Take a fresh look at your lifestyle.

Dengarkan Surah Al-Mulk Supaya Bayi Tenang Semasa Tidur Dan Tidak Mudah Terkejut

0 59

Membaca surah al-Mulk sebelum tidur secara konsisten dapat membantu mengawal pemikiran anak-anak semasa tidur dan dapat melelapkan mata dengan nyenyak. Ini kerana, rutin sebelum tidur anak-anak itu sangat penting.

Antaranya ialah memberus gigi sebelum tidur, baca buku sebelum tidur atau memberi belaian manja terhadap anak tercinta. Rutin ini haruslah dilakukan secara berterusan agar dapat menyediakan mindset untuk tidur.

Dengan cara ini, anak-anak akan lebih mudah untuk tidur dan mendapat rehat yang cukup jika rutin ini dilakukan secara konsisten. Malahan, rutin ini juga dapat melatih anak-anak untuk menepati masa yang sewajarnya.

sumber: beritaharian

Selain itu, amalan membaca surah ini sebelum tidur juga dikatakan ayat sebagai pelindung diri daripada seksaan kubur. Sambil itu, ibu ayah juga boleh ceritakan betapa Allah sayangkan kita. Sehinggahkan diturunkan surah dalam Al-Quran untuk melindungi kita daripada azab neraka.

Boleh juga ceritakan kehebatan al-Quran jika rajin membaca dan megamalkannya. Ayah ibu juga boleh ceritakan perjalanan manusia tidak hanya berakhir didunia.

Sekiranya ayah ibu mempunyai matlamat untuk melahirkan anak yang soleh, bahagia di dunia dan akhirat. Itu adalah lebih mudah dicapai sekiranya menjadikan rutin baca al-Quran setiap hari.

Dapatkan zikir yang menenangkan untuk tidurkan baby kat sini. Just cucuk kat usb je. Mudah

Surah pelepasan bagi menghindari azab neraka

Manfaat surah ini adalah surah yang memberi keamanan dan keselamatan kerana ia menyelamatkan pengamalnya daripada seksa kubur. Sejarah turut membuktikan seperti yang berlaku pada zaman Rasulullah S.AW. Ibnu Abbas menceritakan:

”Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka bahawa ia adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada dalam khemah, mereka tiba-tiba mendengar suara orang membaca surah al-mulk dari mula sehinggalah ke akhirnya.

Suara tersebut datangnya dari dalam tanah. Tahulah sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah S.A.W. Lalu baginda bersabda yang bermaksud: Surah al-mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindarkan pembacanya dari azab neraka.”

Baca juga tips untuk ajar anak solat dengan mudah kat sini

Kelebihan surah al-Mulk yang lain. Antaranya ialah;

  • Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, ”Aku sungguh gembira sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah al-mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
  • Rasulullah bersabda, ”Barang siapa membaca surah al-mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”
  • Rasulullah bersabda, ”Sesiapa yang membaca surah al-mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan munkar dan nakir.”
  • Rasulullah bersabda, ” Sesungguhnya dalam al-quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah al-mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke syurga.”
  • Saiyidina’ Ali berkata: ”Barang siapa yang mengamalkan surah al-mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”
  • Ulama berkata: ”Sesungguhnya surah Yasin dan surah al-mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barang siapa mengamalkannya nescaya ia memperoleh rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan menjadi hebat pada pandangan makhluk.”
  • Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: ”Barangsiapa yang membaca surah ini sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah S.W.T di dalam kuburnya. Apabila azab hendak datang ke bahagian kepala, terdengar satu seruan: ”Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah al-mulk.”

Justeru, ibu ayah perlu biasakan diri untuk membaca ayat ini ketika waktu tidur anak-anak agar minda mereka tidak sepenuhnya fokus terhadap dunia dan menikmati tidur yang lebih lena.

Semoga artiketl ini dapat membantu para ayah ibu di luar sana.

Leave A Reply

Your email address will not be published.