10 Cara Cegah Kebakaran Di Rumah
Untuk yang mencari tips cegah kebakaran di rumah boleh bawa di bawa ye…
Rumah yang selamat adalah rumah yang bebas daripada risiko kebakaran. Korang pasti tidak mahu kemalangan seperti kebakaran ini berlaku pada kediaman korang.
Setelah berbelanja berpuluh ribu ringgit untuk kos renovasi serta membeli perabot dan hiasan aksesori rumah, langkah keselamatan untuk mengelak daripada berlaku kebakaran juga patut diambil.
Lebih-lebih lagi aabiila tengok berita tentang kebakaran macam ni, kita harus pastikan semua orang sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga. Dan penting sangat untuk kita tahu ambil berat tentang keadaan di dalam dan sekeliling rumah supaya sama-sama dapat mencegah kebakaran.
Disini saya akan kongsikan beberapa maklumat penting tentang punca kebakaran, dan 10 tips untuk mencegah kebakaran rumah.
Apa Punca Kebakaran?
Kebanyakan kes kebakaran adalah disebabkan oleh kecuaian ita sendiri ! Bukan saja cuai, tapi sikap tak mengambil berat tentang bahaya kebakaran dan bagaimana untuk menghadapi situasi tersebut. Dan juga faktor utama yang menyumbang kepada insiden kebakaran.
Malah, bomba sendiri mengakui yang banyak kes kebakaran berlaku kerana penggunaan tenaga elektrik berlebihan dan kecuaian ketika mengendalikan perkakas elektrik. Berikut adalah punca lain berlakunya kebakaran;
- Tak tutup suis atau tak cabut olah selepas digunakan
- Overload extension/plug
- peralatan elektrik
- Dapur gas
- Percikan api
- Cecair mudah terbakar
- ubat nyamuk/ lilin
- Mercun
- Puntung rokok
Berikut adalah 10 tips cegah kebakaran
Seperti kata pepatah Melayu, sediakan payung sebelum hujan yang membawa maksud kita perlu berwaspada dulu sebelum ditimpa musibah.
Bagi memberikan kesedaran dan membantu orang ramai untuk mencegah kebakaran daripada berlaku di rumah, saya telah kongsikan 10 tips daripada Jabatan Bomba dan beberapa agensi lain seperti di bawah:
1. Amalkan matikan suis elektrik apabila selesai menggunakannya
Sekiranya korang tidak menutup suis elektrik setelah menggunakkannya ia boleh menyebabkan kebakaran. Sebagai contoh sikap leka ini berlaku setelah menggunakan seterika, pengecas telefone, dan seangkatan dengannya tanpa menutup suis.
2. Cegah kebakaran #Jangan merokok sambil baring
Nampak simple, tapi bila korang merokok di tempat mudah terbakar seperti di atas katil, bara api itu boleh jatuh ke atas katil dan menyebabkan kebakaran.
3. Cegah kebakaran #Jangan gunakan soket tambahan
Ramai yang menggunakan soket tambahan kerana ia memudahkan kerja dan dapat dibeli dengan harga yang murah. Keburukan yang terdapat pada soket tambahan ialah ia tidak dapat menampung arus elektrik yang tinggi.
Justeru, apabila penggunaan elektrik terlalu tinggi, soket tersebut akan cair dan menyebabkan litar pintas. Secara tidak lansung akan menghasilkan api.
4. Simpan mancis/pemetik api di tempat selamat
Disarankan menyimpan mancis dan pemetik api daripada kanak-kanak. Sebagai ibubapa seharusnya awasi dan didik mereka akan bahayanya bermain dengan api.
5. Luangkan masa untuk hadir ceramah/latihan mencegah kebakaran
Tahu tak ilmu tentang mencegah kebakaran ini amat penting dalam kehidupan harian kita. Ia mampu melatih kita supaya tidak cemas dan tahu untuk bertindak sekiranya berlaku kes kebakaran.
6. Gunakan alatan elektrik yang mempunyai pelekat SIRIM
Alatan elektrik yang menggunakan label SIRIM ataupun tanda pengesahan yang telah disahkan oleh pensijilan Produk SIRIM, biasanya menyediakan jaminan bebas kepada pengguna.
Dimana alatan produk tersebut telah mematuhi standard khusus yang telah diluluskan serta selamat untuk digunakan.
7. Cegah kebakaran #Pasang alat pengesan asap

Alat pengesan asap sangat efiesen dalam memberi amaran awal jika berlaku kebakarn terutama semasa penghuni rumah sedang tidur. Banyak kes yang berlaku penghuni rumah tidak dapat lari keluar bila api sudah marak besar dan menutup jalan keluar.
8. Cegah kebakaran #Sediakan pamadam api
Setiap kediaman harus mempunyai alat pemadam api ini dan letakkan ia ditempat khusus seperti berhapiran dengan dapur atau bilik tidur.
9. Cegah ebakaran #Periksa salur LPG gas
Sekurang-kurangnya periksa 6 bulan sekali dan pastikan cek salur gas dapur korang. Lap dengan air sabun dan lihat kawasan yang keluar buih. JIka terdapat buih, ia perlu ditukar dengan salur gas yang baharu.
10. Periksa & selenggara pendawaian elektrik
Saya nak tekankan yang sangat penting untuk korang sentiasa periksa dan selenggara pendawaian elektrik dirumah. Sekiranya tidak pasti macam mana, dapatkan khidmat pakar. Wiring rumah kena selalu dalam keadaan baik dan selamat.
Semoga perkongsian ini membantu !