Take a fresh look at your lifestyle.

Cara Kempiskan Perut Selepas Bersalin Caesarean

0 46

Untuk yang tercari cara nak kempiskan perut selepas pembedahan atau caesarean, boleh baca ini ye….

Pasti ramai yang stress perut buncit mengelebeh, terutama selepas bersalin caesarean. Bersalin secara caesarean tidak mudah untuk mengecilkan kembali perut buncit.

Adakah terdapat cara kempiskan perut yang berkesan dan mudah untuk dilakukan?

Sudah tentu ada.

Ada beberapa cara kempiskan perut yang korang cuba dirumah. Cara ini mudah sahaja tetapi perlukan disiplin diri yang tinggi.

Cara kempiskan perut selepas bersalin caesarean.

#1. Pakai Bengkung

Pemakaian bengkung bagi yang bersalin caesarean sebaiknya dipakai selepas 2 atau 3 minggu selepas bersalin. Tidak digalakkan memakai bengkung tradisional, tapi disarankan memakai bengkung moden.

Pakai selepas luka jahitan pembedahan sudah kering dan baik. Guna bengkung yang boleh diubahsuai tahap ketatnya.

Pemakaian bengkung dapat membantu korang kempiskan perut. Selain dapat menyokong dan menguatkan otot bahagian perut.

#2. Gaya Pemakanan Sihat.

Elakkan pengambilan gula dan lemak. Lemak dan gula adalah musuh terbesar ketika ingin kempiskan perut. Jika lemak dan gula tidak ditukarkan kepada tenaga, ia akan berkumpul dibahagian perut.

Pengambilan makanan sangat penting jika inginkan perut korang kempis. Sebaiknya banyakkan makan buah, sayuran dan sumber protein.

#3. Senaman

Terdapat beberapa senaman yang bertujuan khas untuk kempiskan bahagian perut. Senaman ini akan membentuk otot dibahgian perut serta membuang lemak dibahagian tersebut.

Antara senaman yang korang boleh lakukan seperti push up dan yoga.

#4. Cukup Tidur Atau Rehat

Menurut kajian wanita yang tidur kurang dari lima jam akan mengalami peningkatan lemak bahagian perut berbanding dengan wanita yang cukup tidur.

Betul!

Tidur yang cukup dan berkualiti boleh membantu menguruskan badan dan kempiskan perut. Tidur yang berkualiti adalah antara 6 jam hingga 7 jam.

#5. Korset

Kini terdapat pelbagai korset dipasaran yang boleh korang gunakan. Pakai korset selepas korang habis berpantang. Korset bertujuan untuk mengurangkan nafsu makan dan kembalikan semula struktur badan.

Pastikan korset dipakai dengan ketat.

Saya harap korang tidak putus asa.

Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.