Take a fresh look at your lifestyle.

Nak Kurus Tapi Malas Bersenam Berat? Buat Step Mudah Ini.

0 57

Stress bila berat badan semakin hari semakin naik. Nak kurus tapi malas bersenam. Ini antara dilema yang sering korang alami. Bukan sahaja malas, tapi dek kerana terikat dengan aktiviti harian membataskan korang melakukan senaman secara rutin dan teratur.

Betul tak?

Sebenarnya, nak kurus tak lah mudah sangat dan tak susah mana pun. Semuanya bergantung pada gaya hidup sihat korang. Dan ini antara step mudah yang korang boleh cuba.

Step Mudah Nak Kurus.

#1- Pengambilan Makanan Berprotein Tinggi.

Korang tahu tak? Tubuh kita membakar lebih banyak kalori ketika menghadam protein, berbanding lemak dan karbohidrat.

Sebab itu dalam diet disarankan mengambil protein yang banyak dan kurangkan pengambilan karbohidrat.

Antara makanan yang mempunyai sumber protein yang tinggi ialah, daging tanpa lemak, ikan, ayam (bahagian dada), kekacang, telur dan produk tenusu rendah lemak.

#2-Makanan berserat tinggi

Pengambilan makanan yang berserat tinggi menjadi salah satu langkah penting untuk mengurangkan lemak pada perut.

Makanan yang berserat tinggi dapat membuatkan perut korang berasa kenyang lebih lama. Ini kerana serat dapat menahan makanan lebih lama dalam penghadaman.

#3-Hindari makanan dan minuman manis

Ini adalah cara paling mudah untuk mengurangkan berat badan.

Gula merupakan penyumbang utama pembentukan lemak dalam tubuh terutamanya bahagia perut.

#4-Intermittent fasting (IF)

Metode ini dianggap strategi popular untuk kurus. Ramai yang telah buktikan hasilnya.

Korang boleh makan apa sahaja yang korang mahu dalam tempoh masa tertentu dan berpuasa pada waktu selebihnya.

#5-Makan ikut waktu

Makan ikut waktu yang tepat bagi mengurangkan kecenderungan korang untuk mengambil kalori yang lbanyak pada waktu makan yang seterusnya.

Jangan skip sarapan.

Sarapan penting untuk kita memulakan aktivit harian .

Sebaiknya, makan malam sebelum jam 7 malam. Ini akan membantu proses pencernaan korang dalam tempo 2-3 jam sebelum tidur.

#6-Gunakan tangga

Memilih menggunakkan tangga berbading lif adalah satu cara yang boleh membakar kalori. Ini akan mempercepatkan proses penurunan berat badan korang.

Korang boleh praktikkan cara ini dipejabat ataupun rumah, tergantung pada situasi korang.

#7-Cukup tidur dan hindari tekanan

Tubuh kita perlukan tidur yang cukup, 6-8 jam sehari. Individu yang kurang tidur dikaitkan dengan nilai BMI yang tinggi.

Ketika dalam tekanan akan membuatkan korang sentiasa ingin mengunyah, keinginan pada makan manis sangat tinggi. Lakukan aktiviti yang boleh bantu korang lepaskan tekanan seperti mendengar muzik, keluar berjalan-jalan atau menonton filem.

Nak kurus bukan sekadar untuk tampak cantik. Tapi nak kurus untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan diabetes. Selain untuk nak gaya hidup yang sihat.

Nak kurus tapi malas bersenam, harap step ini dapat bantu korang untuk mulakan langkah untuk kurus mulai hari ini.

Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.