Take a fresh look at your lifestyle.

6 Ubat Gigi Bayi Terbaik Untuk 7 Bulan Ke Atas

0 33

Untuk artikel kali ini saya akan kongsikan beberapa produk ubat gigi bayi untuk 7 bulan keatas. Sememangnya pada usia bayi 6 bulan dan keatas akan mula mengalami pertumbuhan gigi susu.

Penjagaan mulut bayi sudah dititikberatkan sejak lahir lagi agar kesihatan mulut sentiasa terjaga. Begitu juga dengan gigi, sebaik sahaja gigi tumbuh parents digalakkan membawa si manja untuk pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.

Ataupun mengamalkan rutin membersihkan gigi setiap hari dengan menggunakan ubat gigi yang sesuai. Apakah ada ubat gigi yang sesuai untuk bayi?

Sudah tentu ada! Saya akan senaraikan beberapa cadangan jenama produk ubat gigi yang selamat dan sesuai untuk si manja.

Ini Antara 6 Jenis Ubat Gigi Bayi Yang Menjadi Pilihan Ibu

1. Ubat gigi bayi #Jack N’ Jill Natural

Ubat Gigi jenama Jack N ’Jill ini menjadikan memberus gigi menjadi sangat mudah dan menyeronokkan bagi setiap anak kecil. Walaupun bayi mempunyai kecenderungan untuk menelan bukannya meludah, tetapi parents tak perlu risau kerana ubat gigi ini selamat jika ditelan.

Dan apa yang paling digemari ramai ialah ubat gigi ini diperbuat daripada bahan semulajadi dan bersifat hypoallergenic serta bebas SLS dan fluorida. Produk ini juga dirumus khas dengan adanya Xylitol dan calendula bagi membantu menenangkan gusi dan mengawal kerosakan gigi.

Baca juga tentang baby teether terbaik untuk si comel kat sini

2. Splat baby banana-apple

Splat Baby salah satu ubat gigi yang mengandungi 99.3% kandungan semula jadi yang berkesan dan selamat untuk ditelan, serta merupakan ubat gigi bayi untuk perlindungan rongga total.

Diformulasikan untuk menguatkan enamel gigi, melindungi gusi dan mengurangkan kepekaan semasa tumbuh gigi. Selain itu keberkesanannya telah terbukti secara klinikal.

Produk ini dihasilkan daripada ekstrak herba chamomile, calendula, cranberry, Aloe Vera dan juga L-Arginine bagi memberikan kesan menenangkan.Bebas dari pudina, fluorida, parabens, SLS / SLES, triclosan, chlorhexidine, abrasive agresif, pewarna dan pewangi sintetik, alkohol, peroksida, etoksilat alkohol, sakarin, GMO, gluten, produk petroleum halus.

3. Buds Oral Gel for Baby Teeth and Gums

Produk Buds Oral Gel telah diiktiraf oleh Ecocert sebagai gel ubat gigi bayi berasaskan organik serta bebas dari bahan pengawet dan fluorida.Gel pembersih ini bertindak membersihkan dan menenangkan gusi bayi dan melindungi gigi yang baru tumbuh dengan sangat lembut.

Gel oral ini sangat ringan, berkesan dan diformulasikan menggunakan kombinasi jus daun Aloe Vera dan Silica untuk membersihkan gigi dan gusi.Jus daun Aloe Vera juga melegakan sakit gusi bayi dan berfungsi secara sinergis dengan Xylitol yang berasal dari tumbuhan untuk melindungi gigi yang baru terbentuk.

4. Marcus & Marcus toothpaste

Ubat gigi bayi Marcus & Marcus produk yang berasal dari Switzerland ini telah diformulasikan khas untuk bayi dan kanak-kanak.Ia mengandungi ekstrak Edelweiss yang bersifat anti-bakteria dan anti-radang,untuk meningkatkan penjagaan mulut yang sihat untuk bayi di awal pertumbuhan gigi.

Produk ini selamat digunakan sekiranya ditelan, ia juga tidak mengandungi warna tiruan, bebas paraben, bebas gluten dan SLS serta fluorida.

5. Ubat gigi bayi #K-MOM toothpaste

Didatangkan dari Korea dan sememangnya jenama produk ini menjadi pilihan ramai parents diluar sana. Mengandungi 97.58% bahan semulajadi serta extra calendula dan juga mendapat pengiktirafan dari USDA.

Ini kerana ia sesuai untuk bayi berusia 6 bulan dan keatas yang tidak dapat meludah sendiri.Selain itu ia juga sesuai untuk gigi bayi tumbuh dengan baik ini tanpa tambahan bahan makanan haiwan, minyak mineral, paraben, warna tar, sakarin, SLS, pigmen, silika, fluorida.

Produk ini selamat untuk ditelan dan mempunyai perisa strawberi yang semulajadi. Cara penggunaan cukup hanya gunakan sedikit K-mom toothpaste dan sapukan pada gusi dan gigi. Bersihkan gusi dan gigi dengan kain kasa.

6. Ubat gigi bayi #Mama’s Choice

Ubat gigi dari produk Mama’s Choice ini merupakan pilihan yang tepat buat si kecil. Kerana produk ini selamat, semulajadi dan halal. Selain itu, produk gel pembersih gigi ini bebas alkohol, fluorida dan diuji secara dermatologi.

Ia menggunakan formulasi agen perlindungan yang berganda untuk menjaga kesihatan mulut dan gigi bayi. Apa yang best sekali, tidak perlu risau jika si kecil tertelan kerana ia adalah produk food-grade.

Dengan bahan semulajadi & selamat, ubat gigi ini tidak akan memberi apa-apa kesan pedih, pedas atau membahayakan kesihatan.

Dibuat menggunakan calendula organik sebagai agen anti-bakteria dan perlindungan gusi dan juga mengandungi xylitol untuk mencegah kerosakan gigi dan kaviti.

Didatangkan dengan 2 perisa iaitu strawberi dan bubble gum serta sesuai digunakan untuk bayi usia 6 bulan hingga 3 tahun.

Itulah dia antara 6 cadangan produk ubat gigi yang sesuai dan selamat untuk bayi berusia 6 bulan. Penjagaan kesihatan mulut diawal usia bayi sememangnya bagus.

Tetapi parents kena ambil tahu setiap bahan yang digunakan dalam pembuatan ubat gigi adalah sesuai untuk usia bayi. Pastikan ia selamat digunakan untuk bayi bagi memastikan kesihatan mulut bayi sentiasa terjamin dan kekal bersih.

Leave A Reply

Your email address will not be published.