Khasiat Bayam Brazil Yang Ramai Tak Tahu
Khasiat bayam Brazil sememangnya mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan tubuh. Bayam brazil semakin dikenali dan menjadi kesukaan ramai.
Lagi pula ia mudah ditanam serta cepat membesar. Berbeza dengan bayam yang lain, bayam Brazil mempunyai tekstur yang rangup dan boleh dimakan secara mentah atau dimasak.
Biasanya, masyarakat Brazil gemar mengambil sayur ini secara mentah bersama tomato, bawang dan juga minyak zaitun seperti salad. Selain itu, sayur ini juga sesuai untuk ditumis, rebus atau kukus.
Bayam Brazil atau nama saintifiknya Alternanthera sissoo adalah spesies tanaman yang tergolong dalam keluarga Amaranthacaea. Tanaman ini boleh membesar sehingga 30 cm tinggi dengan saiz daun antara 2 hingga 3.5 cm lebar.
Apakah Khasiat Bayam Brazil Dari Sudut Kesihatan ?
secara umumnya, khasiat bayam ini adalah lebih kurang sama dengan jenis bayam yang lain. Ini antara berikut kebaikan bayam Brazil dari sudut kesihatan.
1. Mencegah Kanser

Bayam Brazil ini mengadungi sulfoquinovosyl diacylglycerol dan monogalactosyl diacylglycerol yang bertindak sebagai kompenen yang mencegah pertumbuhan kanser. Selain itu, bayam ini juga mengandungi antioksidan seperti kempferol yang mampu mencegah risiko kanser.
Terdapat kajian mengataka bahawa pengambilan bayam ini dapat membantu mengurangkan risiko kanser prostat dan payudara.
2. Khasiat Bayam Brazil – Melawan Radikal Bebas
Radikal bebas terhasil daripada proses metabolisma. Ia akan menyebabkan tekanan oksidatif dan seterusnya akan mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko kanser serta kencing manis.
Jesteru itu, dengan pengambilan bayam mampu melawan radikal bebas serta dapat mengurangkan risiko penyakit tersebut.
3. Membantu Tingkatkan Kesihatan Mata
Selain itu, bayam juga kaya dengan zeaxanthin dan lutein iaitu karotenoid yang memberi warna dalam sayur-sayuran.
Kedua-duanya mampu mengurangkan risiko degenersai makula dan katarak yang merupakan penyebab utama kebutaan. Disamping itu, ia dapat menapis sinaran UV yang menyebabkan kerosakkan retina.
Kandungan vitamin A yang terdapat dalam bayam penting untuk kesihatan mata, yang membolehkan korang melihat dalam keadaan cahaya yang rendah.
Pesakit gastrik perlu elak makanan ini
4. Khasiat Bayam Brazil – Sumber Vitamin K

Khasiat bayam mengandungi vitamin K yang tinggi. Vitamin K ini dapat membantu dalam proses pembekuan darah dann secara tidak langsung akan mengelakkan pendarahan yang berlebihan.
Selain itu, ia juga penting untuk kesihatan tulang, jantung dan mencegah kanser.
5. Mengawal Tekanan Darah Tinggi
Penyakit darah tinggi merupakan salah satu penyakit yang membawa banyak komplikasi dan juga boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dari awal. Bayam adalah sumber makanan yang mengandungi sumber nirate yang tinggi.
Nirate berperanan dalam mengawal tekanan darah tinggi serta mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu, kandungan asid folik dalam bayam juga membantu untuk melebarkan saluran darah serta melancarkan aliran darah dalam badan.
6. Khasiat Bayam Brazil – Meningkatkan Sistem Ketahanan Badan
Selain berfungsi untuk mata, vitamin A juga berperanan untuk meningkatkan penghasilan sel darah putih. Sel darah putih memainkan peranan penting untuk melawan penyakit atau jangkitan yang menyerang tubuh.
Berhati-hati Dengan Oksalat
Kebanyakan bayam dan sayuran mengandungi oksalat yang tinggi. Jika diambil terlalu banyak ia akan menjadi bahaya dan terkumpul dalam tubuh. Oksalat cenderung menyekat zat seperti besi dan kalium.
Ini menyebabkan tubuh tidak dapat menyerap zat-zat tersebut. Namun ada yang mengatakan bahawa pengambilan kalsium yang berlebihan akan menyebabkan masalah batu dalam buah pinggang.
Oleh itu, pakar pemakanan menyarankan bayam direbus terlebih dahulu, tidak lebih dan kurang daripada 1 minit. Kerana bayam adalah antara golongan sayuran yang mengandungi asid oksalat.
Dan jika asid terlalu tinggi dalam darah, ia mula menjadi kristal dan menyebabkan beberapa penyakit. Sekiranya direbus 50% jumlah asid oksalat dapat dikurangkan. Ingat lebih baik mengambil secara bersederhana dan tidak berlebihan.
Bayam tidak disyorkan kepada mereka yang menghidap penyakit buah pinggang dan saluran kencing. Kerana kandungan asid oksalat dan purin pada bayam.
Secara ringkasnya, khasiat bayam Brazil banyak memberi manfaat kepada kesihatan tubuh untuk semua lapisan umur dan ibu mengandung.
Bagi penghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi dibolehkan mengamalkan pengambilan bayam dalam sajian.