Take a fresh look at your lifestyle.

7 Cara Hilangkan Ketagih Kopi Setiap Hari

0 443

Untuk yang ada masalah ketagih kopi, korang wajib baca ni…

Ketagihan kopi, atau dikenal juga sebagai kecanduan kopi, ialah keadaan seseorang mengalami ketergantungan yang kuat pada kopi.

Ketagihan kopi terjadi kerana kandungan kafein dalam kopi yang dapat memberikan efek stimulan pada sistem saraf pusat.

Pada masa kini, majoriti orang yang gemar dengan meminum kopi ialah golongan anak muda-mudi.

Kafein dalam kopi membantu menyegarkan otak mereka untuk melakukan aktiviti harian. Namun kafein boleh menyebabkan ketagihan dan ia boleh memberi kesan sampingan seperti sakit kepala, kegelisahan dan kesukaran tidur.

Tidak salah untuk meminum kopi tetapi pastikan ia tidak melebihi 300 miligram atau 2-3 cawan kopi. Pengambilan kafein yang berlebihan juga boleh menyebabkan “caffeine withdrawal”. Hal ini boleh terjadi apabila kadar pengambilan kafein lebih rendah daripada yang biasa pada setiap hari.

sumber: facebook

Simptom yang kerap berlaku apabila seseorang mengalami “caffeine withdrawal” ialah sakit kepala.

  • Letih
  • Kegelisahan
  • Cepat Mara
  • hMurung
  • Sukar memberi tumpuan
  • Mengantuk
  • Simptom seakan-akan selsema beserta sakit otot

Berikut adalah cara hilangkan ketagih kopi

1. Lakukan aktiviti santai

Sebaik sahaja korang telah memulakan dengan rancangan untuk berhenti minum kopi dan mula merasakan gejala penarikan diri pertama. Korang boleh menggunakan latihan atau aktiviti yang membolehkan korang tetap tenang dan yang berfungsi sebagai paliatif untuk tidak berulang .

2. Kurangkan secara bertahap

Tidak ada cara mengurangkan kopi dengan cara instan. Buatlah target di mana korang perlu mengurangkan pengambilan kopi secara pelan-pelan, contohnya sehari hanya minum 1 cawan kopi.

Minggu berikutnya, kurangkan lagi jumlah pengambilan kopi dari yang biasa. Dengan dilakukan secara bertahap, korang akan menemukan kebiasaan baru yang dapat menggantikan ketagihan kopi. Sumber kafein juga boleh dapati dalam makanan atau minuman lain seperti coklat dan minuman teh.

3. Ketagih kopi #Cari minuman yang lebih sihat

Walaupun korang mengambil kopi tanpa kafein atau nama lainnya adalah decaf, nyatanya masih terdapat kandungan kafein iaitu sebanyak 2 – 25 miligram (mg) per/cawan kopi.

Cuba temukan pengganti minuman yang baik pada saat yang sama. Korang mungkin boleh mencuba minuman hangat lain yang bebas daripada kafein. Seperti teh herba tanpa kafein atau bahkan air lemon hangat yang lebih baik untuk kesihatan tubuh.

Boleh try teh terbaik ni. Ada 22 flavor yang boleh dipilih

4. Ganti dengan air putih

Minum air putih jauh lebih bermanfaat berkali lipat daripada minuman manis seperti kopi. Selain dapat mengurangkan kebiasaan minum kopi, air putih juga boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk mengdetoksifikasi tubuh.

Gerakan meminum air juga sama dengan gerakan reflek memegang secawan kopi. Sehingga, lambat-laun korang tidak akan menyadari bahawa kopi yang korang minum berganti menjadi air putih.

5. Cuba tukar kopi decaf

Tidak ada salahnya jika ingin bertukar kepada kopi decaf. Walaupun rasanya tidaklah seperti kopi biasa, namun kopi decaf mengandungi jumlah kafein yang jauh lebih rendah berbanding kopi biasa.

Kemungkinan korang pernah dengar mengenai keburukan kopi decaf yang dikatakan boleh menyebabkan kanser. Namun, jangan risau! Decaf sebenarnya tidak akan mendatangkan sebarang penyakit. Malah, ia boleh membantu untuk kurangkan ketagihan terhadap kopi.

6. Perhatikan dulu senarai kandungan minuman

Sumber: vitaminkita

Ha, siapa kat sini main teguk sahaja minuman dan langsung tidak menghiraukan apa yang terkandung di dalamnya. Untuk korang yang ingin berhenti minum kopi, pastikan baca dan kaji dulu bahan apa yang terdapat di dalam minuman yang korang ambil setiap hari.

Untuk pengetahuan semua, minuman lain seperti teh, air berkarbonat dan minuman tenaga juga turut mempunyai kandungan kafein.Tak ada gunanya jika korang takut mengenai bahaya minum kopi, namun masih lagi mengambil semua jenis minuman yang dinyatakan diatas!

baca juga cara atasi sakit kepala atau migrain yang berterusan di sini

7. Ketagih kopi #Tambah air dalam kopi

Walaupun rasanya tawar setelah ditambah dengan air, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kandungan kafien dalam minuman tersebut. Jangan risau, korang masih boleh menikmati secawan kopi penuh tanpa was-was.

Kesimpulannya, untuk menghilangkan ketagih kopi kemungkianan akan mengambil masa yang lama sehingga berminggu-minggu. So, layanlah diri korang dengan baik ketika dalam proses menghilangkan ketagih kafien.

Sebaiknya gantikan minuman panas tanpa kafein setiap pagi serta kurangkan pengambilan secara berkala – kurangkan ¼ daripada pengambilan biasa.

Semoga ini memberi manfaat kepada semuanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.