5 Cara Untuk Pastikan Pisau Dapur Sentiasa Tajam
Untuk mak-mak yang banyak habis masa kat dapur tu, antara tool yang paling penting adalah pisau dapur.
Pisau ni, kalau tumpul, memang stress sungguh. Nak potong daging, ayam dan benda lain pun jadi lambat. Kerja memasak akan jadi lambat dan tertangguh.
Pemilihan pisau yang tajam dan tepat dapat membantu proses memasak. Lagi tajam, lagi mudah kerja memasak.
Tidak cukup hanya membeli pisau yang berkualiti dan terbaik, namun korang juga harus tahu macam mana nak jaga pisau agar sentiasa kekal tajam dan lebih tahan lama.
Kalau kita kerap menggunakan pisau tersebut dan lebih-lebih lagi tidak menjaganya dengan betul, pasti ia akan tumpul juga. Tambahan pula, boleh menyebabkan luka di jari jika tersalah potong.
Jadi, bagaimana untuk memastikan ia sentiasa tahan lama dan elak dari cepat tumpul? Teruskan membaca artikel ini untuk tahu tips-tips untuk memilih pisau yang betul dan cara elak dari cepat tumpul.
Tips untuk pisau dapur kekal tajam dan tidak cepat tumpul
Kata orang tua-tua jika mata terasa pedih semasa memotong bawang, Itu sebenarnya tanda bahawa pisau korang tu sudah tumpul dan bukan sebab bawang tu bagus atau segar.
1. Guna mengikut fungsi
Set pisau ni memang selesa dan sedap pakai. Harga pun murah je untuk 1 set
Untuk pengetahuan korang, pisau mempunyai pelbagai saiz dan fungsinya tersendiri. Jika kita salah menggunakannya, pasti tidak tahan lama dan cepat tumpul.
Cara memilih dengan betul ialah pastikan korang tahu yang mana lebih sesuai untuk memotong bahan-bahan basah seperti daging dan ayam. Begitu juga dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang lain.
Contohnya, pisau roti digunakan untuk memotong roti kerana gerigisnya hanya sesuai untuk roti. Jangan pula kita sesekali menggunakannya untuk memotong ayam.
Selain itu, korang juga disarakan mnggunakan papan pemotong yang betul semasa memotong bahan masakan. Boleh pilih sama ada gunakan papan pemotong kayu ataupun plastik mengikut kesesuaian yang korang suka. Ini bagi memastikan pisau korang tidak mudah cepat tumpul.
2. Kerap asah pisau
Setiap hari pasti kita akan ke dapur untuk memasak dan akan kerap menggunakan pisau. Penting untuk kita sekali-sekala mengasah dengan pengasah yang betul. Kebiasaannya, pemotong bahan-bahan kering perlu diasah dengan lebih kerap.
Cara nak mengasah pisau pun kena betul tau, ada tips sikit untuk cara mengasah. Boleh letakkan sedikit minyak kelapa pada batu asahan untuk memudahkan cara pengasahan.
Dan paling penting sekali, megasah pada satu arah sahaja, jika bermula dengan tarik pisau ke belakang teruskan mengasah dengan cara begitu sehingga selesai.
3. pisau dapur #Jaga kebersihan
Penjagaan yang betul membantu ketahanan sesuatu pisau tersebut. Selepas menggunakannya, dinasihatkan untuk membasuh dengan pencuci pinggan dan span yang bersih.
Kemudian, lap dan keringkannya agar air dari basuhan tadi tidak menyebabkan kekaratan. Selepas itu, simpan di tempat yang kering dan sesuai seperti kabinet agar selamat dan tahan lama.
Dengan penjagaan yang betul, korang tidak perlu lagi kerap membeli pisau baru. Haa baru jimat sikit duit. Pisau pun boleh pakai lama, nak masak pun dah tak stress lagi sebab pisau sentiasa tajam dan tak tumpul lagi.
4. pisau dapur #Pilih Pengasah Sesuai
Ada juga pengasah yang tidak kena dengan jenis pisau yang korang gunakan. Namun ada juga yang lebih senang mengasah pisau menggunakan lesung batu yang digunakan untuk menumbuk sambal.
Tidak salah, namun kenalah bijak menggunakannya agar kena pada semua mata pisau. Jika tidak, beli sahaja pengasah jenis bulat dan panjang, khusus untuk mengasah.
5. Gunakan Minyak
Jika perlu, ketika membersih atau selepas mengasah mata pisau, sapukanlah sedikit minyak dipermukaannya dan simpanlah kemas di dalam laci. Ini bagi memastikan mata pisau sentiasa tajam dan licin. Harus cuba!
Kesimpulannya, sebelum memulakan adegan masak kita di dapur, pastikan pisau telah dibahagi-bahagikan mengikut keperluan agar tidak tersalah cara penggunaan dan pastikan cara penyimpanannya adalah dengan betul. Pastikan gunanya dengan cara yang betul supaya pisau tahan lebih lama dan tidak mudah berkarat.
Kalau korang amalkan 5 tips diatas, saya jamin masalah pisau tumpul tak ada lagi. Tapi pisau korang akan kekal tajam. Nak buat kerja potong-potong pun happy je. Kerana kerja dapur pun lebih mudah dan lancar.
Selamat mencuba!