Take a fresh look at your lifestyle.

Elakkan Dari Buat Perkara Ini Semasa Kelahiran Bayi

0 12

Selepas kelahiran bayi, 12 bulan pertama adalah merupakan kehidupan mereka yang amat mencabar! Sebab itu kata orang, sebelum kelahiran bayi, enjoylah sepuas-puasnya.

Walaupun kedengarannya agak mustahil, tetapi percayalah proses tumbesaran bayi akan berlaku dengan pantas. Sedar-sedar anak sudah memasuki usia setahun.

Banyak cabaran dan ujian yang perlu ditempuhi dalam membesarkan si manja, terutamanya buat mereka yang pertama kali bergelar ibu bapa.

Percayalah, sejak bayi pertama lahir, ibu bapa tidak lagi mendapat kebebasan untuk tidur sepuasnya seperti zaman bujang, terutamanya ibu. Malah, ada yang telah mengalami kesukaran tidur sejak mengandung lagi.

Walaupun ibu duduk seharian di rumah, ayah pasti akan pernah mendengar keluhan si ibu “Mana ada masa nak tidur…” kerana menjaga bayi memerlukan perhatian yang amat khusus.

Selain itu, mereka juga perlu mengurus rumah tangga dan melakukan kerja lain yang biasanya hanya boleh dibuat dengan tenang sewaktu bayi sedang tidur.

Jadi, ini tip bagaimana untuk menikmati proses perkembangan tersebut selepas kelahiran bayi

1. Dapatkan pertolongan

Mencuba untuk melakukan segalanya dalam tempoh 12 bulan pertama kelahiran si manja boleh menyebabkan anda ‘gila’.

Bahkan, tiada siapa mengharapkan anda untuk menjadi superwoman – jika ada pun, mereka jelas tidak berpengalaman menjaga anak kecil.

Jadi, jangan malu untuk meminta pertolongan apabila memerlukan dan menerima bantuan yang diberikan.

2. Kelahiran bayi #Hindari tekanan

Ada kalanya sukar untuk membuang rasa kerisauan yang akhirnya mewujudkan tekanan pada diri. Namun ibu bapa harus ingat, tekanan berlebihan boleh dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan – kenaikan berat badan, sakit kepala dan serangan jantung!

Melakukan kesilapan itu perkara biasa dan belajarlah untuk tidak mengulanginya. Bertenang, biasanya keadaan akan menjadi baik.Usah risau untuk membuktikan bahawa korang adalah ibu bapa terbaik di dunia – sebaliknya jadilah yang terbaik untuk si manja.

3. Bersederhana dalam penyediaan persiapan kelahiran bayi

Ambil masa untuk menyediakan senarai barangan keperluan bayi. Lakukan carian dan penyelidikan jika perlu. Ia adalah normal untuk tertarik membeli segalanya yang comel dan baharu buat si manja.

Tetapi jangan membazir kerana ada sesetengah barangan seperti buaian bayi, mungkin tidak diperlukan atau hanya digunakan untuk tempoh yang singkat.

4. Kelahiran bayi #Usah melakukan perbandingan

Ada kalanya secara tidak sengaja si ibu mungkin membandingkan si manja dengan bayi lain, tiada salahnya tetapi ia mungkin secara tidak langsung mewujudkan tekanan.

Ingatlah, setiap anak berbeza dan mempunyai tahap perkembangan dan tumbesaran yang berlainan. Ia juga sangat penting untuk tidak membiarkan anak berfikir bahawa mereka tidak cukup baik, khususnya pada tahun-tahun awal kehidupan.

5. Manfaatkan saat bayi tidur

sumber: mamachoice

Pernah dengar pesanan bahawa ibu juga perlu tidur apabila bayi melelapkan mata? Walaupun pada saat itu wujud keinginan untuk melakukan banyak perkara yang tidak dapat dibuat semasa bayi terjaga, namun ibu juga perlu ikut saranan untuk berehat. Mendapat tidur yang mencukupi bukan sahaja penting buat si manja tetapi juga buat ibu, jadi berehatlah.

Amalkan minum air special ni untuk tambah tenaga. Dalam masa sama boleh bantu banyakkan air susu badan.

6. Kelahiran bayi #Setiap saat itu berharga

Rakamlah setiap momen tumbesaran anak dan jadikan ia memori yang sangat berharga untuk dikenangkan apabila mereka dewasa kelak. Percayalah, anak juga akan gembira melihat gambar mereka semasa kecil.

Pastikan guna sabun yang sesuai untuk si comel. Refer kat sini

7. Ambil masa untuk berehat

Me-time juga penting buat ibu-ibu terutamanya buat mereka yang bergelar suri rumah. Ia perlu bagi merehatkan mental. Memberikan diri sedikit masa berehat, walaupun dengan hanya tidur siang atau meminta seseorang menjaga si manja untuk seketika dapat meningkatkan kualiti hubungan antara ibu dan bayi.

Masa rehat ni lah ibu ada masa nak sapukan krim special kat perut untuk kurangkan kesan strectmark. Ayah pun boleh bantu juga.

8. Hargai setiap fasa perkembangan bayi

Ada yang menyukai fasa kelahiran bayi dan sebaliknya. Tetapi walau apa pun fasa anak sekarang ini, ia akan berakhir sebelum ibu bapa menyedarinya. Setiap peringkat itu adalah penting untuk mereka dan cubalah untuk menikmatinya semampu yang boleh.

9. Hadapi setiap kebaikan dan keburukan

Pastinya ramai dalam kalangan kita pernah terfikir untuk mengelakkan kelahiran bayi baharu apabila perlu berdepan dengan kerenah mereka yang sangat menduga emosi, bukan?

Namun, keputusan itu biasanya akan berubah. Setiap anak adalah unik dan mempunyai kekuatan serta kelemahan tersendiri.

Sebagai ibu bapa, pastinya kita akan dapat bertahan dan menerima segalanya dengan hati terbuka. Bahkan tiada salahnya untuk berasa kecewa.Namun dari masa ke masa segalanya akan berubah dan ia akan menjadi memori berharga untuk diingati.

Leave A Reply

Your email address will not be published.