Tips Elak Rambut Botak Bagi Lelaki
Nak tahu tak cara elak rambut botak?
Bukan perempuan sahaja tau yang perlu jaga hal ehwal rambut. Lelaki juga kena jaga! Kebanyakan lelaki tidak berapa ambil kisah untuk merapikan diri sendiri.
Kalau rambut cantik bersinar, mesti bertambah kehenseman tu kan? Penjagaan rambut lelaki tidaklah serumit wanita. Rambut lelaki lebih lasak dan mudah diuruskan.
Tetapi ini bukan lah bermaksud lelaki boleh mengambil remeh soal penjagaan rambut. Mari kita ketahui tips penjagaan rambut untuk lelaki!
Cara elakkan rambut botak untuk lelaki
1. Pakai topi ketat
Tidak dinafikan pemakaian topi dengan lelaki berpisah tiada. Topi jenis snapback, cap atau beanie membuatkan penampilan lebih menyerlah. Malah topi juga merupakan penyelamat bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut atau kebotakan kerana ia boleh menutupi bahagian yang botak tersebut.
Namun tanpa korang sedar, pemakaian topi yang terlalu ketat dengan pemakaian dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan berlakunya traction alopecia atau keguguran rambut secara berkala. Tabiat ini akan menyebabkan rambut kurang bernafas sehingga rambut jadi nipis dan akhirnya botak.
2. Rambut botak #Ikat rambut terlalu kuat
Ha, yang ini memang ramai lelaki yang suka menyimpan rambut panjang. Malah man bun menjadi antara gaya rambut yang popular di kalangan lelaki berambut panjang. Apa yang salahnya adalah apabila korang mengikat rambut terlampau ketat dalam jangka masa yang lama.
Ini boleh menyebabkan tekanan berlebihan kepada akar rambut. Menurut William D. Yates, ramai lelaki yang menerapkan gaya rambut man bun ini mengalami masalah rambut gugur yang serius. Jadi awas ye untuk yang berambut panjang!
3. Gunakan shampoo yang sesuai
Seperti point diatas, sekiranya korang tidak mencuci rambut selepas menggunakan wax atau pomade dalam tempoh yang lama, rambut korang akan mendap dengan kotoran dan daki lama.
Gunakan shampoo yang boleh menyingkirkan sepenuhnya kotoran dan minyak seperti Shampoo Faith Fleur, Clear Man dan sebagainya. Korang juga boleh gunakan petua cuka putih untuk mengimbangi semula pH rambut.
4. Rambut botak #Elak ikat rambut tocang
Bagi lelaki berambut panjang, ikatan gaya man braid pastinya menjadi pilihan. Apatah lagi gaya ini sudah menjadi trend di antara selebriti lelaki. Gaya french braid, cornrow, side plaits atau mini braids tidak dinafikan mampu membuatkan lelaki tampil edgy.
Namun gaya rambut seperti ini juga berisiko kepada rambut dan kulit kepala. Sama seperti man bun, gaya ini juga boleh memberi tekanan yang berlebihan kepada batang rambut yang akhirnya menyebabkan rambut menjadi rapuh dan mudah gugur.
5. Kurangkan produk dengan bahan kimia
Seperti yang dipetik dari news.com, semua gaya rambut yang menggunakan bantuan styling product secara berlebihan boleh menyumbang kepada masalah kebotakan.Sisa bahan kimia akan berkumpul pada kulit rambut dan membentuk kotoran yang mengganggu keseimbangan pH di kulit kepala.
Sehingga akibatnya, kulit kepala menjadi tidak sihat dan gagal mencengkam akar rambut dengan baik.Jadi berhati-hatilah menggunakan produk sebegini. Jangan kerana ingin mengikut trend, korang sanggup mengabaikan kesihatan rambut.
Para lelaki yang ada masalah rambut botak, boleh try pakai ini supaya rambut kembali lebat
6. Rambut botak #Elakkan mencuci terlalu kerap
Salah satu kesilapan biasa yang dibuat oleh semua lelaki adalah mencuci terlalu kerap. Cuci rambut 2-3 kali seminggu dan wajib gunakan conditioner. Ini untuk mengelakkan rambut menjadi kering dan kusam selepas cucian.
7. Elakkan keringkan rambut dengan kasar
Normal kan lelaki lepas mandi, digonyoh-gonyoh rambut tu dengan tuala. Jangan macam tu bang, rosak akar rambut tu. Kalau rambut basah lagi sensitif untuk gugur. Sebagai ganti, usap lembut rambut atau biarkan kering dibawah kipas.
8. Rambut botak #Jaga kesihatan
Sama seperti wanita, rambut melambangkan kesihatan seorang lelaki. Jaga permakanan, jangan merokok, bersenam, minum air secukupnya, kurangkan stress dan dapatkan tidur yang berkualiti.
Oleh itu, tidak salah untuk bergaya tetapi pastikan korang tahu cara penggayaan yang betul. Longgarkan sedikit ikatan rambut dan pemakaian topi.
Sesekali biarkan rambut lepas bebas serta kurangkan kekerapan menggunakan produk hair styling. Terdapat pelbagai rawatan yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah keguguran rambut.
Namun, perkara yang boleh dilakukan sekarang untuk kurangkan kadar keguguran rambut adalah dengan cara mengubah gaya hidup dengan lebih sihat.