Take a fresh look at your lifestyle.

Isteri Minta Duduk Rumah Sendiri Lepas Kahwin-Ini Sebab Utamanya

0 208

Isteri minta duduk rumah sendiri lepas kahwin… ada sebabnya

Sememangnya impian bagi setiap pasangan yang telah berkahwin untuk hidup berdikari. Namun, ada yang masih memilih untuk tinggal bersama ibubapa.

Bagi yang memilih untuk duduk rumah sendiri selepas kahwin, itu adalah satu keputusan yang sangat bijak. Mengapa saya berkata sedemikian, kerana sebagai manusia biasa pasti tidak lari dari melakukan kesalahan. Selain, banyak hati yang perlu kita jaga.

Maklum lah, apabila sudah mengahwini pasangan kita bukan sahaja berkahwin dengan dirinya, bahkan juga masalah dan ahli keluarganya.

Dalam agama juga menggalakkan pasangan suami isteri duduk di rumah sendiri lepas berkahwin. Namun kena ingat, ini bukan lah satu tiket kita untuk mengabaikan orang tua, tidak.

Dan tujuan agama tidak menggalakkan kita tinggal sebumbung dengan ahli keluarga yang lain mahupun mertua, adalah ada beberapa perkara di antara kita dan pasangan yang harus dirahsiakan dan perlu kekal di balik tirai atas dasar privasi.

Antara Sebab Isteri minta Duduk Rumah Sendiri

Untuk menjaga aurat

Jika dalam rumah itu terdapat ramai adik-beradik yang sudah berkahwin, yang belum kahwin atau ada abang ataupun adik yang belum berkahwin sebaiknya carilah rumah sendiri.

Sebab apa? Sebab nak jaga aurat isteri. Menjaga kehormatan isteri dari pandangan lelaki ajnabi lain. Seperti ipar, biras, adik atau abang lelaki.

Disamping dapat mudahkan isteri menyusukan anak, pergi mandi, dan berpakaian ketika berada dalam rumah.

Duduk rumah sendiri sebab nak privasi

Sebagai pasangan yang baru berkahwin, sudah tentu nak bermanja dan bergurau dengan pasangan. Tetapi apabila duduk di rumah mertua kita perlu menjaga batas.

Bagi pasangan yang baru berkahwin banyak perkara yang perlu difahami dan belajar tentang pasangan masing-masing.

Jadi apabila berada di rumah sendiri, lebih mudah untuk kita menjadi akrab dengan pasangan. Karena tidak ada batasan apapun yang menghalang kita buat apa saja bersama pasangan.

Duduk rumah sendiri lebih berdikari

Apabila duduk di rumah sendiri secara automatiknya kita akan pandai berdikari. Jika dibandingkan dengan tinggal di rumah mertua lain ceritanya.

Adakalanya kita akan terasa teragak-agak untuk menghulurkan bantuan, kerana takut salah cara. Maklumlah lain orang, lain caranya.

Dan yang lebih parah lagi akan mewujudkan salah faham antara kedua belah pihak.

Untuk mengelakkan terjadinya salah faham

Apabila duduk sebumbung dengan mertua memang akan banyak perkara yang mereka tidak setuju. Walaupun perkara itu sebenarnya logik dan betul.

Jika ini berlaku, maka isteri tidak salah minta duduk rumah sendiri selepas berkahwin.

Baca juga – 5 soalan popular ketika mengandung

Untuk merancang kewangan keluarga

sumber: unsplash.com

Jika nak duduk dengan mertua tu tak jadi masalah. Tapi bila duduk dalam rumah tu bersama ipar-duai tentu akan timbul isu bab perbelanjaan. Bila nak beli barang dapur banyak takut ada yang lepas tangan, tapi kalau beli sikit tak sampai seminggu dah habis licin.

Kalau duduk rumah sendiri hujung bulan makan telur atau ikan kering pun dah cukup, sementara tunggu gaji masuk.

Kebebasan menghias rumah

Ha…bab ni orang perempuan suka buat, betul tak?

Siapa yang tak suka hias menghias, lebih-lebih lagi duduk rumah sendiri apa pun kita hias sendiri. Ikut selera sendiri betul tak.

Tapi kalau duduk rumah mertua kita tak boleh buat sesuka hati. Kerana kita perlukan persetujuan dari semua ahli keluarga dalam rumah tersebut.

Tak boleh tukar yang sedia ada ikut selera kita. Kalau duduk rumah sendiri kita nak hias ikut imaginasi kreativiti, tukar perabot atau cat, pecah tembok pun tak ada masalah. Itu kan rumah sendiri.

Seronok kan ada rumah sendiri.

” Sebuah kajian membuktikan bahawa hampir 2/3 daripada wanita yang telah berkahwin mengakui bahawa mereka mengalami stres dan kemurungan akibat pergeseran dengan ibu mertua dan ipar-duai masing-masing – The Daily Mail ”

Permintaan isteri untuk duduk rumah sendiri lepas kahwin itu tak salah, jika ada kemampuan cari lah rumah. Sekiranya si suami harus menjaga ibu atau ayah yang sebatang kara, bincanglah dengan pasangan secara baik-baik.

Sebab itulah, pasangan yang sudah berkahwin digalakkan untuk tinggal di rumah sendiri selepas berkahwin. Sebagai suami usaha untuk sediakan rumah untuk isteri.

Bukan bagi alasan tak mampu dan terus menumpang di rumah ibubapa. Salah tu. Duduk di rumah sendiri buat suami lebih tahu tanggungjawabnya dalam rumahtangga, begitu juga isteri.

Cubalah hadapi kesusahan sendiri dan mulakan hidup baru dengan duduk di rumah sendiri walaupun pun terpaksa berjimat cermat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.