Take a fresh look at your lifestyle.

Minyak Kelapa-5 Manfaat Untuk Ibu Mengandung

0 105

Minyak kelapa adalah salah satu produk tradisional yang memiliki banyak manfaatnya. Ia termasuk memberi manfaat kepada ibu mengandung. Satu-satunya produk yang tidak ditelan zaman dan masih diamalkan sehingga kini.

Selain itu ia juga digelar sebagai superfood yang terbaik untuk diet dan antara bahan makanan yang paling sihat di dunia.

Jadi tak salah ibu-ibu mengamalkannya ketika mengandung, supaya bayi dalam kandungan juga dapat kebaikan yang sama.

Jom cari tahu apa kebaikan minyak kelapa terhadap ibu mengandung? Terdapat 5 manfaat minyak kelapa yang ibu mengandung harus tahu.

Kebaikan minyak kelapa untuk ibu hamil.

1. Dapat mencegah bakteria

Boleh tengok details minyak kelapa dara yang sesuai untuk wanita mengandung di sini

Minyak kelapa mempunyai sifat anti kulat dan menjadi ‘pelindung’ tubuh paling ampuh untuk ibu mengandung. Selain dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh sewaktu mengandung.

Jangkitan bakteria atau kulat di kawasan vagina terhadap ibu mengandung sering ditemui. Terutamanya ketika kandungan berada di trimester ketiga.

Oleh itu, terdapat satu kajian pada tahun 2021 daripada Fakulti perubatan, Universiti Andalas Sumatera barat mengatakan bahawa ramai yang menunjukkan perubahan yang positif selepas menggunakan minyak ini.

Minyak kelapa dara sangat berkesan untuk merawat kawasan yang dijangkiti bakteria dengan cara diet dan sapuan pada kawasan yang dijangkiti kulat atau bakteria.

2. Berpotensi turunkan kadar gula dalam darah

Risiko penyakit kencing manis dan darah tinggi adalah sangat tinggi di kalangan ibu mengandung, serta amat merisaukan. Jika tidak dikawal, akan berpotensi untuk mendapat pre-eklampsia.

Divmana ia boleh menyebabkan komplikasi kehamilan yang teruk dan kemungkinan besar akan sebabkan bersalin awal dari tarikh due yang sepatutnya.

Terdapat kajian mengenai perbandingan antara minyak kelapa dan minyak bunga matahari, menunjukkan bahawa pengambilan minyak ini lebih bagus untuk mengawal kadar gula dalam darah.

Pengambilan superfood ini sebagai ikhtiar untuk kurangkan kandungan gula dalam darah dan juga rendahkan bacaan darah tinggi. Disamping itu, ibu mengandung juga terhindar daripada terkena pre-eklampsia.

Penyakit kencing manis bukan sahaja berisiko kepada ibu mengandung, malahan bayi dalam kandungan juga turut mempunyai risiko kesihatan dan perkembangan bayi dalam kandungan akan terjejas. Oleh itu, kadar kandungan gula dalam darah ibu mengandung sentiasa dikawal dan dipantau.

Ibu mengandung digalakkan baca surah-surah ini

3. Minyak kelapa #Digunakan sebagai herba

sumber: unsplash.com

Pengambilan minyak kelapa sebagai ubatan herba dapat dilihat secara meluas di seluruh rantau Asia, iaitu 61-63.9% jumlah ibu mengandung yang mengamalkannya.

Terdapat juga kajian mengatakan bahawa produk dari kelapa ini dapat membantu ibu mengandung bersalin dengan mudah serta dapat mencegah masalah ketika proses kelahiran.

4. Atasi masalah stretch mark.

Masalah ini sememangnya tidak dapat dihindari oleh setiap ibu yang melahirkan anak. Regangan pada kulit terutamanya bahagian perut sewaktu mengandung menyebabkan timbulnya stretch mark.

Dengan adanya kemampuan produk ini untuk melembapkan kulit dapat mengurangkan keradangan, dan sekaligus menyamaratakan pembentukan stretch mark.

Disamping itu untuk menjaga kulit tetap moist dan lembut, disarankan menggunakan minyak ini bagi membantu kekalkan kelembapan kulit.

5. Bantu atasi masalah sampingan semasa hamil

Sewaktu hamil masalah seperti morning sickness, sembelit atau ngeri ulu hati adakalanya akan berlaku kepada sesetengah ibu mengandung.

Ada kajian mengatakan bahawa, ibu yang mengandung mengamalkan pengambilan minyak ini dari awal kehamilan mengalami alahan yang kurang berbanding dengan ibu mengandung yang tidak mengamalkannya.

Jesteru itu, pengambilan minyak ini adalah sebagai alternatif untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan semasa mengandung.

Boleh pilih sama ada mengambil dalam bentuk diminum satu sudu setiap pagi ataupun dalam bentuk kapsul.

Disamping itu, bahan ini berkesan untuk menenangkan perut dan juga berperanan untuk kurangkan kesan acid reflux.

Okey para ibu sekalian, berikut adalah beberapa manfaat minyak kelapa untuk ibu mengandung.

Ia bukan sahaja baik untuk ibu mengandung, tetapi ia juga memberi manfaat kepada semua orang bagi yang sentiasa mengamalkan produk ini.

Bagi ibu mengandung, saya sarankan untuk dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan apa-apa produk termasuk produk minyak ini.

Ini bagi memastikan tidak ada kesan sampingan terhadap kesihatan.

Selamat beramal dan semoga bermanfaat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.