Take a fresh look at your lifestyle.

Cara Cepat Hamil Setelah Melakukan Hubungan Suami Isteri

0 28

Untuk yang dah lama kahwin, semestinya dihujani dengan pertanyaan tentang anak oleh saudara mara dan sahabat handai, especially masa balik kampung tu kan. Stress tak tau nak habaq lah.

Mungkin ramai yang tak tau, sebenarnya ada cara atau kaedah cepat hamil yang boleh dicuba. Ada banyak cara, cuma keberkesanannya mungkin berbeza.

Sememangnya rezeki untuk memiliki zuriat adalah bergantung kepada perancangan Tuhan, tetapi sebagai manusia biasa, kita perlu berusaha dan berikhtiar agar cepat hamil.

Umumnya, terdapat beberapa perubahan pada amalan gaya hidup seharian yang dapat membantu meningkatkan kesuburan korang dan pasangan.

Antara petua cepat hamil yang boleh dicuba adalah:

1. Hentikan Penggunaan Kawalan Kelahiran

sumber: popmama.com

Sudah tentu, jika ingin mengandung korang perlu berhenti menggunakan sebarang alat kawalan kehamilan termasuklah kondom.

Ini kerana terdapat kemungkinan yang korang memerlukan masa untuk mendapatkan tahap kesuburan kembali. Selalunya ia bergantung kepada jenis kawalan pencegahan kehamilan yang digunakan.

Secara umumnya, kesuburan diri akan kembali pada kitaran ovulasi yang seterusnya. Setelah korang sudah menghentikan penggunaan kawalan kehamilan.

Terdapat juga kemungkinan, kitaran ovulasi mungkin tidak teratur pada permulaan tetapi jangan terkejut bahawa korang turut berpeluang untuk hamil!

2. Cepat hamil #Amalkan Diet Sihat

Pemakanan dan kesuburan saling berkaitan. Jika kalian mengikuti diet pemakanan yang seimbang, ia dipercayai dapat meningkatkan peluang korang untuk hamil.

Dapatkan nasihat pakar mengenai pemakanan yang bersesuaian bagi korang yang merancang memiliki cahaya mata.

Apa yang ingin ditekankan, pastikan makan makanan yang berkhasiat. Jangan pula melantak macam masa bujang dahulu. BMI itu penting, bukannya berat badan.

Bagaimana dengan supplement? Mesti selalu dengar tentang asid folik bukan? Mengikut saranan doktor, sesiapa yang ingin mengandung kena makan ‘folic acid‘ untuk kesuburan. Selain itu, kena makan makanan berkhasiat.

Cuba amalkan susu kurma dengan madu ni sebagai salah satu langkah ikhtiar hamil

3. Dapatkan Berat Badan Ideal

Mungkin ada yang kurang setuju. Siap ada yang kata, “Eleh, si Elly (bukan nama sebenar) tu, gemuk je aku tengok. Tapi, tiap-tiap tahun sorang. Aku ni biasa-biasa je, tapi susahnya nak mengandung”. Benar, ia rezeki dari Allah. Namun tidak salah kita mencuba bukan? Lihat semula point yang nombor satu di atas.

Jika mempunyai berat badan berlebihan (overweight) atau lebih teruk lagi ‘obese‘, mulakan senaman untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana, risiko orang yang ‘overweight‘ ialah terdedah kepada darah tinggi dan kencing manis.

Jika semasa mengandung mempunyai ‘high blood pressure‘ dan ‘diabetes‘ banyak komplikasi yang tidak baik bakal menanti. Mari kita amalkan gaya hidup sihat. Sentiasa pantau Body Mass Index (BMI) untuk mengetahui tahap ‘obesiti‘.

Cara elak darah tinggi semasa hamil boleh baca kat sini

4. Lakukan Hubungan Intim Dengan Kerap

Sudah bergelar suami isteri, apa nak malu? Bukannya orang lain, pasangan sendiri yang halal kan? Buangkan sikap malu ‘meminta‘. Berterus terang dengan pasangan adalah lebih baik. Nikmati hubungan kelamin tersebut, bukan sekadar untuk mendapat anak sahaja.

5. Cepat hamil #Ketahui Masa Subur

sumber: detikhealth

Ini adalah fakta yang sangat penting. Ramai yang ambil ringan tentang perkara ini. Ada yang sudah ada anak pertama, tetapi sukar untuk mendapat anak kedua. Untuk mengelakkan kekecewaan, belajar cara membaca waktu ovulasi. Kenali diri sendiri. Kami tidak dapat menceritakannya disini kerana ovulasi setiap wanita adalah berlainan.

Jika kena masanya, dengan sperma yang sihat akan bercantum dengan ovum yang berovulasi. Jom ambil sedikit masa untuk belajar. Jika ingin mengandung, kena belajar ilmu dan cara cepat hamil. Jangan main hentam keromo sahaja, dah selepas itu mengadu masih tidak hamil.

Untuk mengira waktu subur, korang boleh guna kalkulator ovulasi. Boleh dapatkan dalam Google “Ovulation Calendar Tool” untuk maklumat lebih lanjut. Ingatan sekali lagi, ketahui diri sendiri. Pelajari kitaran haid atau ‘period’ untuk waktu yang tepat.

6. Cepat hamil #Hindari Stress

Tenangkan diri. Ini kunci dan cara cepat hamil yang sukar dilakukan oleh wanita berkerja. Walaupun ‘stress‘ itu sudah jadi asam garam, cuba rehatkan diri secukupnya. Kerja pejabat, habis di pejabat sahaja. Apabila berada di rumah, tumpukan perhatian pada keluarga. Apabila badan sihat, otak pun cerdas, bukankah lebih mudah untuk melakukan hubungan intim?

Bagi yang mengalami keguguran, pastikan akan lebih tertekan. Pasti ada cara cepat hamil pada masa akan datang. Percayalah, semua itu kerja Allah. Tenangkan diri dan cuba lagi.

7. Jauhi Rokok Dan Kurangkan Pengambilan Kafein

Nasihatkan suami yang menjadi perokok tegar. Jika isteri itu sendiri merokok sebaiknya cepat-cepat berhenti. Menurut kajian saintifik mengatakan apabila seseorang itu merokok, ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan dan masa yang lebih lama untuk mengandung.

Kafein bukan sahaja terdapat pada kopi, tetapi banyak lagi minuman lain. Ramai kata jika minum kopi, boleh tenangkan fikiran. Tetapi jika pengambilan kandungan kafein itu tinggi, lebih dari lima cawan sehari, iaitu lebih kurang 500mg, ia dikatakan dapat mengurangkan kesuburan.

Jika boleh, kurangkan tahap pengambilan kafein kepada 200-500mg sahah sehari. Bukan itu sahaja, jika disahkan mengandung dan masih lagi kuat minum kopi, risiko keguguran tetap ada. Jika korang peminat tegar kafein. Apa salahnya tinggalkan sementara?

8. Cepat hamil #Berdoa Pada ALLAH

Cara cepat hamil ini adalah yang terakhir. Kita sebagai orang Islam perlu percaya bahawa rezeki anak itu ialah dengan izin dan rahmat Allah. Amalkan doa untuk cepat mengandung seperti di atas. Islam itu indah dan memudahkan. Lebih baik meminta pada Allah.

Semoga perkongsian cara cepat hamil ini dapat memberi manfaat dan berguna untuk ibu-ibu diluar sana. Paling penting, jangan pernah berputus asa dan saya doakan semoga ada rezeki buat korang untuk menimang cahaya mata.

Leave A Reply

Your email address will not be published.