Take a fresh look at your lifestyle.

Cara Rawat Sakit Belakang Tanpa Perlukan Pembedahan

0 28

Yang ada masalah dan nak rawat sakit belakang, korang kena baca ni sampai habis ye.

Pernah tak korang rasa tidak selesa di bahagian belakang? Apabila sakit belakang menyerang, nak bergerak pun tak boleh kerana sakit. Jika ya, korang perlu dapatkan rawatan sakit belakang.

Tulang belakang yang menyokong badan kita mempunyai 33 tulang vertebrae berasingan yang dipisahkan oleh pelapik kartilej bolehsuai yang dipanggil ‘disc’ atau piring. Ia dikelilingi dan dihubungkan dengan ligamen, otot, dan saraf.

Macam mana sakit belakang boleh berlaku?

Sakit belakang boleh terjadi bila berlaku pergerakan yang salah atau secara tiba-tiba, terlalu banyak tekanan bebanan apabila membawa atau mengangkat barang berat, atau posisi badan yang lemah.

Sakit belakang adalah rasa sakit dan tidak selesa di bahagian belakang badan.

Walaupun biasanya masalah ini tidak serius dan boleh diatasi dengan mudah namun kadang kala ianya boleh disebabkan oleh penyakit atau kecederaan yang terjadi pada tulang belakang, atau bagi sesetengah kes yang jarang berlaku iaitu penyakit pelvik dan abdomen seperti batu karang dan jangkitan.

Masalah ini sering tertumpu pada bahagian bawah belakang badan. Keadaan ini boleh membataskan pergerakan dan mengganggu aktiviti seharian. Ramai yang takut untuk mendapatkan rawatan sakit belakang.

Ini kerana rata-rata menyangka sakit belakang hanya boleh dirawat dengan ubat dan pembedahan. Untuk pengetahuan korang, terdapat cara rawatan lain tanpa ubat mahupun pembedahan.

Punca Sakit Belakang

Sakit belakang yang dialami mungkin berpunca dari kecederaan pada tulang belakang dan otot sekitarnya. Selain dari itu, terdapat juga punca lain yang boleh menyebabkan sakit belakang. Antaranya adalah;

  • Postur badan tidak betul.
  • Angkat barang berat.
  • Kerap memakai kasut tumit tinggi.
  • Stress.
  • Menghidap penyakit lain.

8 Rawatan sakit belakang tanpa menggunakan ubat atau pembedahan.

Jika korang menghadapi masalah sakit belakang, usah risau. korang boleh buat rawatan sakit belakang dengan cara ini.

Melalui cara ini, ia boleh mengurangkan sakit belakang dan melegakan kesakitan tanpa menggunakan ubat mahupun pembedahan.

1. Buat regangan dan senaman

sumber: infosihat

Senaman dan regangan ringan boleh membantu melegakan ketegangan pada badan. Lakukan senaman yang melibatkan bahagian belakang badan.

Amalkan cara duduk yang betul semasa menggunakan laptop atau komputer untuk elakkan sakit belakang.

2. Rawat Sakit Belakang #Amalkan pemakanan sihat

Berat badan yang berlebihan boleh memberi tekanan pada tulang belakang. Ia kemudian menyebabkan sakit belakang. Cara pemakanan yang sihat dan seimbang membantu bagi mengekalkan berat badan ideal.

3. Tidur dengan posisi yang betul

Kadangkala, posisi yang salah boleh menyebabkan korang kurang selesa di bahagian belakang dan tidak boleh tidur. Untuk dapatkan posisi tidur yang betul dan selesa, korang boleh cuba:

  • Tidur mengiring dengan meletakkan bantal di antara kedua-dua lutut
  • Tidur dalam keadaan baring, dan letakkan bantal di bawah lutut
  • Elakkan dari tidur meniarap kerana ia memberi tekanan pada belakang

4. Betulkan postur tubuh

Elakkan dari membongkok atau duduk terlalu lama. Ia akan memberi kesan buruk pada badan. Juga boleh letakkan bantal lembut di belakang badan. Ia berfungsi sebagai sokong pada tulang belakang dan punggung.

5. Rawat Sakit Belakang #Tuam

sumber: papakacak

Pek ais atau panas boleh meredakan sakit belakang. Boleh cuba samada pek ais atau pek haba, yang mana satu sesuai ikut keselesaan korang.Letakkan pek di bahagian yang sakit dan biarkan selama 20 minit.

Boleh juga guna pad panas elektrik ni untuk legakan sakit belakang dan leher

6. Rawat Sakit Belakang #Lakukan urutan badan

Menurut kajian, urutan belakang terutama di bahagian belakang boleh meredakan kesakitan. Namun begitu, pastikan mendapat urutan dari ahli urut yang pakar dan bertauliah.

7. Ransangan elektrik pada saraf

Dengar je rangsangan elektrik, macam menakutkan. Namun, rawatan ini hanya melibatkan aliran elektrik yang rendah pada urat saraf belakang. Ia bertujuan untuk mengurangkan kesakitan.

8. Rawat Sakit Belakang #Rawatan fisioterapi

Rawatan sakit belakang yang paling berkesan ialah rawatan fisioterapi. Antara jenis rawatan yang ditawarkan adalah rawatan haba, ais, ultrasound dan elektrik.Selain itu, ahli terapi fizikal akan mengajar cara untuk memperbaiki postur badan.

Korang juga boleh mengetahui cara untuk menambahbaik pergerakan dan aktiviti harian. Masalah sakit belakang merupakan sesuatu yang menjadi mimpi ngeri ramai orang.

Tidak kiralah apa jua punca sakit belakang yang korang alami, penting untuk korang mendapatkan rawatan yang bersesuaian supaya kualiti hidup tidak terjejas.

Berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Tidak ada gunanya jika korang melambat-lambatkan pemeriksaan. Takut nanti, makin teruk pula sakit belakang yang dialami itu!

Leave A Reply

Your email address will not be published.