Take a fresh look at your lifestyle.

7 Sebab Kenapa Berak Keluar Darah

0 33

Apakah sebab kepada masalah berak berdarah? Artikel kali ini akan membincangkan punca masalah n. Najis berdarah selalunya memberi tanda bahawa saluran pencernaan kita mempunyai masalah.

Namun ada kalanya kita sendiri pun tidak menyedari keadaan tersebut disebabkan darah yang keluar terlalu sedikit. Tapi ada juga yang perasan bila melihat darah pada tisu atau aliran air semasa membersihkan diri.

Namun terdapat segelintir individu yang mengalami muntah, sakit perut, badan lemah, kesukaran bernafas, cirit birit, jantung berdebar, pitam dan kehilangan berat badan. Dan jumlah darah yang keluar bergantung kepada berapa teruk keadaan individu tersebut.

Ia juga boleh sebabkan kemurungan dan ketidakselesaan yang teramat sangat.

Berikut Adalah 7 Sebab Berak Berdarah

1. Buasir

sumber: mysihat

Buasir adalah salur darah yang membengkak di dalam dubur. Masalah ini merupakan penyebab paling biasa pendarahan dari dalam dubur. Kira-kira 1 dalam 20 orang di Amerika Syarikat menghidapi buasir. Perkara ini menjadi lebih biasa dengan usia yang meningkat.

Buasir berlaku di dalam rektum (bahagian akhir kolon) dan di sekitar kawasan luar dubur. Darah yang disebabkan oleh buasir biasanya berwarna merah terang. Gejala lain boleh termasuk seperti kegatalan dan sedikit kesakitan pada dubur.

Tetapi sesetengah orang tidak menyedari buasir sehingga ia berdarah. Dalam kes tertentu, sakit dubur disebabkan oleh pembekuan darah yang berkembang di dalam buasir. Ini dikenali sebagai trombosis buasir.

Guna spray macam ni lagi senang untuk legakan buasir.

2. Fisur dubur (Anal Fissure)

Fisur dubur, ataupun ulser yang berada di bahagian dubur, merupakan koyakan kecil pada lapisan dubur. Masalah ini biasanya disebabkan oleh;

  • Meneran terlalu kuat semasa membuang air besar
  • Cirit-birit
  • Najis yang besar
  • Seks melalui dubur
  • Bersalin

Selain itu, korang juga akan mungkin mengalami:

  • Sakit yang berpanjangan, dan selalunya selepas buang air besar
  • Kekejangan otot dubur
  • Gatal-gatal
  • Ketulan atau tag kulit

3. Penyakit keradangan usus (IBD atau Inflammatory Bowel Disease)

sumber: princesserfc

Keradangan usus (IBD) merupakan istilah yang digunakan untuk menggambarkan beberapa penyakit kolon dan usus, seperti kolitis ulseratif dan penyakit Crohn. Ini disebabkan oleh penyakit autoimun, yang mana badan koarang tersilap menyerang diri sendiri.

Apabila badan korang menghantar sel darah putih ke bahagian saluran pencernaan, ia akan menyerang dan menyebabkan kerosakan atau keradangan di bahagian dalam usus.

Berak berdarah salah satu simptom IBD, tapi sesetengah orang akan mengalami gejalah lain dan bergantung kepada puncanya seperti;

  • Cirit-birit.
  • Kekejangan atau sakit perut.
  • Kembung perut
  • Turun berat badan
  • Anemia
  • Terasa seperti ingin membuang air besar

4. Berak berdarah #Kanser kolorektal

Kanser kolorektal adalah kanser kolon atau rektum. Kebanyakan kanser ini dikaitkan dengan polip, iaitu ketumbuhan kecil bukan kanser yang tumbuh pada lapisan kolon atau rektum.

Selain pendarahan dari dubur, korang juga mungkin akan mengalami:

  • Perubahan dalam tabiat buang air besar yang biasa
  • Najis yang sangat panjang dan tirus, seperti pensel
  • Sakit perut atau ketidakselesaan
  • Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
  • Keletihan

5. Berak berdarah #Jangkitan

Jangkitan salah satu lagi kemungkinan penyebab najis berdarah. Jangkitan yang menyebabkan cirit-birit berdarah juga dikenali sebagai disentri. Disentri mempunyai banyak punca, daripada bakteria hinggalah beberapa punca parasit.

Adalah sangat penting bahawa jangkitan ini didiagnosis pada awal perjalanan penyakit supaya rawatan boleh dimulakan secepat mungkin.Penyebab bakteria, yang biasanya mengakibatkan penyakit bawaan makanan, termasuklah :

  • Shigella
  • Salmonella
  • Campylobacter
  • Enterohemorrhagic E. coli

Selain cirit-birit berdarah, gejala mungkin termasuk:

  • Demam
  • Sakit perut
  • Loya
  • Muntah-muntah

6. Berak berdarah #Penyakit crohn

sumber: mysihat

Penyakit Crohn ini salah satu penyakit yang berpunca daripada keradangan pada lapisan dinding sistem pencernaan, bermula dari mulut hingga ke anus. Biasanya, ia memberi kesan terhadap usus besar. Antara simptom penyakit ini adalah cirit-birit, sakit perut , muntah yang agak teruk serta najis berdarah.

7. Keracunan makanan

Antara simptom keracunan makanan ialah sakit perut, cirit-birit, muntah-muntah, loya termasuklah berak berdarah. Keracunan makanan adalah berpunca daripada pengambilan makanan atau minuman yang telah dicemari oleh bakteria.

Disamping itu, keracunan makanan juga berpunca dari penjagaan kebersihan yang kurang dititikberatkan, makanan tidak dimasak dengan sempurna, makanan tidak disimpan dengan baik dan sebagainya.

Kesimpulannya, walaupun tidak semua berak berdarah itu berbahaya, namun ia adalah satu keadaan yang perlukan perhatian dan rawatan segera.

Dengan mendapatkan rawatan, korang boleh mengetahui punca disebalik najis yang berdarah itu, lebih-lebih lagi sekiranya ia turut disertai dengan gejala lain seperti berat badan turun drastik, demam, kerap sakit perut dan sebagainya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.