Cara Letak Car Seat Dengan Betul-Ini Caranya
Ramai di kalangan kita yang masih tidak tahu cara letak car seat dengan betul. Selain penggunaan car seat penting untuk anak, cara letak car seat juga sama pentingnya.
Cara letak car seat yang betul dapat mengurangkan risiko kecederaan jika berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Jesteru itu, sebagai ibubapa yang prihatin terhadap keselamatan anak ketika menaiki kenderaan, hendaklah peka dengan cara penggunaan car seat yang betul dan tepat. Supaya kita tahu car seat itu berfungsi dengan baik.
Kenapa kena letak anak dalam car seat? Ini sebabnya
Ketahui Cara Letak Car Seat Dengan Betul.
Sebelum korang membeli car seat untuk dipasang dalam kereta, cuba elakkan dari membuat kesilapan untuk memastikan anak korang lebih selamat ketika berada di jalan raya.
Car seat tidak boleh dibeli sembarangan, kerana ada beberapa hal yang korang kena tahu sebelum membeli termasuk mengetahui jenis car seat dan yang sesuai dengan umur dan berat anak korang.
Berikut adalah cara pasang car seat yang betul:
Tukar car seat mengikut usia dan berat badan anak
Setiap car seat mempunyai ciri khas untuk anak mengikut kategori usia dan berat badan. Jika kita lambat tukar car seat anak, ia akan melambatkan perkembangan anak. Setiap langkah yang seterusnya akan berbahaya, kerana perlindungan yang ditawarkanpada car seat tersebut juga akan berkurang.
Jesteru itu, kita harus mengenali jenis-jenis car seat dan waktu bila yang sesuai kita tukar car seat.
1. car seat yang menghadap ke belakang
American Academy of Pediatrics menyarankan bayi duduk menghadap ke belakang sehingga mereka berumur sekurang-kurangnya 2 tahun atau telah mencapai had berat dan ketinggian yang ditetapkan oleh pengeluar car seat.
Menurut kajian , kanak-kanak atau bayi yang menghadap ke belakang, daya momentum kemalangan akan terkena pada bahagian tubuh badan yang lebih luas dan ini menjadikannya lebih selamat.
2. Jenis car seat yang menghadap ke depan
Pakar telah menyarankan ibubapa untuk menggunakan car seat ini sehingga anak mencapai had berat dan ketinggian yang ditetapkan. Oleh itu, car seat jenis ini perlu dipasang pada kereta korang.
Selain itu juga, pengilang telah menawarkan car seat dengan tali pinggang keledar lima titik untuk jenis car seat ini bagi kanak-kanak yang lebih tua.
3. Jenis car seat booster
Car seat jenis ini direka khas untuk menaikkan ketinggian kanak-kanak, supaya mereka boleh memakai tali pinggang keledar dengan selamat.
Booster mempunyai ciri sokongan belakang yang lebih selamat dan baik. Inin kerana ia boleh meletakkan tali pinggang dengan betul pada dada, pinggul dan paha kanak-kanak.
Belajar cara pasang car seat
Menurut Jennet Fennell, presiden kumpulan keselamatan KidsAndCars, ibubapa perlu buat ujian ini untuk mengetahui bila kanak-kanak sesuai menggunakan tali keledar kereta.
- Belakang anak mesti nampak rata pada tempat duduk
- Anak boleh membengkok lututnya ditempat duduk dan kaki menyentuh lantai kereta
- Tali pinggang keledar berada di bahagian dada dan bahu mereka. Bukan kat muka atau leher.
- Tali pinggang keledar menyentuh bahagian paha dan berada atas pinggul. Bukan pada perut
- Anak berasa selesa dengan cara ini disepanjang perjalanan.
” Ibubapa kena ingat Elakkan letak cara seat di bahagian tempat duduk depan “
Kebanyakan kanak-kanak maut di sebabkan oleh airbag. Jesteru itu, pakar menggalakkan bayi atau kanak-kanak berada di bahagian belakang sehingga umur 13 tahun.
Pastikan baca buku panduan sebelum pasang cara seat.
Setiap car seat didatangkan bersama-sama dengan buku panduan. Menurut kajian, 64% ibubapa tidak memasang cara seat dengan betul sehinggakan ia boleh bergerak ke depan.
kegagalan ini boleh menyebabkan kecederaan yang serius di bahagian kepala. Dalam buku panduan tersebut ada memberitahu korang di mana kedudukan tether atas, begitu juga dengan panduan kereta membeitahu dimana untuk memasangnya.
Minta pertolongan pasang car seat jika tidak tahu
Sekiranya korang tidak pasti caranya, dapat pertolongan daripada mereka yang pakar. Memasang cara seat sememangnya susuh bagi sesetengah ibubapa.
Namun, dengan bantuan daripada individu yang mahir dapat memastikan pemasangan cara seat itu betul dan selamat digunakan untuk anak dan tidak longgar.
Ambil tahu sejarah car seat sebelum membeli
Disebabkan ingin berjimat, kita mengabaikan isu yang satu ini. Terutamanya bagi korang yang ingin membeli car seat dari kawan.
Korang kena tahu jangka hayat setiap car seat dan tidak pernah mengalami kemalangan.
saya harap perkongsian kali ini memberi manfaat kepada korang semua.