertelan lebih jauh ke dalam.

Cuba iringkan perlahan-lahan tubuhnya ke bahagian sebelahnya atau iringkan kepala ke tepi supaya mana-mana cecair boleh keluar dari mulutnya.

Pastikan saluran pernafasannya stabil dan terkawal. Longgar dan tanggalkan apa-apa di sekeliling lehernya untuk memudahkan pernafasan. Buka butang atau tali pinggang yang ketat.

5. Jangan letakkan apa-apa di mulut.

Meletakkan jari, sudu, atau apa-apa objek lain di dalam mulutnya boleh menyebabkan anak tercekik atau patah gigi, dan boleh juga menyebabkan jari digigit.

Ramai antara kita yang salah faham bahawa seseorang itu boleh menelan lidah mereka semasa serangan sawan berlaku. Ini tidak benar kerana lidah terlekat ke pangkal mulut. Ia tak akan tertelan lidah!

6. anak kena sawan#Jauhkan diri dari orang ramai.

Hanya satu atau dua orang diperlukan untuk pertolongan cemas. Tak perlu terlalu ramai. Ini boleh mengganggu proses rawatan kecemasan.

7. Jangan berikan air, makanan atau pil sehingga serangan sawan selesai.

Ini bagi mengelakkan daripada anak tercekik. Dalam sesetengah kes, doktor mungkin telah menetapkan ubat-ubatan yang perlu digunakan pada masa serangan sawan itu – gunakannya seperti yang diarahkan. Periksa sama ada dia telah sedar dengan bertanya beberapa soalan mudah sehingga anak kembali kepada keadaan biasa.

8. Jadilah ibubapa yang ‘supportive’.

Kanak-kanak biasanya sembuh dari serangan sawan dengan sendirinya. Jika anak sudah boleh memahami dan bersekolah, terangkan kepadanya apa yang berlaku, dan berapa lama serangan itu berlaku.

Anak mungkin mahu ditenangkan. Bantu dia tahu di mana dia berada dan apa yang sedang berlaku. Dia mungkin boleh mengalami situasi seperti buang air kecil atau besar ketika serangan berlaku tanpa disedari. Bantu dia untuk membersihkan.

9. anak kena sawan#Selepas serangan sawan.

Sekiranya anak mengadu sakit di bahagian kepala, sakit otot atau lidah, beberapa ubat boleh membantu. Dan jika dia mengalami kesakitan yang teruk, atau jika dia cedera semasa serangan berlaku, bawa dia untuk berjumpa doktor.

Sekiranya anak mempunyai demam yang berkaitan dengan serangan itu, rujuk doktor di klinik atau hospital. Dia mungkin mempunyai jangkitan yang perlu dirawat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.