5 Jenis Biskut Yang Sesuai Dan Sedap Untuk Ibu Berpantang.
Sedang tercari-cari biskut untuk ibu berpantang? Jika ya, perkongsian kali ini sesuai untuk ibu yang sedang berpantang.
Kalau sebelum ini, ramai yang ingat ketika berpantang hanya boleh makan biskut kering sahaja. Dan mesti sesekali tu teringin nak makan biskut yang sedap kan.
Jangan risau ye ibu-ibu sekalian!
Ada je biskut untuk ibu berpantang. Yang penting, baca apa yang saya kongsikan ini sampai habis ye.
Perkongsian kali adalah untuk ibu-ibu yang gemar makan biskut tak kira lah waktu sarapan, minum petang atau pun sebagai kudapan.
5 Biskut Untuk Ibu Berpantang
Terdapat pelbagai jenis biskut yang boleh dimakan dan sesuai untuk yang berpantang.
Di samping dapat memberi tenaga kepada ibu untuk menjaga bayi yang baru lahir, dan juga dapat memeriahkan susu badan.
Berikut adalah biskut untuk ibu berpantang yang ibu-ibu boleh makan;
1. Jacob’s Hi-fiber cream crackers
Biskut Jacob’s hi-fiber cream crackers ini tidak asing lagi dikalangan orang ramai.
Biskut Jacob’s hi-fiber ini mengandungi sumber nutrien penting seperti Vitamin A, B1, B2, B3, B6, Kalsium, zat besi dan iodin.
Selain itu juga biskut jenama jacob’s ini mengandungi protein yang tinggi untuk perkembangan dan pertumbuhan.
Setiap pengambilan hidangan akan memberikan 10% Recommended Nutrient Intake (RNI) iaitu pengambilan nutrien yang disarankan untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan harian si ibu.
2. Munchy’s oat krunch nutty chocolate with hazelnut
Ha! ini juga merupakan salah satu jenama biskut kegemaran satu Malaysia. Kalau makan satu, tak cukup dan pasti nak lagi.
Tapi ibu-ibu kena jaga, kerana biskut ini mempunyai kadar kandungan gula dan garam.
Biskut munchy’s oat krunch nutty chocolate with hazelnut ini mengandungi kandungan gandum yang tinggi, bebas lemak, dan tiada bahan pengawet.
Selain itu, biskut ini juga mempunyai kombinasi campuran yang bagus diantara coklat dan kacang hazel. Kedua-dua kombinasi ini mengandungi asid oleik dan antioksidan yang tinggi.
Oat pula sesuai dimakan ketika berpantang untuk memberi tenaga dan menggalakkan susu badan.
Oleh itu, biskut munchy’s ini sesuai untuk dijadikan snek yang cepat dan mudah untuk ibu berpantang.
Baca juga tentang 10 tanda mengandungkan anak kembar di sini
3. Jacob’s weetameal wheat
Satu lagi biskut untuk ibu berpantang yang mempunyai rasa yang sedikt lebih manis berbanding Jacob’s hi-fiber cream crackers.
Biskut ini mengandungi peratus bijirin gandum yang kurang jika dibandingkan dengan Jacob’s hi-fiber cream crackers, iaitu 75% tetapi masih mengandungi gabungan nutrien dan vitamin yang penting.
Jadi biskut ini menjadi pilihan yang baik untuk ibu-ibu yang ingin mencari kudapan yang manis.
4. Quaker chocolate chips oat cookies
Untuk penggemar oat dan juga coklat, sudah tentu Quaker chocolate chips oat cookies sesuai untuk ibu ketika berpantang.
Biskut Quaker ini mengandungi bijirin oat yang tinggi dengan beta-glucan yang dapat membantu mengurangkan kolestrol, tekanan darah dan juga mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung.
Mungkin ini bukan perkara biasa, tapi ini penting untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh ketika berpantang.
Walaupun biskut ini mengandungi kadar gula yang tinggi dan kurang berkhasiat, namun dengan kandungan chocolate chips pada biskut ini sudah tentu dapat melunas rasa craving.
5. Chips lactation cookies biskut untuk ibu berpantang
Biskut chips lactation cookies dari LactaKiss ini merupakan jenama biskut untuk menggalakkan susu badan
Biskut ini mengandungi bahan-bahan laktogenik semula jadi dan sihat seperti oat, flaxseed organik, gandum dan malt tulen.
Bahan seperti laktogenik ini secara semula jadi berfungsi untuk merangsang kelenjar susu untuk meningkatkan bekalan susu ibu.
Biskut lazat ini dibakar lmbut dengan biji coklat jenam hershey’s memang terbukti lazat dan sesuai untuk ibu berpantang. Selain dapat memeriahkan susu badan.
Jadi, jika terasa lapar atau inginkan sesuatu untuk dikunyah dan memperbanyakk susu badan, biskut chips lactation cookies sudah tentunya pilihan yang tepat.
Selain daripada biskut, juga boleh ambil potongan buahan kering, roti atau buah segar ketika berpantang untuk mengalas perut diantara waktu makan berat.
Dengan cara ini dapat membantu memberi serat yang mencukupi serta melancarkan sistem penghadaman.
Senarai jenis biskut di atas adalah sebahagian biskut untuk ibu berpantang yang mudah didapati dipasar raya berhampiran mahupun secara online.
” INGAT! Pengambilan makanan yang seimbang ketika berpantang amat penting untuk dapatkan tenaga dan nutrisi yang mencukupi. Serta mempercepatkan penyembuhan luka bersalin.”
Pakai gel sejuk berangin ini 2 kali sehari dan gosok secara membulat. Lagi cepat berkesan pakai seluar dalam yang sampai atas pusat selepas pakai gel. Dapatkan di sini.