Take a fresh look at your lifestyle.

Betul Ke Mandi Hujan Boleh Sebabkan Sakit Kepala Dan Selsema?

0 78

Benarkah mandi hujan akan menyebabkan kita demam atau sakit?

Semestinya wujud hubungkait antara cuaca sejuk dengan demam, tetapi bukan secara langsung. Seseorang itu perlu dijangkiti kuman terlebih dahulu untuk menunjukkan gejala sesuatu penyakit.

Demam adalah keadaan peningkatan suhu badan daripada suhu normal 36 – 37oC. Peningkatan suhu badan adalah salah satu daripada cara sistem pertahanan badan menentang jangkitan kuman.

Walaubagaimanapun, dalam keadaan tertentu seperti kuman yang terlalu kuat (virulent), suhu badan akan naik terlalu tinggi dan boleh menyebabkan komplikasi.

Persoalannya, benarkah hujan akan membuatkan individu demam? Jika tidak, mengapa kita diminta mandi segera untuk mengelakkan demam?

Apakah yang menyebabkan kita demam apabila mandi hujan?

Apabila badan terkena hujan, suhu badan akan menurun sedikit. Jika keadan pakaian seseorang itu basah lencun dan terdedah dalam tempoh yang lama di bawah hujan lebat, suhu badan akan turun lebih rendah hingga boleh menyebabkan hipotermia.

Hipotermia akan menyebabkan gangguan kepada fungsi tubuh, termasuk terhadap sistem pertahanan badan. Kuman-kuman yang sudah sedia ada di dalam badan akan meneruskan serangan terhadap sistem pertahanan badan dan seterusnya mengakibatkan peningkatan suhu badan (demam).

Selain itu, semasa suhu badan menurun, salur darah akan mengecut untuk mengelakkan kehilangan haba daripada badan dan memastikan suhu badan kembali ke tahap normal.

Ramai anak-anak takut nak makan ubat jika demam. Cuba bagi ini. Anak-anak pasti suka kerana tak pahit dan rasa sedap.

Pengecutan salur darah di bahagian hidung dan saluran pernafasan akan menyebabkan hidung tidak dapat menapis kuman dengan efisyen.

Lendir di dalam salur pernafasan juga tidak dapat mengalir dengan lancar dan menganggu proses penyingkiran kuman dari sistem pernafasan. Inilah yang sebenarnya menyumbang kepada demam. Hujan adalah rahmat, bukan penyebab penyakit.

Berikut adalah penjelasan dari Doktor Zubaidi Ahmad

Menurut Penceramah Kesihatan dan Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad, tidak ramai doktor yang mampu menjawab persoalan tersebut. “Banyak penjelasan mengapa individu yang dibasahi hujan akan mengalami demam selsema dan batuk terutamanya golongan kanak-kanak.”

Saya tertarik dengan satu penjelasan bahawa apabila dibasahi hujan ia menyebabkan tubuh akan berasa sejuk dan daya tahan menjadi rendah.

Air hujan akan membawa virus dan bakteria yang berada di sekeliling melekat pada tubuh. Jadi mereka yang dibasahi hujan akan jatuh sakit jika daya tahan tubuh menjadi rendah.

Baca juga tentang mandi hujan boleh sebabkan mengantuk kat sini

“Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai daya tahan tinggi, hujan tidak menyebabkan seseorang itu demam, batuk atau selsema,” kongsi beliau di laman sosial Facebook. Kata Dr Zubaidi, hujan sebenarnya bagus untuk tubuh badan kita.

“Bermain dalam hujan sebenarnya bagus untuk tubuh dengan syarat hujan yang turun bukanlah hujan bersifat asid (kebanyakan hujan di kawasan perindustrian dibimbangi bersifat asid) dan daya tahan tidak lemah. Antara punca daya tahan kita rendah adalah stres, kepenatan, tidak cukup rehat dan tidur.”

“Ini termasuklah, tidak cukup minum air, kurang nutrisi seperti mineral dan vitamin dan mengambil terlalu banyak makanan dan minuman manis. Mereka lebih mudah mendapat demam apabila dibasahi hujan,” ujar beliau.

Jadi terkena hujan bukanlah sesuatu yang boleh menyebabkan demam, tetapi secara kebetulan apabila kita sedang mengalami sistem pertahan atau daya tahan yang lemah.

Tiada Bukti Saintifik Soal Mandi Hujan

Terdapat beberapa pendapat menyokong kenyataan main hujan boleh menyebabkan demam dan selesema. Pendapat pertama menyatakan suhu badan yang rendah menyebabkan individu lebih berisiko dijangkiti virus.

Jadi, suhu air hujan yang sejuk berupaya memberikan risiko demam dan selesema. Pendapat lain pula mendakwa air hujan di sesetengah tempat yang menyebabkan pencemaran udara mampu meningkatkan risiko demam dan selesema

Namun, tiada kajian yang boleh mengesahkan teori dan pendapat ini. Hujan tidak mengakibatkan seseorang itu demam cuma mungkin menambahkan risiko.

Jadi, jika anak korang suka bermain air, jangan halang mereka belajar benda baru walaupun bermain di bawah hujan.

Ia bukan saja boleh menjadi sumber senaman yang hebat, tetapi juga cara yang baik untuk menerokai alam semula jadi serta untuk mereka berseronok!

Yang penting, anak-anak mempunyai sistem imuniti yang kuat! Jadi, amat penting untuk korang sokong imuniti anak-anak bermula dengan pemakanan yang lengkap. Taklah risau lagi bila anak-anak bermain dalam hujan!

Kesimpulan

Hujan bukanlah penyebab utama kepada demam selesema tetapi suhu yang sejuk tersebut. Jadi jika anak korang bermain hujan, pastikan dia menggunakan air pada suhu biasa ataupun air suam selepas itu.

Ini untuk membuatkan sistem imun pada kawasan hidungnya berfungsi seperti biasa dan boleh mengelakkan demam daripada berlaku.

Leave A Reply

Your email address will not be published.