Take a fresh look at your lifestyle.

Tips Beli Alat Tekanan Darah – Periksa Sendiri Di Rumah Lebih Mudah

0 170

Nak tahu cara yang betul memilih alat tekanan darah?

Selalunya alat ini ada dijual di farmasi, namun sebagai pengguna pastinya keliru untuk memilih yang terbaik.

Pada masa kini pesakit perlu membeli alat untuk memeriksa tekanan darah secara konsisten, supaya pesakit tekanan darah mempunyai tahap kesihatan dan kecergasan diri yang baik.

Disebabkan tekanan darah tinggi ini tidak mempunyai simptom, cara terbaik mengesan tekanan darah tinggi adalah mengawasi bacaan tekanan darah.

Oleh itu, bagi mengurus penyakit tekanan darah tinggi tanpa perlu ke klinik atau hospital adalah disyorkan untuk memeriksa tekanan darah dengan lebih kerap dengan mempunyai mesin pemantau tekanan darah sendiri di rumah.

Tips cara pilih alat tekanan darah

Berikut adalah cara memilih alat tekanan darah sebelum dibeli melalui perkongsian portal website Hello doktor;

1. Saiz cuff alat tekanan darah

sumber: bhinneka

Saiz yang dimaksudkan di sini adalah saiz lilitan yang akan dipakai pada lengan anda. Kafling atau cuff yang tidak sesuai dengan saiz lengan korang akan memberikan bacaan tekanan darah yang kurang tepat. Ikuti saiz di bawah ini:

  • Saiz kecil dewasa: saiz lilitan kafling antara 22 hingga 26 cm
  • Saiz sederhana dewasa: saiz lilitan kafling antara 27 hingga 34 cm
  • Saiz besar dewasa: saiz lilitan kafling antara 35 hingga 44 cm

Guna yang jenis ini. Mudah nak guna dan harga pun murah. Dah ada 30.5K sold dah produk ni. Feedback pun sangat ok!

2. Pilih jenis kafling

Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis alat tekanan darah bergantung kepada jenis kafling. Ada kafling yang digunakan pada lengan dan ada juga yang digunakan pada pergelangan tangan.

Untuk pilihan yang baik, pilihlah alat tekanan darah automatik yang menggunakan kafling pada bahagian lengan tangan. Ia disebut sebagai alat tekanan darah brakial kerana bacaannya lebih tepat berbanding kafling pergelangan tangan.

Baca juga cara elak darah tinggi semasa hamil di sini

3. Pilih mengikut bajet

Sesetengah individu mungkin lebih sukakan mesin yang agak canggih, tapi ia mungkin tidak perlu dan hanya membazirkan wang. Terdapat mesin yang mungkin mempunyai ciri bluetooth di mana ia akan menyimpan data bacaan tekanan darah korang dalam aplikasi telefon.

Ciri-ciri seperti ini mungkin nampak canggih, tetapi mungkin perlu mengeluarkan kos pembelian yang agak mahal. Cukup sekadar membeli mesin bacaan tekanan darah automatik yang biasa.

4. Ketepatan

sumber: geriatri

Sekiranya korang kurang yakin dengan alat tersebut, bawa ke klinik atau minta pendapat dengan doktor yang merawat korang untuk memilih jenis alat tekanan darah yang tepat.

Dan sekirannya bacaan angka sistolik atau angka atas berada dalam lingkungan 10 mata dengan bacaan mesin di klinik, ia selalunya adalah tepat dan boleh digunakan. Kemungkinan korang perlu uji ketepatanya semula dalam tempoh 2 atau 3 tahun selepas penggunaan.

5. Bacaan ketepatan tekanan darah

Untuk menentukan lagi ketepatan mesin yang digunakan. Ambil bacaan tekanan darah secara automatik sebanyak 3 kali. Terdapat beberapa alat yang akan mengambil bacaan ini secara automatik setiap kali korang menggunakannya.

Pada bacaan pertama, akan menunggu sekitar 30-60 saat sebelum mengambil bacaan kedua. Dan selepas bacaan kedua diambil, akan menunggu lagi selama 30-60 saat sebelum merekod bacaan yang ketiga.

Berikut beberapa cara serta tips menggunakan alat digital:

  • Jangan mengambil kafein, merokok atau alkohol 30 minit sebelum membuat pemeriksaan.
  • Duduk dalam keadaan yang tenang dikerusi yang dapat menopang seluruh badan. Tenangkan fikiran dan jangan cemas. Santai sahaja!
  • Badan bersandar dan kaki menapak santai, letakkan tangan diatas meja. Sebaiknya jangan bercakap semasa membuat pemeriksaan.
  • Lakukan pemeriksaan mengikut panduan yang diberikan.
  • Setelah selesai, sebaiknya lakukan pemeriksaan kali kedua untuk dapatkan hasil bacaan yang tepat.
  • Catat bacaan yang diperolehi dan bawa catatan tersebut jika berkonsultsai dengan doktor.
  • Minta bantuan dengan orang lain jika tidak yakin untuk membuat pemeriksaan sendiri.

Kesimpulannya, pemantauan tekanan darah secara berkala di rumah adalah langkah mudah ke arah mempertingkatkan lagi kesihatan bagi penghidap dan individu sihat kerana banyak kes hipertensi sering tidak didiagnosis.

Lagi pula, ia selaras dengan kempen ‘HealthinUrHands’ dan usaha Kementerian Kesihatan bagi memenuhi sasaran negara untuk mencegah dan mengawal penyakit tidak berjangkit (NCD) pada 2025.

Selain bertujuan untuk menyokong usaha mengurangkan kelaziman hipertensi sehingga kurang daripada 24% di seluruh negara.

Leave A Reply

Your email address will not be published.