Take a fresh look at your lifestyle.

7 Kebaikan Halia Yang Ramai Tak Tahu

0 159

Kebaikan halia banyak memberi manfaat kepada kesihatan kita, tapi tak ramai yang tau tentang ini.

Ia bukan sahaja merupakan bahan asas dalam masakan tetapi juga mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan. Ia juga banyak digunakan di dalam makanan.

Tahu tak, satu dunia sentiasa menggunakan halia di dalam makanan hingga ke hari ini. Ia banyak tumbuh dan ditanam di negara yang bercuaca panas seperti di China, India, Afrika, Rantau Caribbean dan juga di Asia Tenggara.

Halia merupakan antara bahan yang versatil atau serba guna yang boleh ditambahkan dalam minuman smoothie, masakan sayuran, kari atau kuah sup, mahupun dijadikan teh halia. Dalam satu sudu kecil halia segar mengandungi 4.8 kalori, 1.07 gram karbohidrat, 0.12 gram serat diet, 0.11gram protein, 0.05 gram lemak dan 0.1 gram gula.

Semenjak zaman pemerintahan Dinasti China lagi, mereka telah menggunakan khasiat halia untuk merawat pelbagai penyakit seperti loya, radang, mengurangkan osteoarthritis, membantu mengawal kolesterol serta melegakan kesakitan ketika haid.

Selain itu, halia juga dapat membantu menurunkan berat badan, meredakan rasa pening serta melawan penyakit. Ia juga sangat berguna bagi wanita hamil.

Antara kebaikan halia terhadap kesihatan manusia

1. Membantu turun berat badan

Halia dipercayai mampu untuk menurunkan berat badan dengan cara membakar lemak dalam tubuh. Untuk mendapatkan manfaat ini, korang boleh amalkan makan halia segar.

Jika itu sukar untuk korang, boleh diambil dalam bentuk suplemen atau makanan tambahan kesihatan. Ini boleh membuat korang rasa kenyang setelah memakannya, dan sekali gus mengurangkan pengambilan makan.

Yang mana nak kurus tu boleh pakai lotion halia ni ye… mujarab!

2. Melegakan rasa loya

Halia juga diakui dapat meredakan rasa pening dan loya. Jika korang sedang mengalaminya, cubalah makan halia untuk kurangkan pening dan loya tadi.

Cara ini boleh dicuba pada wanita hamil yang kadangkala mengalami gangguan seperti sakit perut, rasa loya dan mabuk.

3. Legakan rasa kembung perut

Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan kita mengalami masalah perut kembung. Masalah ini termasuklah makan terlalu banyak, sering makan makanan berlemak dan merokok.

Sekiranya korang sering mengalami masalah sedemikian, cubalah minum secawan teh halia. Ini dikatakan dapat membantu melegakan perut korang yang tidak selesa akibat kembung.

Jika rasa kembung perut, boleh juga sapu lotion halia ini

4. Kebaikan halia #Cegah penyakit

Halia juga bermanfaat bagi mencegah penyakit jantung dan angin ahmar, kerana ia mampu mengurangkan kadar kolestrol dan gula dalam darah. Dan sekali gus ia dapat menjaga kesihatan pembuluh darah korang.

Selain itu, ia juga diakui dapat mencegah pembentukan kristal atau batu pada organ hempedu. Kebaikan halia pada kesihatan dikatakan menjadi lebih kuat apabila dimakan bersama dengan bahan lain seperti bawang merah dan bawang putih.

5. Menguatkan sistem imun badan

Mengamalkan pemakanan halia dalam rutin dapat memperkuatkan sistem kekebalan tubuh. Hal ini kerana terdapat kandungan vitamin C dan magnesium pada halia.

Halia juga mengandungi ‘shogaol’, ‘gingerol’, serta ‘zingerone’ yang berfungsi sebagai antioksidan bagi tubuh manusia. Antioksidan ini amat baik untuk melawan kesan dari radikal bebas.

6. Meredakan senggugut semasa haid

Sesetengah wanita mungkin mengalami kesakitan dan rasa tidak selesa semasa haid. Menurut beberapa kajian, pengambilan halia boleh membantu mengurangkan kesakitan semasa haid.

Sekiranya korang sering mengalami rasa nyeri iaitu rasa sakit seperti ditusuk-tusuk sewaktu haid, korang boleh cuba makan ekstrak halia bagi meredakan ketidakselesaan itu.

Boleh sapu lotion halia ini untuk kurangkan sakit senggugut

7. Kebaikan halia #Sumber antioksidan

Nak awet muda?

Halia adalah antara bahan yang dikatakan dapat membantu dalam proses penuaan. Kerana ia mengandungi sekitar 40 sebatian antioksidan.

Sumber antioksidan yang terdapat dalam halia disebut sebagai mampu memulihara kolagen kulit. Selain itu, ia dipercayai boleh meningkatkan penggantian sel tubuh, serta membantu menangani kulit yang kendur.

8. Membantu mengurangkan keradangan

Sekiranya korang mempunyai masalah keradangan sendi terutamanya pesakit penghidap osteoarthritis dan rheumatoid arthritis. Campurkan sedikit serbuk halia ke dalam teh.

Selain menambah rasa dan aroma teh, halia dikatakan mengandungi sebahagian daripada analgesik yang kuat. Dikenali sebagai ubat penahan sakit dan bersifat sebagai pencegah keradangan.

Halia amat berkesan bagi mengurangkan sakit dan bengkak bagi pesakit penghidap osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.

Dan sekiranya korang yakin dengan khasiat halia, korang boleh cuba amalkannya mulai sekarang dan rasai keberkesanannya.

Selamat Mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.