Take a fresh look at your lifestyle.

4 Tanda Kena Batu Karang Dan Cara Rawatannya

0 74

Penyakit batu karang atau turut dikenali sebagai renal calculi atau kidney stone adalah situasi di mana terdapat jisim pepejal berupa seperti kristal.

Jisim ini kebiasaannya berasal daripada buah pinggang namun boleh berkembang dan terjadi pada mana-mana tempat sepanjang saluran air kencing.

sumber: Hmetro

Antara bahagian yang kerap membentuk batu karang ini adalah organ buah pinggang, pundi kencing, ureter dan uretra. Terdapat 4 jenis batu yang berbeza boleh berlaku pada sekitar organ urologi seperti:

  • Batu kalsium
  • Batu struvite
  • Batu cystine
  • Batu asid urik

4 Tanda Jika Seseorang Mengalami Masalah Batu Karang

1. Sakit belakang pada bahagian buah pinggang.

Melalui bancian global, ramai yang mengatakan bahawa sakit disebabkan kidney stone seakan-akan dicucuk pisau ataupun sakit ketika melahirkan anak.

Sakit ini selalunya terjadi apabila ia mula menyelinap pada bahagain yang sempit iaitu ureter. Lokasi sakit ini juga berubah mengikut tempat dimana batu ini berada.

2. Batu karang #Sakit ketika membuang air kecil.

Gejala ini selalunya berlaku apabila ia berada pada saluran di antara buah pinggang dan juga pundi kencing. Ketika membuang air kecil, batu ini akan tertolak oleh air kencing dan hal ini akan menyebabkan geseran pada dinding saluran kencing serta rasa sakit.

Korang boleh try ikhtiar ini untuk rawat. Kombinasi herba yang ‘power’ boleh bantu pecahkan batu karang.

3. Terdapat pasir pada air kencing.

Bagi batu yang bersaiz kecil, ia boleh keluar melalui saluran air kencing dan agak kelihatan seakan-akan berpasir. Manakalah, batu yang tidak boleh keluar pada saluran kencing akan mengakibatkan kencing tidak lawas dan sedikit.

Bagi batu yang bersaiz kecil, ia boleh keluar melalui saluran kencing dan kelihatan seakan-akan pasir. Kencing jadi sedikit dan tidak lawas.

Ini kerana batu tersekat pada saluran ureter dan akan menghalang pengaliran air kencing – menyebabyakn proses membuang air tersekat.

4. Batu karang #Rasa loya dan muntah.

Simptom ini bersifat am dan boleh disebabkan oleh pelbagai sakit. Namun ia juga merupakan tanda penting bagi masalah kidney stone. Ini kerana, saraf perut berkongsi dengan buah pinggang.

Dalam kata lain, jika buah pinggang mengalami masalah, individu akan menunjukkan gejala daripada organ perut seperti muntah dan loya.

sumber: kibrispdr

Berikut adalah contoh Rawatan Yang Dijalankan

Kebanyakan kidney stone yang kurang dari 4mm akan keluar dengan sendiri. Tetapi pesakit akan memerlukan intervensi/rawatan jika batu itu tidak keluar selepas tempoh pemerhatian dan berterusan menyebabkan kesakitan.

Batu tersebut mungkin akan membesar atau menyebabkan komplikasi seperti halangan dan jangkitan. Kadangkala penyakit ini tidak menyebabkan kesakitan tetapi menyebabkan fungsi buah pinggang semakin teruk.

Rawatan penyakit ini bergantung kepada lokasi, saiz dan jenis batu karang tersebut.

1- Extracorporeal Shockwave Lithotripsy (ESWL)

Prosedur ini sesuai untuk yang kurang dari 2 cm dan kebanyakannya ia di dalam ureter boleh dilihat dengan x-ray. X-ray atau ultrasound digunakan untuk mengesan lokasi penyakit tersebut.

Pesakit akan baring di atas meja khas dan gelombang yang dikeluarkan oleh sejenis mesin menembusi badan pesakit akan memecahkan batu itu kepada ketulan-ketulan kecil.

Serpihan batu ini akan keluar melalui air kencing. Manakala, batu yang lebih besar memerlukan beberapa kali siri rawatan.

2- Percutaneous Nephrolithotomy

Prosedur ini dijalankan dengan bius penuh, sesuai untuk yang lebih besar dari 2 cm dan yang gagal ESWL. Dalam prosedur ini hirisan kecil akan dilakukan pada belakang pesakit di bahagian buah pinggang untuk membentuk satu laluan bagi memasukkan sejenis alat yang berteleskop.

Kidney stone dilihat dan dipecahkan dengan sumber kuasa seperti laser, ultrasound atau angin. Di akhir prosedur, pesakit akan ada tiub sementara untuk mengeluarkan air kencing.

Komplikasi yang biasa berlaku adalah jangkitan dan pendarahan semasa atau selepas prosedur. Kadangkala agak sukar untuk mengeluarkan kesemua batu karang tersebut dan pesakit perlu menjalani prosedur kecil melalui hirisan yang sama untuk mengeluarkan saki baki tersebut.

3- Ureteroscopy Prosedur

ureteroscopy melibatkan memasukkan sejenis alat melalui urethra, pundi kencing dan ke dalam ureter. Ia akan dipecahkan, dikeluarkan dan tiub sementara akan dipasang dalam ureter untuk mengeluarkan air kencing.

Prosedur ini dilakukan dengan bius penuh dan sesuai untuk kidney stone dalam ureter yang besar, tidak dapat dilihat dengan x-ray atau gagal dipecahkan dengan ESWL. Komplikasi yang biasa termasuk kecederaan pada ureter, jangkitan dan pendarahan.

4- Pembedahan Terbuka

Ini jarang dilakukan sekarang kerana kebanyakan batu boleh dikeluarkan dengan cara yang lebih mudah. Untuk pesakit yang mempunyai kidney stone yang besar, ia masih lagi menjadi pilihan.

Kadangkala apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan baik, ia akan dikeluarkan. Masih lagi ada peranan pembedahan terbuka untuk membuang batu karang yang besar.

Langkah Pencegahan Batu Karang

Apabila pesakit telah ada batu karang, dia mempunyai risiko untuk mengalami masalah yang sama lagi. Oleh itu pesakit hendaklah amalkan langkah pencegahan;

  • Meminum sekuarng-kurangnya 2-3 liter air bagi memastikan badan cukup air dan mencairkan air kencing.
  • Mengurangkan makanan yang kaya dengan purine seperti daging merah, makanan laut dan alkohol bagi pesakit batu karang jenis asid urik.
  • Tidak ada halangan untuk mengambil makanan tenusu yang kaya dengan kalsium untuk mencegah batu karang jenis kalsium, tetapi biarlah bersederhana.
  • Makanan seperti coklat, kopi dan bayam kaya dengan oxalate dan patut dikurangkan pengambilannya untuk mereka yang berulangkali membentuk batu karang jenis oxalate.
  • Pesakit mungkin perlu mengambil ubat untuk mencegah pembentukan batu karang jenis kalsium dan asid urik.
  • Ubat allupurinol mungkin berguna bagi yang masih mempunyai masalah batu karang jenis asid urik biarpun dengan mengawal makanan. Ini biasanya dengan kombinasi ubat untuk mengurangkan keasidan air kencing.

Leave A Reply

Your email address will not be published.