Take a fresh look at your lifestyle.

Masalah Gatal Tekak- Ini Sebab Dan Cara Atasinya

0 36

Sememangnya masalah gatal tekak yang berterusan akan menjadikan kita kurang selesa. Lebih lagi jika berhadapan dengan orang ramai.

Masalah gatal tekak akan mencetuskan rasa ketidakselesaan dan boleh menyebabkan batuk. Hal ini, mengakibatkan aktiviti kita juga turut terganggu.

Begitu juga dengan orang sekeliling, mereka juga tidak selesa jika kita mengalami batuk-batuk yang disebabkan oleh masalah gatal tekak.

Apa lagi dengan keadaan sekarang, batuk dan mempunyai gejala masalah tekak pastinya akan dikaitkan dengan simptom virus Covid-19.

Apakah punca gatal tekak?

Secara umumnya, masalah kegatalan pada tekak boleh disebabkan oleh beberapa faktor.

Antaranya adalah;

  • Jangkitan bakteria atau virus
  • Tekak luka akibat batuk
  • Terlalu banyak menjerit atau bercakap
  • Mengalami alahan
  • Kurang minum air putih
  • Tekak mengalami kecederaan akibat makanan yang keras atau tajam seperti tulang ikan.

Namun begitu, untuk mengetahui masalah tersebut ketahui terlebih dahulu punca gatal tekak.

Rawatan cara tradisional untuk masalah kegatalan tekak

1. Rawat dengan madu

sumber: unsplash.com

Merawat menggunakan madu dapat membantu melegakan masalah gatal tekak dan juga batuk.

Terdapat kajian mengatakan bahawa pengambilan madu lebih baik jika dibandingkan dengan pengambilan ubat batuk.

Cara pengambilannya adalah, amalkan sesudu pada waktu siang dan sesudu pada waktu malam.

Selepas itu, minum segelas air suam. Lakukan sehingga masalah gatal tekak beransur pulih.

2. Berkumur dengan air garam

Penggunaan air garam sememangnya sudah diakui keberkesanannya untuk melegakan gejala sakit atau gatal tekak.

Ini kerana garam sangat efektif untuk singkirkan bakteria yang berkumpul di dalam mulut.

Caranya adalah, ambil sedikit garam dan masukkan ke dalam gelas berisi air suam.Campurkan garam dengan air suam tadi sehingga larut.

Setelah itu, berkumur-kumur sehingga air larutan air garam itu habis. Jangan sampai tertelan ye.

Jika anak-anak batuk, elakkan bagi makanan ini sebab akan jadi lebih teruk

3. Air lemon

Buah lemon yang bersifat antibakteria, bioflavonoids dan mengandungi vitamin C serta ia mampu meningkatkan tahap sistem imunisasi tubuh bagi menghalang penyakit

.Selain itu, lemon juga mempunyai khasiat seperti antibiotik dan antiseptik yang tinggi untuk melawan penyakit.

Caranya adalah, sediakan sebiji buah lemon dan belah jadi dua. Ambil setengah biji buah lemon dan perah jusnya.

Setelah itu masukkan jus lemon tadi ke dalam gelas berisi air suam. Amalkan minum setiap pagi dan malam.

4. Redakan dengan halia

Selain daripada cara diatas, halia juga dapat mengatasi masalah gatal tekak dan juga batuk tibi serta asma. Ia juga dapat memberi kelegaan dan meredakan keradangan yang terdapat didalam tekak.

Dengan adanya cara ini dapat membantu rehatkan sel membran pada saluran pernafasan. Caranya adalah;

  • Pertama boleh dimakan secara mentah ataupun dicampurkan ke dalam masakan
  • Kedua, ambil sedikit halia dan blend untuk dapatkan jusnya. Setelah itu, ambil jus halia tadi dicampurkan dengan segelas air suam.
  • Juga boleh tambah madu jika tidak menyukai rasa halia.
  • Cara ketiga, ambil halia sebesar ibu jari. Salurkan dengan gula dan kemudian kemam dalam mulut. Lakukan berulang kali sehingga masalah kegatalan dan sakit tekak beransur hilang.

Kerana sifat halia yang ‘panas’ dan mungkin akan memberikan ketidakselesaan pada perut, rasa pedas, pedih dan sebagainya.

Saya nasihatkan, guna secara sederhana dan mengikut kemampuan masing-masing.

5. Beri kelegaan dengan air asam jawa

sumber: keluarga.my

Kebiasaannya jus air asam jawa digunakan untuk melegakan sakit tekak. Tetapi cara ini juga boleh digunakan untuk hilangkan gatal pada tekak.

Cara penggunaan adalah, campurkan segelas air suam dengan pati asam jawa atau jus asam jawa yang telah dibuangkan bijinya.

Kemudian minum setiap malam ataupun setiap kali gatal tekak menyerang.

Guna asam jawa ini lagi mudah untuk buat jus air asam jawa.

6. Rawat dengan wap air panas.

Cara ini sebenarnya digunakan untuk merawat batuk berkahak, tetapi cara ini juga boleh merawat masalah kegatalan pada tekak.

Lagipun ia lebih mudah dan praktikal untuk dilakukan. Cara melakukannya adalah, sediakan sebuah bekas yang berisi air panas.Kemudian halakan kepala kearah bekas berisi air panas.

Tutup kepala dengan tuala atau kain yang lebar. Pastikan tidak ada wap yang terkeluar dan dapat disedut. Boleh letak oil essential atau apa saja minyak angin kedalam air panas.

Dengan step ini juga dapat membantu melegakan selsema. Ini antara faktor dan cara mengatasinya masalah gatal tekak yang boleh cuba dirumah.

Namun untuk mengatasi masalah tersebut, ketahui terlebih dahulu punca utama masalah. Disarankan berjumpa dengan doktor untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masalah kegatalan pada tekak untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan.

Selain mengamalkan cara mengatasi secara tradisional.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat beramal.

Leave A Reply

Your email address will not be published.