Bijan Disenaraikan Dalam Makanan Penyebab Alahan
Penggunaan bijan (Sesamum indicum) adalah sangat meluas sama ada dalam kulinari Barat mahupun Timur. Penggunaannya boleh dijumpai diatas roti burger, bun, bagel, ataupun za’atar, sejenis hidangan dari Timur Tengah.
Bijian bijan ini berasal daripada buah bijan; buahnya berbentuk pod panjang yang kelihatan seperti kacang bendi dan dituai daripada pokok bijan yang berasal dari Asia dan Afrika Timur.
Apabila buah bijan telah kering, pod buah akan mulai terbuka yang kemudiannya mendedahkan benih atau biji bijan di bahagian dalamnya. Untuk mengeluarkan biji bijan tersebut, pohonnya yang telah kering diketuk untuk melepaskan bijinya daripada pod tersebut.
Biji bijan berwarna putih ditemukan pada roti dan hidangan lain tidak datang langsung daripada buah tersebut. Ia mesti dikeluarkan daripada sekamnya yang lebih gelap terlebih dahulu.
Bijan tak perlu yang mahal sangat pun. Guna yang jenis ini pun dah sangat ok.
Tidak kesemua sesame berwarna putih, dan terdapat beberapa jenis bijian ini yang masih berwarna gelap walaupun selepas ia dikeluarkan daripada sekamnya.
Sesame mempunyai pelbagai warna seperti hitam, merah dan perang. Bijian ini juga merupakan tanaman utama di sebahagian negara-negara Asia dan Afrika.
Mengikut data yang dikeluarkan oleh Food and Agriculture Organization Corporate Statistical Database (FAOSTAT), negara-negara pengeluar biji bijan terbesar pada tahun 2012 adalah Myanmar, China, India, Ethiopia dan Sudan.
Pokok bijan adalah antara tanaman yang diketahui paling tua ditanam di dunia. Tanaman bijian ini adalah “tanaman bijian minyak yang paling tua yang diketahui manusia,” dan dikatakan telah dituai sehingga 4,000 tahun yang lalu di Babylon dan Assyria purba.
Biji bijan tinggi dengan kandungan vitamin B1 dan serat makanan, serta vitamin dan mineral yang lain. Minyaknya mempunyai kandungan lemak, mono- dan polyunsaturated yang baik (PUFAs) yang membantu menurunkan kolestrol, selain tinggi dengan kandungan vitamin E, magnesium, tembaga, kalsium dan zat besi.
Fakta nutrisi bijan
Biji bijan adalah sumber yang kaya dengan kandungan minyak semulajadi, lignans, antioksidan, protein, serat makanan, vitamin dan mineral. Seperti kalsium, zat besi, kalium, fosforus, magnesium, vitamin B dan vitamin E. Selain itu, ia juga tinggi dengan kandungan asid amino yang kuat seperti tryptophan dan polifenol yang membakar lemak ,Seperti sesamin dan sesamol.
- Air: 4.69 gram
- Tenaga: 573 kcal
- Protein: 17.73 gram
- Jumlah lipid (lemak): 49.67 gram
- Karbohidrat: 23.45 gram
- Serat: 11.8 gram
- Gula: 0.3 gram
- Kalsium: 975 miligram
- Zat besi:14.55 miligram
- Magnesium: 351 miligram
- Fosforus: 629 miligram
- Kalium: 468 miligram
- Natrium: 11 miligram
- Zink: 7.75 miligram
- Thiamin: 0.79 miligram
- Riboflavin: 0.25 miligram
- Niacin: 4.52 miligram
- Vitamin B6: 0.79 miligram
- Asid lemak tepu: 6.96 gram
- Asid lemak tidak tepu tunggal: 18.76 gram
- Asid lemak tidak tepu: 21.77 gram
Bijan DIkategori sebagai agen penyebab alahan
Baru-baru ini bjian telah disenaraikan dalam kategori makanan penyebab alahan, yang mana perlu diletakkan dalam label bungkusan makanan mulai 1 januari 2023.
Menurut dari sumber CNN, perubahan yang telah dilakukan oleh Akta Keselamatan, Rawatan, Pendidikan dan Penyelidikan Alergi Makanan (FASTER) – telah ditandatangani pada April 2021 yang lalu untuk dijadikan sebagai undang-undang baharu.
Selain itu, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) telah membuat penelitian beberapa tahun untuk meletakkan bijan dalam senarai alahan makanan utama. Selain susu, telur, ikan, makanan laut, kacang pokok, kacang tanah, gandum dan kacang soya.
Hal ini bermakna makanan yang mengandungi bijan akan tertakluk pada keperluan kawal selia alergen makanan tetentu termasuk pelabelan dan pembungkusan makanan.
ELakkan makanan penyebab gout ini. Jaga sebelum parah.
Kajian Pakar Perubatan Los Angeles
Menurut Dr. Robert Eitches, seorang pakar perubatan di Los Angeles berkata bahawa alahan terhadap makanan tersebut dapat memberi kesan kepada semua peringkat umur. Malahan ia boleh menunjukkan simptom seperti batuk, agatal tekak, muntah, cirit-birit, ruam mulut, sesak nafas dan penurunan tekanan darah.
Namun begitu, sebelum penubuhan Akta FASTER diwujudkan. FDA telah pun mengesyorkan pengeluar makanan agar menyenaraikan makanan itu sebagai ramuan pada label makanan secara sukarela pada bulan November2020.
Tapi, itu bukanlah satu keperluan sebaliknya ia bertujuan untuk membantu individu yang mempunyai alahan agar dapat mengenal pasti makanan yang mungkin mengandungi biji bijan.
Disamping itu juga, FDA turut mengingatkan pengguna supaya sentiasa menyemak terlebih dahulu dengan pengilang jika mereka tidak pasti sama ada produk makanan yang dibeli tidak mengandungi bijan ataupun sebaliknya.
” Kami mengingatkan pengguna bahawa makanan yang sudah berada didalam pasaran sebelum 2023, termasuk yang berada dikedai runcit, tidak perlu dialihkan dari kedai atau dilabel semula untuk memberitahu bijan sebagai agen alergen baharu,” kata FDA dalam satu kenyataan pada 15 Disember yang lalu.
Dalam pada itu, Dr. Robert Eitches juga turut menasihati golongan yang mempunyai alahan terhadap makanan tersebut supaya berjumpa dengan pakar jika menghadapi sebarang situasi kecemasan.
Jelasnya lagi, jika tindak balas terhadap alahan berlaku, mereka perlu bersedia dengan sebarang ubatan dan segera mendapatkan bantuan dari doktor.