Take a fresh look at your lifestyle.

Hati-hati, jangan Sampai Makan Kentang Naik Tunas. Ini sebabnya!

0 41

Tak semua yang tau sangat pasal kentang naik tunas ni. Ramai yang anggap ia biasa sahaja.

Biasanya ini terjadi sebab kentang tu disimpan dalam jangka masa terlalu lama.

Selalunya kentang yang dah bertunas tu, ramai yang terus ambil untuk masak saja kerana sayang nak buang sebab disimpan dalam kuantiti yang banyak. Ha, itulah dilema ibu-ibu!

Tetapi, sebenarnya tindakan sebegitu perlu dielakka. Mengapa?

Berikutnya adalah sebab-sebab bahaya makan kentang naik tunas.

Tapi korang tahu ke, sebenarnya ada jenis kentang tak selamat dimakan oleh kita kerana ia mengandungi toksin berbahaya.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang kurang sedar perkara ini, tapi kalau nak tahu — kentang bertoksin ni adalah kentang yang sudah bertukar warna kulitnya kepada kehijauan sedikit dan mula mengeluarkan tunas-tunas baru.

1. Boleh sebabkan sakit perut

Kentang yang sudah bertunas warnanya akan berubah menjadi kehijau-hijauan. Rasa kentang pun jadi pahit sedikit. Keadaan inilah memberi bahaya pada sistem pencernaan kita sehingga boleh menyebabkan sakit perut. Kerana kentang tersebut sudah beracun.

Ia disebabkan adanya unsur kimia pada batang tunas kentang. Rupanya bukan setakat kentang, lobak merah, bawang bombay dan sebagainya jika sudah mengeluarkan tunas, ia tidak lagi sesuai untuk dimakan.

2. Kentang naik tunas #Sakit kepala

Jika anda mengambil dalam jumlah yang sedikit, ia mungkin tak memberi kesan.

Tapi jika makan dengan kadar yang banyak, ia berisiko bukan setakat mengganggu sistem pencernaan. Malah boleh menyebabkan mual, perut menjadi kejang, muntah dan sakit kepala.

3. Kentang Hijau Beracun

Kentang yang berwarna hijau ni biasanya kita jumpa pada kentang yang dah tersimpan lama sampai ia mengeluarkan tunas.

Ini kerana ia mengandungi solanin dan ada alkaliod jahat. Dalam tanaman kentang sendiri ada solanin, iaitu bahan kimia yang memberikan rasa pahit.

Dan ianya beracun. Solanin ini boleh ditemui pada daun batang dan sesetengahnya di bawah kulit ubi kentang itu sendiri. Sebab itulah anda perlu menanam saja bila kentang di dapur sudah bertunas.

Jika beli kentang, tengok yang warna yang semacam ini

4. Kentang naik tunas #Kehilangan Nutrisi

Semasa kentang bertunas, pati yang ada di dalam kentang akan diubah menjadi gula. Penyelidik mendapati sekiranya bahagian utama kentang masih kuat, ia masih mempunyai nutrisi yang baik. Sebaliknya jika keadaan kentang itu mengecut, ia tidak boleh dimakan. Nutrisinya hilang sama sekali.

5. Mengundang Risiko Kanser

Dalam kentang terdapat sejenis zat beracun dipanggil akrilamida. Dalam kajian yang dijalankan, akrilamida dalam makanan boleh menyebabkan kanser yang menyerang ginjal, endometrium dan ovari.

Sebab itu dilarang menyimpan kentang dalam peti ais. Sebaiknya simpan di kawasan yang gelap yang tidak terkena matahari. Ini untuk mengelakkan kentang daripada bertunas. Kentang yang sudah bertunas sudah tentu mempunyai akrilamida yang banyak.

Bahaya Makan Kentang Bertunas & Berwarna Hijau Sebab Beracun?

Betul, kentang (Solanum tuberosum) yang bertunas atau berwarna hijau menunjukkan kehadiran bahan kimia semulajadi yang bersifat toksin iaitu alkaloid glikosida seperti solanin (struktur kimia di bawah).

Selain daripada kentang, bahan kimia toksin ini juga terdapat pada tomato (Solanum lycopersicum), terung (Solanum melongena), iaitu tumbuhan dari genus Solanum.

Kehadiran bahan kimia toksin ini dapat dilihat dengan adanya warna hijau pada ubi kentang. Warna hijau ini sebenarnya disebabkan oleh kehadiran bahan kimia klorofil, namun meningkatnya klorofil ini menandakan banyaknya bahan kimia solanin terbentuk di situ.

Selain daripada warna hijau dan tunas sebagai penanda, bahagian kentang ini juga berasa pahit. Dan semakin tinggi terang warna hijau, semakin tinggi juga kandungan toksin yang wujud.

Bahan kimia toksin ini sebenarnya dihasilkan pada tunas sebagai salah satu cara (aka mekanisma) pertahanan ubi kentang untuk memastikannya tidak dimakan, serta tumbuh dan membesar dengan jayanya.

Yang suka makan kentang spiral tu, korang boleh buat sendiri je. Tengok sini

Jadi, Ubi Kentang Ini Sudah Tidak Boleh Dimakan?

Boleh, dengan membuang bahagian yang ditumbuhi tunas atau bahagian yang berwarna hijau. Ini kerana bahan kimia toksin ini hanya tertumpu pada tunas dan berhampiran kulit kentang yang berwarna hijau sahaja

6 Tip Pilih Kentang Terbaik

  • Permukaan kentang biarlah yang licin
  • Permukaan kulit kentang yang licin dan tak beralun mempunyai rasa yang manis berbanding permukaan kulit kentang yang kasar.
  • Kalau berat, dah betullah Tu. Kentang yang baik, ia berat. Mak-mak takkan jumpa lubang dekat permukaannya, tak merekah apatah lagi busuk pada sesetengah bahagian.
  • Cari yang kulit tebal dan ada garisan warna coklat pada kulitnya.
  • Warna kentang kena kuning muda
  • Jangan sesekali ambil kentang yang berwarna hijau. Ia sudah mengandungi racun sebenarnya. Nanti rasanya pahit dan boleh menyebabkan sakit perut.
  • Jangan pilih yang dah bertunas. Dah taukan sebabnya, jadi bila nampak yang dah bertunas elakkan membeli. Melainkan anda mahu menanamnya di rumah untuk dijadikan ubi kentang.
  • Kalau hendak membuat kerepek, pilihlah kentang yang bersaiz besar. Jika mahu dijadikan kentang bakar, yang kecil sudah memadai. Malah rasanya lebih manis.
  • Jangan simpan dalam Plastik. Seeloknya segera keluarkan kentang yang beli di pasaraya dari dalam plastik. Ini untuk mengelakkan daripada ia cepat busuk. Tak perlu dicuci, sebaiknya simpan dalam bekas yang tidak terdedah dengan matahari.

Leave A Reply

Your email address will not be published.