Makanan Pengganti Nasi Yang Berkalori Rendah – Khas Untuk Orang Diet
Bagi geng diet, topik ni memang sangat penting. Mereka akan berusaha untuk cari makanan mengenyangkan, yang penting kurang kanji sebagai pengganti nasi.
Pasti korang tertanya-tanya apakah makanan pengganti nasi ?
Di Malaysia dan beberapa negara Asia yang lain, nasi adalah salah satu makanan utama atau ruji dalam kehidupan seharian. Tanpa mengambil nasi, pasti ramai yang berasa ‘tidak lengkap’ dalam diet harian mereka.
Kalau korang nak tahu, nasi mengandungi jumlah kanji yang tinggi dan tidak sesuai untuk sesetengah orang yang mahu diet.
Sebenarnya tidak salah untuk mengambil nasi ketika diet tetapi korang perlu mengambil dalam kuantiti yang sepatutnya.
Kalau korang mahu mencari alternatif yang lain untuk gantikan nasi dalam diet harian, korang boleh mencuba beberapa jenis makanan ini.
Selain ia rendah dalam kalori, makanan ini juga memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan. Berikut adalah makanan alternatif gantikan nasi dalam menu diet.
Berikut Adalah Makanan Pengganti Nasi
1. Pengganti nasi #ubi kayu
Ubi kayu merupakan salah satu menu pengganti nasi yang sangat baik. Jika berdiet, sebaiknya rebus sahaja ubi kayu, jangan digoreng.
Cari ubi kayu yang kulit luarnya berwarna kemerah-merahan agar mudah empuk apabila dimasak. Ubi kayu juga mampu menurunkan kadar kolesterol jahat kerana kandungan seratnya yang cukup tinggi.
2. Pengganti nasi #Kentang
Kentang yang mengandungi vitamin C, serat dan kalori (rendah) patut diambil ketika diet. Walaupun kentang memiliki indeks glikemik yang cukup tinggi, namun kentang lebih baik daripada nasi.
Cara terbaik sama seperti menikmati ubi kayu iaitu dengan merebus. Boleh taburkan sedikit garam dan lada hitam ketika ingin dinikmati.
3. Oat
Kandungan serat dalam oatmeal dapat membantu korang agar kenyang lebih lama, membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah, dan juga dapat mengawal kadar gula darah.
Namun, korang harus memilih jenis oat yang betul jika mahu mencapai misi. Sebaiknya, pilihlah rolled oat kerana indeks glisemiknya lebih rendah berbanding instant oat dan quick oat.
Selain itu, perhatikan juga makanan yang ditambah ke dalam oat. Jika memilih buah-buahan, korang perlu berhati-hati kerana ada buahan-buahan yang tinggi dengan kandungan gula sehingga kalorinya lebih tinggi berbanding oat.
4. Pengganti nasi #Pisang
Pisang juga boleh menggantikan nasi kerana buah ini kaya dengan kandungan karbohidrat. Selain itu, pisang juga kaya dengan kalium, vitamin B6 dan vitamin C yang dipercayai dapat membantu menurunkan tekanan darah dan baik untuk kesihatan jantung.
5. Roti gandum (whole wheat)
Roti gandum (whole wheat) memiliki indeks glikemik lebih rendah daripada nasi. Hal ini membantu supaya gula darah korang tidak cepat naik dan juga mencegah lapar datang lebih cepat. Selain itu, roti gandum juga tinggi akan kandungan seratnya.
Sepotong roti gandum yang setara dengan berat 46 gram mengandung serat sebanyak 4 gram. Gandum sering dikaitkan dengan berbagai manfaat kesihatan.
Salah satunya, pengambilan gandum dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit kronik seperti penyakit gula darah dan penyakit jantung. Sayangnya, makanan ini tidak digalakkan jika korang memiliki penyakit seperti intoleransi gluten atau penyakit Celiac.
9 cara pelik untuk turunkan berat badan tapi berkesan. Baca kat sini
6. Ubi keledek
Ubi keledek sesuai dijadikan sebagai pengganti nasi untuk yang sedang berdiet. Ini kerana karbohidrat pada ubi mengandungi lebih banyak serat dan sedikit gula berbanding nasi.
Ubi keledek juga kaya dengan kandungan provitamin A, vitamin C dan kalium. Ia juga mengandungi antioksidan yang dapat membantu melindungi tubuh dari pelbagai penyakit.
7. Pengganti nasi#Brokoli
Dijadikan sebagai nasi brokoli, korang boleh menghancurkan sayuran ini dalam food processor untuk dijadikan sebagai nasi.
Ini kerana brokoli boleh menjadi alternatif pengganti nasi yang rendah karbohidrat dan kalori. Untuk satu hidangan nasi brokoli, korang akan memperolehi jumlah Vitamin C yang mencukupi untuk sepanjang hari.
Dalam pada masa yang sama, Brokoli ini juga mengandungi Vitamin K yang mencegah dan mengurangkan risiko pembekuan darah. Jika korang sedang mengikut diet keto, nasi brokoli ini boleh menjadi pengganti nasi putih yang paling sesuai.
Kita kena selalu ingat, kesihatan yang baik datang daripada pemakanan yang baik. Itulah realiti. Waktu sekarang ni kita selalu dimomokkan dengan kononnya.
Mitos tentang sesuatu makanan tanpa kita ketahui akan fakta sebenar. Banyak je soalan saya dapat seperti pantang larang makanan.Tak boleh makan ini sebab risiko untuk itu dan macam-macam.
Tapi sebenarnya, cara dan kuantiti pengambilan makanan mainkan peranan. Kalau boleh elak, elakkan. Kalau tak boleh, kurangkan. Mudah bukan?