Take a fresh look at your lifestyle.

Pakej Bersalin Di Hospital Putrajaya

0 65

Untuk yang nak tau Pakej Bersalin Di Hospital Putrajaya boleh tengok lebih details kat bawah ni ye…

Secara umumnya pemilihan hospital bersalin sangat penting bagi ibu yang bakal melahirkan cahaya mata. Bagi dapatkan pengalaman yang indah dan terbaik ketika bersalin, korang juga perlu buat anggaran kos bersalin pada hospital tersebut.

Tahukah korang, selain daripada hospital yang terletak dalam Koridor Raya Multimedia, hospital Putrajaya juga merupakan hospital yang terbaik di Malaysia.

Hospital ini diurus dan diselenggarakan menggunakan Sistem Maklumat Hospital Penuh ( Total Hospital Information System – T.H.I.S ).

Pakej Bersalin Di Hospital Putrajaya

Menawarkan Skim Pesakit Bayar Penuh ( FPP )

Apa itu FPP?

Skim Pesakit Bayar Penuh ( FPP ) ini diperkenalkan pada tahun 2007. Melalui skim ini pesakit boleh mendapat rawatan daripada pakar perubatan pilihan pesakit sendiri.

Serta mendapat kemudahan lain bergantung kepada sumber, bidang kepakaran dan kemudahan sedia ada di hospital Putrajaya.

Semua pesakit FPP akan dikenakan bayaran bagi setiap rawatan yang diberikan atau prosedur yang dijalankan oleh pakar perubatan pada harga yang kompetitif.

Tidak lupa pada polisi hospital termasuk lah waktu melawat, dan larangan melawat bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah hendak lah dipatuhi oleh semua pesakit FPP.

Faedah kepada pesakit

  • Pesakit boleh memilih pakar yang dikehendaki.
  • Pesakit dapat menikmati kemudahan seperti wad kelas pertama dan Eksekutif

Syarat dan terma untuk pesakit FPP

  • Warganegara dan bukan warganegara
  • Kakitangan kerajaan yang memilih skim FPP
  • Kakitangan sektor korporat / swasta dimana majikan / organisasi mereka bersetuju untuk menanggung perbelanjaan perubatan.
  • Bersetuju untuk membayar semua caj perubatan hospital dan menandatangani borang persetujuan.

Perkhidmatan / rawatan pakar ditawarkan

  • Rawatan pesakit luar
  • Rawatan pesakit dalam
  • Rawatan harian

Caj hospital

Pesakit dikehendaki untuk membuat bayaran pendaftaran dan konsultasi seperti yang dinyatakan dibawah;

keswaktu klinik 8pagi – 5petangselepas waktu klinik
pendaftarankonsultasipendaftarankonsultasi
BaruRM 10RM 100RM 10RM150
Ulangan Tiada cajRM 60Tiada cajRM 90

Bayaran katil untuk pesakit dalam

KelasPerubatan/Pembedahan/Obstetrik & Ginekologi
Eksekutif ( 1katil/ 2akatil )RM 300 sehari
Kelas pertama ( 1 katil )RM 160 sehari
Kelas pertama ( 2 katil )RM 130 sehari
Kelas pertama ( 4 katil )RM 80 sehari

Bayaran untuk Unit Rawata Rapi

  • Daily care bed each case RM 70 sehari
  • Critical/Intensive care bed RM 400 sehari ( max 14 hari )
  • Coronary care bed RM 400 ( max 14 hari )
  • Neonatal intensive care bed RM 200 ( max 14 hari )
  • Priority intensive care bed RM 160 ( max 14 hari

Lain-lain caj

  • Dewan bedah – RM 250 sejam atau sebahagian daripadanya.
  • Dewan bersalin – RM 250 sejam atau sebahangian daripadanya.

Dan sebagai rujukan tambahan saya akan lampirkan sekali kadar deposit terbahru hospital Putrajaya.

Obstetrical dan Gynaecology Hospital Putrajaya

Jabatan O&G hospital Putrajaya terdiri daripada dua wad yang masing-masing mempunyai 28 buah katil. Satu wad kelahiran dan bersalin dengan 10 buah bilik suite bersalin dan klinik specialist pesakit luar.

Wad ini terletak di tingkat dua ( 2 ), wad bersalin dan kelahiran berada di tingkat satu ( 1 ), dan manakala klinik pesakit luar ( SOC ) di tingkat bawah.

Pada masa ini terdapat seorang ( 1 ) pakar O&G, dua ( 2 ) pegawai perubatan, lima ( 5 ) jururawat terlatih dan empat ( 4 ) jururawat masyarakat.

Kemudahan

  • Antenatal care
  • Postnatal care
  • Gyenaecology servis

Jenis bilik

Wad obstetrical

  • Bilik penyusuan bayi
  • Kaunter jururawat

Wad gynae

  • Bilik 4 katil
  • Bilik 2 katil dan katil single
  • Bilik prosedur

Labour & Delivery suite

  • Suite bersalin
  • Kaunter admin
  • Ruang menunggu

Keistimewaan pesakit dalam

  • Pembedahan penjagaan harian
  • Wad Obstetrick & Gynaecology
  • Pembedahan
    • mejar dan kecil
    • pendidikan elektif dan kecemasan melalui brosur dan vedio
  • Lain-lain;
    • kaunseling
    • persekitaran mesra suami
    • konsep mesra bayi

Baca juga tentang cara mudah bersalin di sini

Perkhidmatan

Secara umum, terdapat dua ( 2 ) aspek utama perkhidmatan yang perlu diutamakan pada rawatan pesakit luar dan pesakit dalam. Rawatan pesakit luar termasuk antenatal, postnatal dan masalah gynaecology.

Bagi rawatan pesakit dalam pula termasuk persalinan dan kelahiran, operasi elektif O&G dan kecemasan, dan perkhidmatan penjagaan harian ( termasuk pembedahan ).

Terdapat perkhidmatan lain seperti pendidikan kepada pesakit dan kakitangan, serta rekod kesihatan.

Waktu melawat

Keluarga dan kawan korang dialu-alukan untuk datang melawat sepanjang korang berada di wad. Namun harus lah mengikuti SOP melawat yang telah ditetapkan oleh pihak hospital.

Waktu melawat

  • 12:30 tengahari – 2:00 petang
  • 4:30 petang – 7:00 malam

Hanya dibenarkan seorang pelawat dalam satu masa.

Memandangkan ramai yang sedang menunggu Due Date, pakej di hospital Putrajaya highly recommended bagi korang yang tinggal di Putrajaya dan sekitarnya.

Untuk dapatkan pengalaman bersalin yang terbaik, korang perlu buat sedikit penyelidikan tentang hospital tersebut.

Harap perkongsian saya ini dapat membantu korang memilih hospital bersalin yang terbaik.

” One of the hospital accredited by the Malaysia Society For Quality In Health ( MSQH )- Hospital Putrajaya “

Pakai gel sejuk berangin ini 2 kali sehari dan gosok secara membulat. Lagi cepat berkesan pakai seluar dalam yang sampai atas pusat selepas pakai gel. Dapatkan di sini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.