Cara Azankan Bayi Yang Baru Lahir – Bakal Bapa Kena Ready Dan Praktik Ni
Dalam keseronokan buat persiapan untuk menyambut bayi yang bakal lahir, bakal ayah kena tahu cara azan bayi secara tertib dan betul. Ia merupakan perkara penting yang ibu bapa yang beragama Islam.
Bacaan azan dan iqamah di telinga mereka ini merupakan sunnah yang dianjurkan oleh nabi kita, Muhammad SAW. Perkara ini telah dilihat dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ke atas Husein bin Ali.
رَأَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ (صلى الله عليه وسلم) أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحُسَيْنِ بْنِ عَلِيٍّ حِيْنَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ بِالصَّلاَة ِرضي الله عنهم
Maksudnya; Aku melihat Rasulullah SAW. mengadzankan seperti adzan solat pada telinga (cucunya) Husein bin Ali ketika Fatimah RA melahirkannya.

Ahli keluarga lelaki bagi bayi baru lahir seharusnya membacakan azan dan iqamah terhadap bayi tersebut. Jika keadaan tidak mengizinkan untuk kehadiran sesiapa pun ahli keluarga lelaki bayi tersebut, adalah dibolehkan bagi ahli keluarga perempuan untuk membacakan azan dan iqamah hatta ibu bayi tersebut itu sendiri.
Bagi ibubapa yang tidak sempat membacakan azan di telinga anak sebelum ini, tidak mengapa. Ini bukanlah perkara yang diwajibkanAllah SWT, dan tidak jatuh hukum dosa ke atas ibubapa tersebut.
Bacaan azan dan iqamah ini juga adalah bertujuan untuk melindungi bayi daripada gangguan jin yang suka menganggu bayi iaitu Ummu Sibyan.
Teknik Azankan Bayi Dengan Tertib
Jom saya kongsikan pada korang cara azan bayi yang betul dan tertib mengikut ajaran Islam. Beberapa cara-caranya ialah:
1. cara azankan bayi #Menghadap Kiblat
Cara azan bayi yang pertama ini adalah antara perbuatan yang sangat disunatkan dan sangat digalakkan untuk dilakukan. Sama seperti solat, kepala bayi azan bayi perlu diangkat hingga ke paras muka orang yang hendak mengazakan.
Pastikan juga posisi kedudukan ke arah kiblat dan alunkan azan di telinga kanan bayi dengan kadar suara yang tidak terlalu kuat tetapi cukup untuk didengarkan.
2. Cara azan bayi #Mula Dari Sebelah Kanan
Selain itu, kita juga sangat digalakkan untuk memulakan setiap perlakuan kita bermula dari sebelah kanan begitu juga dengan azan bayi. Disunatkan untuk kita azan bayi bermula dari sebelah kanan telinga bayi.
3. Letak Bayi Dengan Perlahan
Setelah selesai azan bayi, letakkan semula bayi ke tempatnya. Letak secara perlahan-lahan, tidak terlalu kuat, dan berhati-hati kerana dikhuatiri mungkin boleh mencederakan bayi yang baru lahir.
Set berpantang Sari Ayu ni memang jadi pilihan dan kepercayaan ibu-ibu sejak zaman-berzaman lagi…
Amalan Sunat Lain Ketika Menyambut Kelahiran Bayi Yang Boleh DiLakukan

Tadi saya sudah kongsikan mengenai cara azan bayi dengan betul. Bagi yang mungkin tidak tahu, selain dari azan bayi, ada beberapa amalan sunat yang boleh kita lakukan untuk menyambut kelahiran bayi. Antaranya ialah:
1. Mentahnik
Mungkin ada antara kita yang pernah mendengar mengenai mentahnik dan ada juga yang baru pertama kali mendengarnya. Mentahnik merupakan antara amalan sunat yang boleh kita lakukan apabila menyambut kelahiran bayi.
Selain dari kita kena tahu cara azan bayi kita juga perlu tahu cara mentahnik bayi dengan betul mengikut yang diajarkan dalam Islam.
2. Namakan Bayi
Dekat atas tadi kami sudah kongsikan satu lagi amalan sunat yang selalu dilakukan ialah dengan memberikan nama pada bayi.
Kita sangat digalakkan untuk memberi nama anak dengan nama yang membawa maksud yang baik kerana nama yang baik merupakan satu doa dan dapat menjadikan akhlak anak juga baik.
Pilih nama yang sedap dan bermakna untuk si manja. Boleh refer kat sini
3. cara azan bayi #Cukur Jambul
Selain itu, cukur jambul dan akikah juga antara amalan sunat yang selalu dilakukan oleh orang Islam di negara kita. Cukur jambul adalah bertujuan untuk menyambut kelahiran bayi yang baru lahir dan juga untuk kebersihan diri bayi.
Kesimpulannya, sebagai seorang yang beragama Islam dan juga sebagai bakal ibu dan ayah, kita perlu membuat persiapan yang rapi dalam menyambut kelahiran bayi. Hal ini juga termasuklah dengan cara azan bayi yang betul dan juga tertib. Perbuatan mengazan merupakan antara perkara wajib yang perlu dilakukan terutamanya sebelum hendak menunaikan solat.
Semoga ini dapat memberikan manfaat dan berguna bagi yang bakal menyambut cahaya mata nanti.