Risiko Pakai Inai Yang Ramai Tak Tau
Ramai yang masih tak tahu tentang risiko pakai inai. Namun kini pemakaian inai sudah menjadi trend sehingga ada beberapa selebriti mula memperkenalkan jenama pewarna kuku halal sendiri.
Jika dulu inai hanya dipakai ketika majlis perkahwinan atau sekadar mengikut adat.
Kini ia dianggap sebagai trend kecantikan seperti pewarna kuku.Mungkin ada dikalangan kita rasa terkejar demi mengikuti ‘beauty trend’ini. Jangan lupa, inai yang telah diproses tidak sama dengan daun inai yang dipetik luar rumah.
Sebaiknya selidik dahulu bahan yang ada di dalam produk inai. Tidak kiralah dijual oleh selebriti, toko jamu mahupun pengedar inai biasa.
Inia Mengandungi Bahan Kimia
Terdapat sesetengah inai di pasaran mengandungi Paraphenylenediamine (PPD). Ia merupakan salah satu punca utama kenapa perlu lebih waspada jika ingin pakai henna di tangan.
Berinai itu mungkin tidak begitu berbahaya jika korang menggunakan inai dengan warna semula jadi seperti warna merah, coklat atau oren. Pun begitu, akan timbul masalah jika inai yang digunakan itu adalah inai hitam kerana ia mengandungi bahan kimia paraphenylenediamine (PPD).
Dan menurut Pengarah Cosmetic, Toiletry & Perfumery Association (CTPA) Dr Chris Flower, PPD boleh menyebabkan punca kerengsaan dan keradangan pada kulit.
Disebabkan bahan kimia itu, penggunaan inai hitam pada rambut, kuku dan kulit adalah tidak digalakkan. Kerana ia akan memudaratkan pengguna seperti meninggalkan parut kekal.
PPD pada dasarnya adalah selamat untuk digunakan, biasanya digunakan di dalam proses pembuatan pewarna solekan termasuk inai. Namun ia membawa kesan sampingan jika terlalu tinggi jumlah kandungan dalam produk tersebut.
kesan Risiko Pakai Inai Pada Kulit
Untuk pengetahuan semua, inai buatan mempunyai kesan yang bahaya pada kulit korang. Sekiranya ia mengandungi bahan kimia yang boleh memberi kesan sampingan seperti berikut;
1. Rasa pedih pada kulit
Pemakaian henna yang tidak sesuai pada kulit boleh meningkatkan risiko kerengsaan dan keradangan kulit, dan sekali gus mengakibatkan rasa pedih yang tidak selesa.
Rasa pedih tersebut mungkin boleh diibaratkan seperti rasa kulit sedang melecur. Hal ini mungkin boleh hilang secara sendiri jika dibiarkan tanpa ubatan atau rawatan seiring waktu.
2. Menyebabkan Reaksi Alergi Pada Kulit
Sekiranya korang mempunyai kulit yang sensitif, maka risiko untuk mengalami reaksi alergi pada kulit ini adalah lebih tinggi berbanding dengan yang mempunyai kulit normal.
Kesan daripada reaksi alergi ini, kemungkinan besar kulit akan mengalami kemerahan, kegatalan dan ketidakselesaan sehingga memerlukan rawatan lanjut dengan segera.
3. Memanjangkan Tempoh Inai Melekat
Penggunaan inai semula jadi yang berwarna merah, coklat atau oren itu biasanya akan mengambil beberapa tempoh tertentu untuk melekat pada kulit.
Namun begitu, sesetengah inai yang berada dipasaran berwarna hitam dan dicampur dengan bahan kimia, supaya ia melekat lebih lama dan akhirnya amat sukar untuk ditanggalkan jika tidak di perlu lagi.
Risiko Parut Kekal Akibat Inai Hitam!
Selain daripada 3 kesan negatif diatas, terdapat juga akibat jangka masa panjang yang sudah pasti pengguna harus elakkan iaitu parut kekal akibat dari bahan kimia.
Nak selamat, korang boleh pakai serbuk inai daun macam ni. Asli dan selamat.
Terdapat satu kes yang melibatkan seorang wanita di mana tangannya mula timbul gelembung air selepas terlalu lama menggunakan inai hitam. Akhirnya, gelembung itu terpaksa dibuang melalui pembedahan minor dan ia telah jadi punca parut yang kekal pada kulit tangan wanita tersebut.
Setelah disiasat dengan lebih terperici, dipercayai bahawa inai yang digunakan memang tinggi dengan kandungan bahan kimia iaitu PPD. Malahan, ditambah pula dengan wanita tersebut mempunyai kulit sensitif sehingga ia menimbulkan tindakbalas sedemikan rupa.
Disebabkan kes tersebut, orang ramai telah dinasihatkan untuk tidak menghias kulit dengan henna ekoran bahan kimia yang berbahaya terdapat di dalamnya.
Kesimpulannya, sila gunakan inai dengan lebih waspada agar tidak mendatangkan kemudaratan pada diri. Sebenarnya, tidak salah untuk korang menggunakan inai pada kulit, kuku atau rambut asalkan produk itu selamat digunakan dan bebas dari bahan kimia.
Sebaiknya, sila berhubung dan berkonsultasi dengan doktor pakar dermatologi terlebih dahulu sebelum membeli atau mengguna sebarang produk inai.