5 Soalan Popular Ketika Mengandung
5 soalan popular ketika mengandung yang sering menjadi pertanyaan ibu hamil. Terutamanya, bagi ibu hamil untuk pertama kali akan sentiasa merasa gundah dan kebingungan.
Jangan risau, kerana korang tidak berseorangan.
Mengandung adalah satu hal mengujakan.
Ketika mengandung badan korang akan menyesuaikan diri dengan keperluan bayi yang sedang membesar dalam rahim.
Disini saya akan kongsikan 5 soalan popular ketika mengandung yang boleh menyenangkan korang sepanjang fasa mengandung.
Antara 5 Soalan Popular Ketika Mengandung
Ini mungkin jawapan untuk soalan-soalan korang yang malu bertanya tentang kandungan.
1. Kenapa saya mengalami sembelit?
Sembelit ketika mengandung adalah perkara yang biasa terjadi. Hal ini terjadi kerana disebabkan oleh hormon dalam badan korang meningkat secara mendadak.
Amalkan pengambilan makanan yang berserat dan minum air dengan kerap supaya sistem pencernaan berjalan dengan lancar.
2. Mengapa saya terkencing didalam seluar ketika mengandung?
Korang akan merasa terkencing dalam seluar ketika batuk, ketawa atau bersin. Ini berlaku disebabkan oleh tekanan yang berlebihan pada atas pundi kencing.
Walaupun hanya beberapa titis, ia tetap akan buatkan korang berasa malu. Lakukan senam kagel atau pelvik untuk menguatkan lantai pelvik korang.
3. Makanan apa yang perlu saya elakkan ketika mengandung?
Ketika mengandung korang digalakkan mengambil makanan yang mengandungi nutrisi seperti vitamin dan mineral. Makanan bernutrisi tinggi sangat penting untuk menjaga kesihatan korang dan juga bayi.
Antara makanan yang perlu korang elakkan adalah;
- Daging ayam atau lembu yang kurang masak atau mentah.
- Susu yang tidak dipasteur
- makanan laut mentah
- keju
Pengambilan makanan ini dikhuatiri terdapat bakteria yang boleh membahayakan kandungan.
Baca juga surah terpilih untuk dibacakan semasa mengandung di sini
4. Apakah ujian dan pemeriksaan yang saya perlukan?
Semasa mengandung korang perlu melakukan beberapa pemeriksaan dan ujian pranatal. Ini penting untuk memberitahu korang tentang perkembangan bayi, seperti adanya kemungkinan bayi korang mengalami gangguan genetik.
Korang akan diminta untuk menjalani ujian darah , ujian air kencing dan beberapa ujian lain semasa mengandung. Biasanya, ujian ini dilakukan semasa trimester ketiga.
5. Macamana kalau air ketuban saya pecah ketika saya berada diluar?
Kebanyakkan bayi akan bergerak ke bawah pelvis di hujung tempoh mengandung. Jadi, kepala mereka bertindak sebagai penghadang.
Jangan bimbang, jika air ketuban pecah dikhalayak ramai. Ianya tidak mengalir deras, ia mengalir perlahan.
Maklumkan pada seseorang jika korang perlukan bantuan.
6. Berat badan saya perlu naik berapa banyak ketika mengandung?
Berat badan semasa mengandung biasanya ditentukan dengan menggunakan indeks jisim tubuh (BMI) pra-kehamilan.
Dikira mengikut berat badan dan tinggi. Berikut adalah berat badan ideal semasa mengandung:
- Berat badan ideal (BMI 18.5 hingga 24.9) perlu naik antara 11 kg hingga 16 kg
- Kurang berat badan (BMI bawah daripada 18.5) perlu naik antara 13 kg hingga 18 kg
- Lebih berat badan ( BMI 25.0 hingga 29.9) perlu naik antara 7 kg hingga 11 kg
- Obes ( BMI 30.0 keatas ) perlu naik antara 5 kg hingga 9 kg
Bagi yang mengandung kembar perlu naik antara;
- 17 kg hingga 24 kg jika berat badan ideal
- 14 kg hingga 23 kg jika terlebih berat badan
- 11 kg hingga 19 kg jika obes
Antara ujian atau suntikan yang dilakukan sepanjang tempoh mengandung.
- Ujian darah ( kumpulan darah, faktor Rhesus, apa-apa jangkitan seperti Hepatitis B, HIV). Dilakukan setiap 3 bulan jika tidak ada anemia. Jika anemia, lebih kerap dilakukan.
- Ujian air kencing , untuk memeriksa tahap glukosa dan protein.
- Pemeriksaan payudara dilakukan jika terdapat ketulan dan diberi persediaan tentang penyusuan bayi.
- Ujian toleransi glukosa oral untuk memeriksa jika korang mempunyai penyakit kencing manis. Ujian diambil semasa usia kandungan 5 bulan ke 7 bulan.
- Ujian saringan untuk mengetahui perkembangan bayi normal atau tidak.
- Ujian diagnostik. korang boleh memilih untuk melakukanya atau tidak. Ujian ini untuk memastikan bayi korang normal atau mempunyai sindrom down.
- Suntikan kancing gigi. Bagi kandungan kali pertama akan diberi suntikan dua kali. kali pertama ketika pergerakkan bayi diketahui. kali kedua, sebulan selepas suntikan pertama. Bagi kandungan kali kedua dan seterusnya hanya diberi sekali sahaja sepanjang tempoh mengandung. ini bagi mengelakkan penyakit kancing gigi.
- Pemeriksaan gigi. Korang perlu melakukan pemeriksaan gigi sekali sahaja semasa tempoh mengandung. Korang dinasihatkan menjaga kesihatan gigi semasa mengandung.
Ini adalah antara soalan yang popular semasa tempoh mengandung dan harap persoalan korang terjawab.
Jika terdapat tambahan atau yang perlu diubah sila maklumkan kepada saya di ruang komen.
Pakai gel sejuk berangin ini 2 kali sehari dan gosok secara membulat. Lagi cepat berkesan pakai seluar dalam yang sampai atas pusat selepas pakai gel. Dapatkan di sini.