Take a fresh look at your lifestyle.

Jangan Cepat Sapu Gel Pada Ulser Mulut – Ini Sebabnya

0 12

Lepuh dan ulser mulut merupakan dua gejala utama yang sering berlaku di dalam mulut. Ia menyebabkan rasa tidak selesa, sakit serta kesukaran untuk makan, minum dan bercakap.

Ulser mulut bukanlah suatu penyakit, tetapi ia merupakan petanda klinikal untuk sesuatu penyakit yang sedia ada. Oleh itu, mengenal pasti punca penyebab adalah penting untuk rawatan sewajarnya serta pengendalian pesakit.

Kebiasaannya, ia akan muncul di bibir, gusi, lidah, dalam pipi atau pada tekak dan akan mengakibatkan kepedihan apabila sesuatu menyentuhnya. Ia akan berlaku apabila lapisan permukaan kulit pada kawasan oral ini terhakis atau terluka lantas mendedahkan deria kesakitan pada anasir luar.

Kepedihan yang dialami selalunya tidaklah begitu lama kerana ia boleh sembuh secara sendiri dalam masa beberapa hari atau minggu. Dan ramai yang mengaitkannya dengan dehidrasi akibat tidak cukup minum air putih! Selain itu, apa punca ia berlaku agaknya ya?

Punca berlakunya ulser mulut

Seperti yang selalu diberitahu kepada kita, ulser mungkin boleh terjadi akibat mulut yang terlalu kering ekoran dehidrasi akibat tidak cukup minum air. Selain itu, situasi ini juga boleh disebabkan oleh pelbagai faktor termasuklah:

  • Pemakaian gigi palsu atau pendakap gigi
  • Kecederaan ketika memberus atau memflos gigi
  • Kelecuran akibat makanan atau minuman yang panas dan kasar
  • Kerengsaan akibat penggunaan antiseptik yang kuat seperti ubat kumur
  • Kedudukan gigi yang tidak rata dan tajam
  • Jangkitan virus seperti virus herpes simplex
  • Tergigit bahagian dalam mulut secara tidak sengaja
  • Mengalami reaksi alahan terhadap ubatan tertentu
  • Ruam kulit di mulut (lichen planus)
  • Perubahan hormon tubuh badan
  • Penyakit jangkitan kelamin (STD)
  • Penyakit autoimun
  • Penyakit gastrousus
  • Kanser mulut

Ternyata, mata ikan juga boleh menjadi indikator kepada penyakit lain yang mungkin boleh mendatangkan mudarat sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Tips Rawatan Ulser Mulut

Berikut adalah antara beberapa tips untuk membantu penyembuhan serta mengelakkan daripada terkena ulser mulut. Mungkin boleh kita amalkan dan kongsikan ilmu ini dengan rakan-rakan yang lain.

  • Untuk menjaga mulut yang bersih semasa ia tidak selesa disebabkan kehadiran ulser mulut, gunakan ubat kumur antiseptik.
  • Jika terlalu sakit disebabkan ulser mulut, gunakan ubat untuk melegakan kesakitan sebelum makan.
  • Cuba hisap ais untuk membantu mengurangkan kesakitan ulser mulut.
  • Berus gigi secara perlahan-lahan, dengan menggunakan berus gigi yang lembut.
  • Elakkan makanan dan minuman yang boleh menyebabkan atau merengsa ulser mulut.
  • Pastikan gigi palsu diperiksa secara berkala untuk memastikan ia masuk pada kedudukannya di gusi dengan baik.
  • Minum sekurang-kurangnya dua liter (lapan gelas) air sehari (kecuali doktor menasihatkan agar menghadkannya).
  • Makan makanan yang sihat dengan kerap, perbanyakkan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berunsur gandum.
  • Hadkan makanan yang tinggi lemak, gula dan garam.
  • Boleh ambil vitamin dan mineral tambahan.
  • Belajar dan mengamalkan teknik relaksasi dalam membantu mengurangkan tekanan.
  • Berhenti merokok.

Ulser mulut memang memberi kesan dalam kualiti hidup harian kita. Kadang-kadang tu sakit sampai nak buat kerja pun susah. Sampai buat kita pening pun ada.

Baca juga tentang saranan pakar tentang cara rawat ulser pada mulut anak-anak kat sini

Apakah penggunaan ubat gel selamat untuk digunakan?

Walaupun kes tak berlaku di dalam negara, namun ada baiknya sebagai parents perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan perkara yang tak diingini berlaku.

Ubat Gel Bonjela merupakan salah satu ubat yang sering digunakan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut. Produk ini mengandungi salicylate salts. Iaitu sejenis bahan kimia yang mempunyai fungsi yang sama dengan aspirin.

Oleh sebab itu, kanak-kanak dibawah umur 16 tahun ditegah mengambil aspirin kerana mempunyai risiko Reye Syndrome. Yang mana akan menyebabkan satu komplikasi seperti kegagalan hati, kerosakan otak dan kematian.

Amaran daripada Medicines and Healthcare products regulatory agency (MHRA) telah dikeluarkan pada 2016 lagi sebagai langkah berjaga-jaga.

Ini kerana, terdapat satu kes seorang bayi berusia 7 bulan berhenti bernafas dan dikejarkan ke hospital berpunca daripada salicylate overdose, setelah di sapu ubat yang mengandungi bahan ini berulang kali dalam tempoh masa yang singkat.

Dan untuk keselamatan kanak-kanak tidak digalakkan menggunakan produk yang ada bahan ini. Sekiranya perlu juga, pastikan guna mengikut arahan. Elakkan penggunaan secara berlebihan.

Sebaiknya gunakan alternatif lain tanpa bahan salicylate untuk mengurangkan kesakitan gigi yang baru tumbuh untuk bayi.

Rujuk pakar kesihatan seperti doktor dan ahli farmasi sebelum membeli atau menggunakan sebarang gel untuk ulser mulut.

Leave A Reply

Your email address will not be published.