Ketagih Dengan Daun Ketum? Semak Dulu Baik Buruknya
Daun ketum, juga dikenal sebagai daun kratom, adalah daun hijau kecil yang berasal dari pohon Mitragyna speciosa yang tumbuh di Asia Tenggara, terutama di Thailand, Malaysia, dan Indonesia.
Daun ini telah digunakan selama berabad-abad oleh masyarakat di daerah tersebut sebagai ubat herbal tradisional untuk mengatasi berbagai masalah kesihatan seperti nyeri, kecemasan, dan kelelahan
Kini penggunaannya dikalangan remaja dan murid sekolah memberi kesan seperti dadah walaupun pada kenyataan umum menyatakan bahawa daun ini ‘tidak menggiankan’.
Menurut sejarah yang dilaporkan, mitragyna mula digunakan di Thailand sejak berkurun dahulu. Ia amat popular di kalangan orang biasa dan bukan penagih kerana kesan ketagihannya yang minima selain dapat mengekalkan tenaga kuat sepanjang hari terutama bagi mereka yang melakukan kerja berat.
Berbeza pula di negara kita dilaporkan daun ketum sering menjadi tumpuan penagih sebagai alternatif untuk menghilangkan ketagihan sementara. Biasanya ia akan direbus terlebih dahulu sebelum diminum airnya yang pahit dan hanya boleh disimpan selama dua hari sahaja.
Terdapat laporan daripada pakar ketagihan dan saintis penyelidikan bersekutu, Yale University School of Medicine, Amerika Syarikat, Dr. Mahmud Mazlan berkata iaitu kandungan alkaloid di dalam daun tersebut yang memberi kesan rangsangan akan hilang sekiranya rebusan itu tidak lagi segar.
Kratom yang kering pula akan dikunyah seperti daun sirih tetapi kesannya tidak sebaik daun ketum segar. Laporan oleh Dr. Mahmud mendapati jika pengambilan air rebusan daun ketum diminum ia boleh memberikan dua kesan yang berbeza.
Berikut adalah Kesan Pengambilan Daun Ketum
1. Memberi kesan yang sama seperti kokain.
Ramai yang mengambil untuk mendapatkan kesan kokain terutama orang kampung yang melakukan kerja-kerja berat. Kesan yang dirasai seperti mengambil kokain ini sebenarnya jarang diketahui oleh orang ramai.
Ianya menghasilkan dua tindak balas berbeza maka daun tersebut kini telah dianggap sejenis tumbuhan yang unik kerana ia jarang dijumpai pada bahan lain.
2. Daun ketum #Kesan seperti mengambil morfin
Hal ini menyebabkan seseorang berasa mengantuk sama seperti selepas meminum arak atau ubat tidur. Kesan seperti ini hampir sama dengan mengambil kokain iaitu ianya akan menghasilkan tindak balas yang merangsangkan.
Namun begitu, tindak balas yang terhasil daripada rebusan daun ini adalah 10 kali lebih kurang daripada morfin sebenar. Ia hanya menyamai kesan yang dirasai selepas mengambil ubat batuk.
Apa yang pelik adalah tindak balas minuman air ketum tersebut terhadap otak adalah berbeza dengan tindak balas morfin terhadap otak. Walau bagaimanapun, daun tersebut dikatakan memberi kesan yang hampir sama dengan daun coca yang digunakan untuk membuat kokain
Bahan Kimia Dalam Daun Ketum
Daun ketum mengandungi bahan aktif mitragynine iaitu sejenis alkaloid psikoaktif. Bahan ini dikawal dibawah Akta Racun 1952 dibawah peraturan kawalan psikotropik. Terdapat juga 24 bahan lain yang terkandung didalam ketum antaranya ajmalin, corynanthedine, mitaphylline, paynanthesine, speciophylin dan speciogynine.
Kesan Ketagihan
Mereka yang mengambil air ketum dan meminumnya dengan banyak akan mendatangkan kesan kesihatan. Memang mudah minum air ketum dengan meneguk terus dalam mulut. Namun harus diingatkan kesan sampingannya terhadap kesihatan.
Terdapat laporan klinikal menyatakan bahawa kesan negatif minum air ketum adaalah kulit menjadi gelap, tubuh menjadi kurus kering, kurang tidur, mata merah dan menjadi panas baran. Dari segi kelakuan dan sifat didapati keadaan tersebut dilihat sama seperti yang dialami oleh penagih heroin.
Pengambilan rebusan daun ini secara kerap selama tiga bulan juga boleh mendatangkan masalah buah pinggang dan hati. Dilaporkan juga penagih juga sering berasa loya dan menghidapi gastrik yang serius.
Keadaan ini jauh lebih teruk daripada pengambilan heroin. Didapati juga penagih yang cuba menggantikan heroin dengan daun ketum akan kembali kepada heroin selepas dua atau tiga bulan kerana kesan ketagihannya semakin teruk.
Ada yang share dengan amik penawar ni, rasa ketagih ketum dapat dikurangkan dalam 3 hari.
Kesan pengambilan mitragynine yang berlebihan:
- Rasa khayal (euforia)
- Rasa pening
- Mengantuk
- Muntah
Kesan buruk pengambilan ketum secara berterusan:
- Mengakibatkan ketagihan
- Bibir dan kulit jadi kehitaman seperti kesan lebam dan terbakar terutama di pipi
- Kulit menjadi kering
- Sembelit
- Insomnia
Kesimpulannya, daun ketum hanya boleh bertahan selama empat jam pada satu masa walaupun bahan tersebut diambil sebanyak mana. Disebabkan tindak balas yang kurang berkesan itu, maka mitragyna tidak popular sebagai dadah utama.
Walau apapun, haruslah ketahui baik buruk sebelum mengambil daun ketum ia memberi kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan.