Suami Handsome Lebih Setia-Betul Ke?
Apakah betul suami handsome lebih setia? Mungkin ramai yang berkerut dahi bila baca statement ini kan.
Kesetiaan dan hati budi seorang bukan lah terletak pada rupa paras yang cantik dan elok. Tetapi ia berkaitan dengan attitude seseorang individu untuk menepis segala dugaan dan ujian.
Tidak kurang ada juga yang mengatakan bahawa menjadi isteri kepada suami handsome ini banyak ujian dan dugaannya.
Malahan ada yang berkata wanita yang mengahwini lelaki kacak harus mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Selain berisiko makan hati dan banyak menerima ujian.
Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan berumahtangga, dan setiap rumahtangga akan mengalami ujian yang berbeza.
Dan walaupun mempunyai rupa paras yang elok, tak semestinya pasangan cenderung untuk berlaku curang. Jika hanya bertepuk sebelah tangan.
Tidak semua lelaki kacak dan suami orang berlaku curang
Wajah tampan seseorang bukan lah satu kayu pengukur untuk menentukan seseorang itu akan berlaku curang terhadap pasangannya.
Mengapa ya, kecurangan dinilai daripada paras rupa?
Sememangnya tidak boleh dinafikan memiliki wajah yang tampan dan segak selalunya akan menjadi pusat perhatian orang ramai.
Lebih-lebih lagi lelaki yang pandai menjaga penampilan diri dan mempunyai populariti. Pastikan akan menjadi sorotan natizen.
Ha, korang lihat lah sendiri isu-isu penceraian dan kes curang, yang mana terdapat banyak terjadi dikalangan masyarakat kita. Apakah golongan mereka yang handsome ini juga turut melakukan poligami?
Dan ini yang terjadi dalam kehidupan masyarakat kita, kerap menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa. Kita tidak boleh pukul rata semuanya, hanya kerana bentuk fizikal dan rupa paras yang elok.
Namun terdapat juga lelaki yang mempunyai raut wajah yang tak seberapa berlaku curang terhadap pasangannya.
Dan yang anehnya lagi, golongan yang tidak seberapa kacak ini selalu menjadi rebutan wanita lain, walhal lelaki tersebut sudah beristeri.
Walaupun lelaki handsome ini dikatakan mampu memikat wanita dengan hanya wajahnya. Namun bertentangan pula dengan lelaki yang tidak mempunyai wajah tidak tampan.
Kebiasaannya mereka hanya bermodalkan janji palsu dan kata-kata manis untuk mengumpan wanita-wanita diluar sana.
Pasangan Berubah Selepas Berkahwin – Ini 5 Sebab Utama
Kerana ego yang tinggi buatkan suami handsome dikatakan lebih setia
Ada segelintir yang mengatakan lelaki kacak kebiasanya mempunyai ego yang tinggi. Hal ini dapat dibuktikan, apabila mereka sudah mula mengenali seseorang.
Dan pastinya mereka sukar untuk menurunkan ego dalam diri mereka. Seterusnya, sifat ini yang dibawa hingga ke alam perkahwinan.
Bagi seorang lelaki yang tampan, lebih baik menjaga isteri daripada membazir wang bersama dengan wanita lain.
Selain itu, suami kacak tidak memandang rupa paras yang cantik untuk menjadi isterinya. Asalkan isterinya itu bijak menjaga dirinya dan solehah.
Malahan mereka juga mengambil sikap acuh tak acuh bila jika ada yang cuba mendekati mereka. Kerana sikap ini lah yang membuatkan ramai yang berputus asa untuk mendekati orang yang mempunyai ego yang tinggi.
Namun, hal ini berlain pula dengan lelaki yang berwajah biasa-biasa, baru dijentik sudah mula menunjukkan perubahan. Malah, ada yang sampai mengaku bujang. Lupa anak bini kat rumah.
Dan apa yang lebih mengejutkan, mereka lebih suka membelanjakan wang bersama wanita lain berbanding dengan anak isteri sendiri.
Apa yang lebih mengeruhkan keadaan adalah mereka membenarkan wanita lain masuk campur dalam urusan rumahtangga mereka.
Dan secara keseluruhannya, suami handsome dikatakan lebih setia ini mempunyai nilai yang tersendiri. Mengikut keperibadian seseorang individu itu sendiri.
Apa yang boleh saya katakan disini adalah, sebenarnya berlaku curang itu pilihan. Siapa pun boleh berlaku curang terhadap pasangan sebenarnya. Tak kira rupa paras elok atau tidak.
Dan apa yang menentukan seseorang individu adalah sikap dan keperibadian seseorang itu sendiri, bukannya dari rupa paras mahupun wang ringgitnya.
Nasihat saya, apabila berlaku sesuatu masalah dalam rumahtangga. Cubalah selesaikan dan bincangkan elok-elok. Bincang secara empat mata tanpa melibatkan orang luar. Walaupun dengan keluarga sendiri.
Apabila tidak mendapat kata sepakat semasa perbincangan berdua. Barulah dibawa masalah ini untuk dibincangkan secara kekeluargaan.