Take a fresh look at your lifestyle.

Kedai Makan Yang Sedap Di Bukit Jalil. Sesuai Untuk Makan Dengan Family.

0 616

Pavilion Bukit Jalil merupakan salah satu pusat membeli belah selepas pembinaan itu siap sepenuhnya. Mereka menjangkakkan seramai 3 juta pengunjung setiap bulan. Ini merupakan sebilangan jumlah pengunjung yang akan membeli-belah, mencari hiburan dan juga makanan.

Dalam kesibukan membeli-belah, jangan lupa untuk usha tempat-tempat yang menarik untuk mengisi perut! Memang banyak restoran dan kedai makanan yang enak-enak di pusat beli belah ini.

Jadi jika korang adalah salah satu daripadanya, berikut adalah senarai tempat makan yang sering menjadi tumpuan orang ramai.

5 Tempat Makan Yang Menjadi Pilihan

1. Pavilion Bukit Jalil #Sedap by Grandmama’s

sumber: placesandfood

Datanglah bersama keluarga untuk menikmati hidangan di Grandmama’s yang menawarkan set menu eksklusif ‘Nasi Dulang Bukhari’ dengan pelbagai hidangan utama seperti ‘peha kambing rebus,’ ‘ayam panggang kunyit,’ ‘makanan laut,’ dan ‘daging rebus’. 

Persekitaran restoran ini sangat luas, selesa dan sesuai untuk mereka yang datang bersama ahli keluarga mahupun dengan rakan-rakan. Kepada mereka yang inginkan sesuatu yang lebih ringan seperti kudap-kudapan tempatan, korang boleh ke Sedap by Grandmama’s.

2. D’Laksa

Teringin nak makan asam pedas? Jom kita ke D’Laksa untuk menikmati hidangan yang penuh keenakan seperti ‘Asam Laksa’, ‘Asam Lobsterball’, ‘Asam Fishball’ dan makanan kegemaran ramai di Malaysia – ‘Fruit Rojak’. 

Korang tidak perlu menunggu lama untuk menikmati hidangan di sini kerana semuanya dihidangkan dengan pantas. Harus dikunjungi terutamanya bila perut sudah berkeroncong dan masa agak terhad.

korang boleh dapatkan voucher makanan kat sini 

3. Two Cents Hot Wings

sumber: lemon8

Kedai yang baharu dibuka, Two Cents Hot Wings salah satu tempat yang harus dikunjungi bagi mereka yang suka makanan pedas. Hidangan ‘buffalo wings’ ditawarkan dengan pelbagai tahap kepedasan dari ‘golden teriyaki’ sehinggalah ‘ghost pepper’. 

4. Mee Hiris China Muslim

Bagi korang yang inginkan kelainan dan ingin merasa makanan cina? jom kunjungi restoran Mee Hiris Cina Muslim yang menawarkan masakan halal dari wilayah utara negara China.

Terkenal dengan mi yang dibuat secara dihiris, daging rebus empuk dan ladu yang enak, pastinya restoran ini akan menawan hati dan selera korang ketika menikmati juadah tersebut. 

5. Pavilion Bukit Jalil #Simple Life

sumber: simple life

Simple Life! menawarkan juadah yang berasaskan sayuran yang menjadi kegemaran untuk korang yang inginkan sesuatu yang lebih sihat dan segar.

Dan paling utama adalah ia menggunakan bahan-bahan organik. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba nasi perang, set nasi dengan pelbagai bijirin dan cendawan goreng. 

3 Senarai Tempat Minum Jadi Pilihan

1. Pavilion Bukit Jalil #Bo The Avocado

Avokado merupakan sejenis makanan berkhasiat yang diberi status superfood. korang boleh mendapatkan kebaikan avokado dalam bentuk smoothie di Bo The Avocado.

Buah ini kaya dengan serat, folate, kalium, vitamin E, dan magnesium. Selain itu, korang juga boleh mencuba makanan yang berasaskan avokado seperti Roti Bakar Avokado dan Kek Keju Limau Avo.

2. Go Cocounts

Go Coconuts menawarkan pelbagai minuman yang berasaskan kelapa. Kaya dengan elektrolit dan kalium, air kelapa adalah minuman yang sesuai untuk menghidratkan semula badan setelah seharian berjalan di Pavilion.

Di Go Coconuts, korang boleh menikmati kebaikan air kelapa dengan pelbagai cara – sebagai minuman kocak (shake) dalam kopi atau dicampurkan dengan buah-buahan serta dalam puding! Memang menyegarkan dan berkhasiat.

3. Pavilion Bukit Jalil #Juicy

Juicy menawarkan pelbagai minuman berasaskan buah-buahan seperti mangga, lemon, avocado dan tembikai susu. Jenama popular ini telah bekerjasama dengan pengedar buah-buahan tempatan untuk memastikan kesegaran buah-buahan yang digunakan untuk membuat jus.

Antara kedai manisan yang popular

Kepada penggemar manisan, dapatkan kurtoskalacs, sejenis snek pastri manis tradisional negara Hungary di Rollney. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau dengan aiskrim cokelat atau vanila.

Singgah ke Yogurt Cow untuk menikmati minuman dadih (yoghurt) yang rendah gula dan rendah kalori dengan perisa buah-buahan yang menyegarkan

Gemarkan cendol? Jom ke Kwong Wah Ice Kacang untuk menikmati  Ais Kacang dan Cendol yang terbaik di sini! Turut disajikan di sini adalah makanan kegemaran tempatan seperti Asam Laksa dan Chee Chong

Dapatkan susu kocak (milkshake) yang pekat di Perfect Ice, di mana korang boleh mendapatkan minuman yang sejuk dan menyegarkan ini dalam pelbagai perisa seperti pisang, vanila dan juga coklat pudina! Korang juga boleh mencuba aiskrim, croffle, snek Korea seperti Tteokbokki dan Kepak Goreng Korea di sini.

sebelum itu jangan lupa singgah di The Food Merchant. Kedai ini menawarkan pelbagai produk runcit untuk memasak dan sebagainya. Di sini, korang pasti rambang mata untuk memilih pelbagai jenis buah kurma dan manisan dari Timur Tengah seperti baklava dan halwa Turki.

Semoga ini membantu korang semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.